Lontong Kuning Diraja
Haaa... nama gempak
Semalam nyer dish
Semalam cuti Pertabalan Yang Dipertuan Agong..
Nama Lontong Kuning Diraja
Kerana sepena Pertabalan YDPA la
Sebab makan sambil tengok live kat TV la makan lontong ni
Kalau makan lontong rasa macam raya
Tapi ni makan berdua ngan mak aku jer
Abang kerja
Kakak gi kenduri kat Batu Cave
Melambak ni sapa nak habiskan?
Mak aku rebua dalam ri e cooker..
Mak aku pesan suruh aku tambah air sebab mak aku nak tido.mak amu cakap sakit kepala..
Aku dah jerang air sampai mendidih dan dah gambH 1/2 kettle dah
Sekali masa mak aku bangun..
Mak aku bising sebab air dah kering..
Mak aku bising sebab aku x kuarkan nasi impit ni dari rice cooker
Laaa.. bukan ke kalau maaak nasi memang kena biar kering dalam rice cooker kan..? Huhuhu...
Mak aku kata nak masak Kuah Lodeh
KUAH LODEH
2 keping tempe- potong dadu
1 batang carrot-lotong jejarj
1 biji labu siam-potong jejari
1/2 biji sengkuang- potong jejari
1 cekak kacang buncis/kacang panjang
1/4 kobisg hiris
1 paket fucuk - rendam
Sikit suhun-rendam
2 kotak santan
6 cawan air
3 sudu minyak
Garam
Bahan Blend:
1 bawang besar
3 baaang pugih
2 batang serai
2 hiris lengkuas
1 ketul kecil halia
1 ketul kunyit
1 genggam bilis/udang kering
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend bingga naik minyak
2. Masukkan air + kotak santan dan masak hingga mendidih
3. Masukkan labu siam dan sengkuang.
4. Bila empuk baru tambah sayur lain dan garam
5. Masukkan fucuk dan suhun.
6.Tambah lagi 1 kotak santan dan biar mendidih sekejap sahaja
7. Sesuaikan rasa
Jangan lupa masak sambal tumis & debus telur..
Lagi best kalau ada serondeng kelapa..
Huihs... lama dah mak aku x masak serondeng kelapa
Fucuk dan suhun
Bahan blend
Siap semua bahan sebelum masak
Cara rebus telur ni mak aku kata dapat dari internet
Basahkan tissu dapur dan alas dalam inner rice cooker
Susun telur dan on pada button cook rice cooker
Bila button cook dah bertukar warm... Offkan rice cooker & telur siap masak
Mmm... 2x mak aku panggil soh aku tengok
Nk bgtau teknik baru masak telur tu
Haaaaa... excited tul mak aku
Makan time
Ni dah kali yang ke berapa dah ntah
Mak aku cakap ada orang cakap Mentong..
Hapa ker pelik sangat mak aku cakap tu.. x pernah aku dengar
Mentong tu apa..?
Ngulang makan.
ReplyDeleteEh ... Mak pesan tambah air..jgn Kasi kering....kakaka...
Jauh naw sebutan dengan maksudš¤£
DeleteTu la pasal... sib.baik x hangus..
Heeee