Monday, 8 July 2019

RENDANG DAGING REMPAH ADABI

Ketupat Palas vs Rendang Adabi
Haaa.. Adabi tu  brand Rempah Rendang
Actually yang direndang ialah daging
Tapi dah guna Rempah Adabi
Maka  namanya rendang Adabi

Sebab mak aku masak Ketupt Palas
Makan la Rendang ni ngan Ketupat Palas
Ala~ala ceel raya gitew..!
Sebelum ni mak aku dah pernah masak
RENDANG ADABI... kat sini...
So, just C&P jer dari situ


RENDANG DAGING ADABI
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak
Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit

Now leh la mak aku snap pic cantik skit
Guna handphone baru
Heee.. Semoga mak aku suk dengan ha dphone pemberian kitorang

Dah boleh guna potrait bagai
Takdelah pic gelap macam dalam gua seperti sebelum ni


Rendang Adabi ni sedap tau
Ada  citer kelakar tau about rempah Adabj ni.. 
Haaa... Mak aku soh kakak beli rempab rendang Adabi ni
Sekali kakak  call tanya mak aku nak masak rendang kambing ke? 
Mmm.. Kakak memang x makan kambing. 
Mak aku cakap nak masak Rendang Daging Lembu.. 

 Kakak kata dah cari rempah rendang daging lembu
TAPI xde
SEMUA rempah rendang ada gambar ayam & kambing jer..!
Hahahahaha....
Mak aku cakap memang la dia letak pic ayam & kambing jer..
Tapi bukan ada perisa kambing


Hmm.. aku pun baru terfikir
Naper xde pic lembu pada rempah rendang & rempah kari..  
Bila tanya kat mak aku.. 
Mak aku cakap sebab kalau letak pic lembu nanti orang yang agama Hindu x beli la rempah tu
Orang India kan x mkan lembu
Kalau letak pic katak pun mesti orang Islam plak x beli.. (syyy..aku sajer tulis katak.. mak aku bagi contoh binatang lain.. kroq.. kroq.. hahaha) 
Actually aku x pasti la mak aku jawab tu siyes or gurau jer..! 



Rendang Adabi vs  Ketupat Palas

Mak aku cakap ketupat palas ni x sesedap ketupat nenek..
Ketupat nenek memang la sedap..
Tunggu Raya Haji la baru dapat.balik Kedah makan ketupat nenek
Lagi sebulan

4 comments:

  1. hahahahahaha.. kelakar pulak bab gambar kat rempah rendang tu. Aunty pun baru perasan takde gambar lembu, ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee... kan..
      Kiter pun selama ni xdelah tengok pic tu . Sebab selalu beli ngan mak kiter.. dapat la cover.. Nampak la macam kakak jer x tahu.. Hahahaha

      Delete
  2. Rempah tu guna 1plastik yg berapa gram ye ?

    ReplyDelete