Dollar
Rupiah
Bat
Riyal
Rupee
Peso
Etc
Semua itu adalah duit
Senonim duit =wang
Semua orang suka duit
Tiada yang x suka duit
Kalau ada yang x suka duit mesti something wrong kan...!
Tapi hari ni nak story about duit RM20
Dalam hidup aku ada beberapa kisah about RM20. Antaranya pernah cerita .
DUIT RM 20 & AUTOPAY.. kat sini
Ada juga ceritaDUIT RAYA PERTAMA 2018...kat sini..
All about RM20
Hari ni nak cerita pasal RM20 yanv kat atas ni...
Ceritanya semlam.. JUMAAT 26 JULAI 2019
Minggu ni memang we all semua bz kat sekolah.. Sebab hari Ahad ni nak buat HARI USAHAWAN.
Nak cari dana untuk HARI GRADUASI form 5 yang akan diadakan bulan September ni..
Kena bayar sorang RM160 untuk event tu
Itupun belum dapat tampung semua kos..
So.. Sama seperti setiap tahun.. Memang kena buat Hari Usahawan la nak cari dana
Ops.... Nantilah sambung pasal HARI USAHAWAN tu
Now nak citer RM20 ni dulu
Semalam.. hari Jumaat aku nak kena cari ustaz kat Bilik Guru.. nak ambil kunci
Ajak Auni teman, Auni xnak temankan
Hadoii...
Jalan sengsorang..
Nampak S...
Ajak S temankan
S kata dia ada hal tapi lastly dia temankan juga aku..
Sib baik jjga jumpa S
S kata dia nampak ustaz kat Kelas SRT..
Hmmm..sib baik jumpa S..
Kalau x.. Penat jer cari kat Bilik Guru
Sampai kat kelas SRT nampak ustaz tengah bz..
Ustaz kata tunggu sekejap.
TAPI. bukan sekejap aku tunggu..
LAMA bai.... !!!
Aku dah serba salah sebab S ada hal lain
Aku suruh S tinggalkan jer aku sorang tunggu ustaz selesai kerja ustaz tu
Tapi agaknya S x sampai hati.. So dia temankan juga aku tunggu ustaz
Ustaz minta maaf sebab lambat..
Aku cakap jer xpe.. Walaupun sebenarnya x ikhlas pun.. Hihihi
Ustaz tengah masukkan duit dalam envelope.. Banyak juga..
Aku agak tu mesti duit jualan kupon Hari Usahawan la kot..
Bila aku tanya duit apa, ustaz kata tu duit zakat..
Ooooo....agaknya ustaz nak bayar zakat fitrah la kot...
Eh, zakat fitrah bukan ke bulan Ramadhan jer...
Mmmm.. malas nak tanya lagi..
Aku cuma nak amik kunci jer..!
Tetiba ustaz tanya aku..
"Suhaila... bapa awak kerja apa..?"
DUPPPP.....!!
Tetiba jantung aku bagai terhenti..!
Lama aku terdiam...
"Mmmm.... mmmm... mmm.. ..!" jawabku tergagap-gagap.
Ustaz pandang aku dengan dahi berkerut.
"Ish awak ni.... dah 17 tahun hidup pun x tahu bapa kerja apa.." agak tinggi suara ustaz..
"Ustaz, sebenarnya......." S cepat-cepat mencelah..
Ustaz beralih pandangan sekejap kepada aku... Sekejap kepada S
Lebih 10 minit juga la ustaz bersoal jawab dengan aku & S
Tentang pekerjaan emak...
Adik beradik...
Tempat tinggal
Dan macam-macam lagi...
Sebenarnya aku palinv x suka kalau cikgu @ sesapa tanya about family aku..
Tapi dah ustaz tanya xkan nak menyombong kureng hajor plak...
Jawab jer lah sejujur dan seamanahnya...
Tiba- tiba ustaz hulur 1 sampul kepada aku..
Ustaz terangkan yang sebenarnya tadi ustaz sedang asing2kan duit zakat tu adalah pemberian seorang hamba Allah
Tapi bamba Allah tu sudah arwah..
Kata ustaz hamba Allah tu pesan suruh sampaikan dan sedekahkan wang zakat itu kepada yang memerlukan dan kepada sesiapa saja yang ustaz rasakan perlu..!
Tiba-tiba juga aku rasa air mata aku hampir gugur..
Aku jadi sedih + macam-macam perasaan
Jadi sedih.. sayu..
dan tiba-tiba aku jadi DOWN...!
Aku segera menolak sampul pemberian ustaz.
Berkali aku tegaskan aku tidak layak menerima .
Aku bukan asnaf..
Entah dari mana aku dapat perkataan asnaf tu aku pun x tahu...
Lancar jer mulut aku jawab..
Aku bukan orang susah..
Aku cakap.. Mak aku masih mampu bagi makan, pakai, tempat tinggal... kenderaan
Aku cakap mak aku mampu bayar yuran.
Aku cakap mak aku kerja...
Entah apa lagi aku cakap..
Banyaklah yang aku cakap dan memang aku xnak ambil sampul duit tu.
Aku rasa nak nangis kuat-kuat...
Rasa macam nak lari sekuat-kuat hati..
Sepuluh kali aku menolak..
11 kali ustaz mengatakan aku berhak menerima
Ustaz tanya sebelum ni aku ada pernah terima apa2 bantuan tak?
Mmm... Memang x pernah..
Sebab sebelum2 ni dari sekolah rendah sampai sekarang setiap kali isi apa2 borang cikgu kata aku x layak sebab mak aku kerja government...
Kata ustaz lagi... semua murid yang ustaz bagi sebelum ni tiada siapapun yang menolak...
"Jika awak rasa awak rasa awak bukan susah, awak terimalah sebagai memenuhi hajat hamba Allah itu untuk mengembirakan anak-anak yang berhak untuk gembira dan berhak untuk dapat..."
Dengan berat hati aku terima sampul itu dalam seribu macam perasaan
Aduhhh.... drama apa yang sedang aku tonton ni...!
Kenapa aku ada dalam drama ni..
S juga terima 1 sampul...
Jumlahnya lebih sekli ganda dari aku
S memang layak terima kerana S tinggal dengan ibu dan bapa tiri.
S kata bapa kandungnya kat kampung kerja kampung..
Kadang klau bapanya ada duit lebih.. bapanya kirim duit untuk mereka adik beradik.. Kalau xde duit lebih bapa dia x kirimlah..
Selebihnya mak dia yang tanggung
Kata S... bapa tirinya memang x baik dengn adik beradik S.
Kasihan S..
Tapi atleast S masih ada bapa kandung yang sesekali mengirim duit.
Sepanjang jalan nak balik ke kelas aku masih x keruan..
Demi Allah.. aku bukan berlagak
Aku bukan orang kaya
Yuran aku pun baru jer bayar 2 minggu lepas..
Itupun abang kasi..dekat rm300 juga yuran sekolah + yuran PIBG
Abang kata ni gaji abang kumpul
Abang suruh bayar habis yuran tu sebab abang kata abang xnak aku rasa macamana abang rasa masa abang form 5 dulu..
Abang kata masa abang dulu.. abang nak bayar ansuran rm100 lepas raya.
Duit raya abang kata nak bayar rm100 dulu.. Lepas tu nanti baru bayar lagi sampai habis
Tapi abang kata cikgu abang xnak separuh-separuh.. Teruk abang kena leter ngan cikgu abang sampai abang xnak gi sekolah.
Sampailah mak aku bayar semua yuran tu.
Sebab tu abang suruh aku bayar habis siap-siap.
Hari tu lagi abang dah tanya berapa yuran kena bayar tapi cikgu kata tunggu lepas AGM PIBG baru tahu semua yuran.
Sebelum ni aku selalu x puas hati bila aku x dapat bantuan persekolahan RM100 tu
Sebabnya aku rasa x adil coz ada ramai juga yang loaded yang have-have dapat bantuan tu..
Dorang siap berlagak parents datang drive Vellfire bagai datang amik duit bagi anak boleh joli makan KFC & tengok wayang dengan duit tu.
Aku hanya mampu telan air liur
Setiap tabjn aku akan merungut about that
Tapi puasa aku cari post yang ada aku bebel about banfuan RM 100 tu tapi x jumpa
Yang aku jumpa 1 jer... dalam pos
DUIT BRIM vs KECIL HATI... kat sini...
Tapi bila ustaz kata aku layak dapat duit zakat tu ..
Sumpah aku rasa nak pitam..
Bukan aku berlagak
Bukan aku riak..
Nak riak apa..
Nak berlagak apanya sebab memang aku bukan orang have-have..
Aku bukan orang kaya
Duit belanja sekolah pun mak aku bagi seminggu rm10 jer...
Orang laim sehari rm10..
Aku rm10 untuk seminggu..!
Cuma bezanya setiap hari mak aku buatkan bekal.
Pakai kasut sekolah pun tapak dah pecah
TAPI .. Sesungguhnya aku ok jer..
Aku tak rasa sedih pun
Bila ustaz bagi duit zakat tu....
TAPI....aku x tahu apa yang aku rasa..!
Hanya aku yang faham perasaan tu..!
Patutlah mak aku selalu pesan supaya banyak berdoa kepada Allah..
Supaya kita dimurahkan rezeki
SUPAYA kita boleh jadi pemberi zakat..
Pemberi sedekah
Bukan penerima zakat dan sedekah..
Sekarang aku dah faham apa yang mak aku maksudkan
TAPI aku tak tahu macamana nak terangkan...!
Yang pasti...
Masa x dapat duit bantuan persekolahan tu aku sedih..
Tapi now dapat duit...
Aku lagi sedihhh..
Inilah duit yang ustaz bagi tu dengan pesanan supaya.membelanjakan sebaiknya..
Bukan la banyak pun tapi banyak pwrasaan yang aku rasa
Aku terima dengan niat memenuhi hajat hamba Allah tu..
Semoga Allah menempatkan arwah dalam. kalangan orang beriman...
Aku simpan dalam poket baju sekolah aku dan masuk kelas bawa bersama kunci yang amik dari ustaz.
Sepanjang perjalanan balik kelas dan dalam kelas aku masih fikir pasal duit tu..
Petang lepas lepas habis class.. dak-dak perempuan semua stayback nak siapkan barang2 untuk Hari Usahawan..
Lepas solat Jumaat...dak-dak lelaki plak datang joint..
pic dari google
Tetiba DK bawakan aku tealive..Dia cakap sajer dia nak belanja aku
Ish... dah kenapa plak si DK ni belanja aku? Tealive wei.. bukan teh 0 ais..
Lak tu aku bukan rapat sangat pun ngan DK ni...
Bersungguh DK suruh aku amik
Dia cakap dia memang beli 2..
Mmm...tealive wei..
Aku x tolak la..
Aku sedut dengan penuh feeling la..
Dah la dari pagi dok siapkan barang Hari Usahawan...
Dengan cuaca yang panas..
Dapat lak tealive..
LAYANNN laaaa..!
Masa aku minum tu DK ada sebelah aku.
Ala.. xde sapa nak gossip pun kalau ngan DK..
Takde sapa sangat berani nak usik DK..
Dia ni lain macam skit... !
Tiba-tiba DK cakap seronoknya kalau dia jadi aku..
Whattt... DK nak jadi aku..?
Dah hilang akal apa DK ni nak jadi pompuan!
Hahahaha...
DK diam bila aku ketawa kuat-kuat
Ok.. Ok.. aku cool...
Aku tanya naper dia nak jadi aku...
Naper x jadi Sajat yang cantik dan kaya tu..
Haaaaa..
DK kata sebab dia kata dia nampak aku hidup bahagia.. & keluarga aku perfect..!
Oh, nooo DK.... kau belum kenal aku sepenuhnya..
Ramai kawan suka kawan ngan aku!
Ok.. yang tu aku ngaku & perasan memang aku agak ramai kawan
Lagi ramai kawan lelaki dari pompuan..
Aku memang lebih suka kawan ngan lelaki sebab lelaki x mudah sentap... xde nak merajuk2..
Aku mudah rimas kalau kawan pompuang cengeng
Dak lelaki plak dorang cakap suka kawan ngan aku sebab aku jenis lasak boleh berjemur tengah padang & aku x gedik..
Hahaha.. bab aku x gedik tu xleh blah tu..
Hahahaha.. nak gedik apannya... Sebab aku sedar diri aku x cantik, x putih . x ploless macam orang lain...
Ops.. DK dah diam dah..
Haaaa... Ni lagi 1 kelemahan aku..
Aku memang fail bab memujuk..
Tapi aku boleh jadk pendengar yang baik tau.. !
Heee..
Lama senyap.. Pastu DK sambung cerita
Itupun setelah aku tanya dia tinggal di mana..
Kata DK maknya orang seberang dan ayahnya orang Malysia sudah bercerai.
Ayah dia x tahu di mana.
Mak dia sudah berkahwin lain dan mengikut suami barunya pulang ke Indon.
DK kata dia tinggal berdua dengan kakaknya menyewa rumah kedai.
Kakaknya muda lagi tapi dah kena kerja menyara DK sekolah.
Sebab itu dia selalu x datang sekolah.
Tapi tkde sesapa ambil tahu..
Kata DK mereka 2 beradik juga tak pernah mengadu kepada sesiapa..
DK kata hari ni dia terasa nak kongsi ceritanya dengan aku kerana dia ada baca story aku dalam IG pasal abang aku gi belikan pencil colour pukul 4 pagi tu
Ada aku cerita dalam post BZ BUAT KERJA KURSUS... kat sini...
Tapi yang DK cakap tu aku post kat IG story..
Memang aku ada buat story masa tu sesambil siapkan kerja kursus tu.. Ramai like..
Sebab semua classmate aku x tido malam tu.. Memasing siapkan kerja kursus sebab esok tu due date..
DK kata dia seronok bila tahu semua camily aku support aku..
Abang aku gi beli colour pukul 4 pagi
Mak aku ngan kakak temankan sampai pagi
Dia cakap masa dia tengok story aku dia nangis sedih sebab dia xde sesiapa kecuali kakaknya.
DK kata dia sedih setiap kali raya bila kawan-kawan cerita pasal balik kampung...
Dia terpaksa menipu dengan mengatakan dia balik raya kat Indon...
Sebenarnya dia x balik sebab bapa tiri tidak suka..
Hakikatnya dia beraya berdua dengan kakaknya di rumah kedai yang disewa itu.
Apa-apa berlaku mereka hadapi 2 beradik..
DK kata dia cemburu mendengar cerita kawan-kawan..
Dia cemburu aku ada emak yang masakkan bekal untuk aku..
Hantar dan amik aku
Dia hanya ada kakak
😭😭😭😭
Drama apa lagi yang sedang aku dengar ini....
Huhuhu... tabah dan kuatnya DK bersama kakaknya...
Aku x mampu bersuara sepanjang DK bercerita..
Tak sempat nak cerita panjang.. Classmate aku dah bising ajak sambung kerja
DK sempat pesan supaya apa yang dia kongsikan habis di situ sahaja..
Aku pula sempat pesan pd DK supaya jika perlukan kawan untuk berkongsi cerita...
Kata DK dia xde niat apa-apa
Tetapi DK kata hari ni dia rasa lega yang teramat kerana dapat menceritakan kepada aku..
Tapi sayangnya masa tidak mengizinkan.. Cuma sebelum masing-masing bergerak memulakan kerja.. aku sempat pesan pada DK...
Jika perlu kawan untuk bercerita..
In sha Allah .....aku sedia menjadi pendengar..
Tealive yang DK belanja pun hanya sedikit yang aku sempat minum..
Sampai dah hilang sejuknya..
Sepanjang siapkan kerja aku x dapat nak fokus sangat...
Sedar-sedar dah pukul 5. 30 petang..
Semua pun kemas2 nak balik..
Mak aku dah tunggu bawah pokok seberang jalan
Hari Sabtu pagi sambung lagi sampai petang
Ahad Hari Usahawan....
Hmmm
ReplyDeleteBelajar rajin rajin get good grades.
That is the best way forward. Focus the energy for success.
Nak kluar Dari ni smua Kita kena Ada hunger for success.
This applies for DK, s. Suhaila etc..
Etc.
Focus Dan belajar..
TQ.. in sha Allah...
DeleteToday bz Hari Usahawan...
Allahu…
ReplyDeleteBila kita rasa kita susah, ada yang lebih susah dari kita. Semoga ada sinar menanti di hadapan sana.
Kannn..
DeleteInsaf... huhuhu
Semoga Allah merahmati kita semua
Best baca cerita Cella ni.. Keep it up dik.. Aunty Z..
ReplyDeleteTQ aunty Zack😍💐💐
Delete