Wednesday, 24 July 2019

NASI LEMAK KUNING BUNGKUS SURAT KHABAR -MAKANAN NOSTALGIA

Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat KHabar
Apa nak kata...
Sedap & very nostalgian wei...!



Nasi Lemak Kuning
Sambal bilis
Bungkus dalam surat khabar
Jangan nak kata bahaya bungkus dalam surat khabar
Dah mak aku nak juga bungkus dalam surat khabar
Mak aku kata nak feel ori  Nasi Lemak Kuning Nostalgia Zaman Mahsuri masih remaja
Hahaha...bapak lama nya
Kikikiki
Semua Nostalgia tu dah citer dalam post
NASI LEMAK KUNING BUNGKUS SURAT KHABAR....kat sini
Step by step masa nasi pun boley refer kat sitew



Ni pic by mak aku
Mak aku kata x sabar nak makan  kat tempat kerja
Mak aku bawa 3 bungkus
Mak aku kata nak bagi chik Yati & chik Ruby cleaner yang selalu tolong mak aku bersihkan bilik dan kemaskan surat khabar  bagi tu



Pergh
Bila tengok nasi lemak yang kuning bercampur sambal dalam plastik pembalut nasi lemak tu memang feel giler dowh..!
Aku pun ada nostalgia ngan Nasi Lemak KUning  ungkus Surat Khabar ni
Dulu masa selalu balik kampung & selalu tidur rumah achik,Achik selalu beli nasi lemak kuning bungkus surat khabar ni untuk dinner kitorang..
Aklu selalu request nak lauk Ayam Kicap acam Aqil
Kadang achik bli lauk sotong,
Bukan banyak pun lauknya
Bungkus pun skecik jew dalam 1/2 cawan nasi la
Kalau sebungkus yang harga 60 sen tu sotongnya ada janggut sotong jew
Hahaha....tapi padan la ngan harga dia 60 sen
Itu 10 tahun dulu laaaaaa...
Now ..achik kata semua dah singgit
Ni pun pic by mak aku
Mak aku cakap snap pic ni nak share ngan achik
Haaaa....mak aku kalau ngan achik selalu la cerita zaman mereka kanak-kanak
Kadang-kadang bahasa yang digunakan pun ada yang aku x faham



Pagi-pagi lagi 1 rumah dah bau Nasi Lemak Kuning
Mak aku tengah gigih membungkus dalam plastik dan surat khabar  untuk bekal aku,
bekal mak aku dan juga untuk sarapan abang ngan kakak
Dah beberapa hari mak aku cakap teringin nak makan Nasi Lemak Kuning Nostalgia ni

NASI LEMAK KUNING
3cawan beras( sebaikknya beras jenis nasinya lerai)
3 cawan air( ikut jenis beras)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula( opsyen)
1sudu teh serbuk kunyit( yang ni guna pewarna kuningvtelur star brand 1/2 sudu)
1 daun pandan simpul
2 sudu minyak+ 1 sudu merjerin

Bahan Tumis:
2 biji bawang merah keecil- hiris
2 ulasa bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis ( anggaran 3cm)
5 biji buah pelaga
2 kuntun bunga lawang
10 bunga cengkih
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 helai pandan digunting2

1. Panaskan minyak+ marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan 3 cawan air( ikut beras). Kalau nak cepat..masukkan air panas baru mendidih
3. Tuang kan dalam rice cooker dan biar mendidih semula.Tambah garam,gula dan pewarna kuning
4. Semantara tu basuh beras dan toskan.
5. Bila air tumis dalam rice cooker dah mendidih baru masukkan beras dan pandan simpul..

6. Tanak hingga masak dan lerai2kan nasi semasa masih panas supaya terlerai cantik



Sambal Bilis ni dari malam lagi mak aku dah masak
Mak aku kata kalau nak masak pagi nanti rushing
Masak dari malam

SAMBAL BILIS
1 cawan bilis
2 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka
minyak

Bahan Blend:
30 cili kering - rebus
1 bawang besar

1. Rebus cili kering dan bawang .Kemudian blend
2. Goreng ikan bilis..
3. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu dan tumis bahan blend
4. Masak baham blend hingga naik minyak
5. Masukkan asam keping,garam dan gula melaka..
6. Bila pekat masukkan  bilis..
7. Sesuaikan rasa dan siap..


** Sebaiknya dimasak beberapa jam awal supaya rasa lebih sedap


Telur rebus wajib la ada
setiap bungkus 1/2 telur rebus



Uniknya Nasi Lemak Kuning ni memang simple xde timun,kacang bagai
Just nasi kuning,sambal bilis or apa-apa sambal & teluir rebus jew
Mak aku kata mungkin dolu-dolu nasi lemak ni nak bagi tahan lama
sebab tu xde masuk timun
Kata mka aku lagi kalau bungkus sama ngan timun mmang cepat basi


Surat khabuar Metro hari Ahad
Hari Isnin dah buat bungkus Nasi Lemak
Hahaha....mak aku kata now dah jarang beli surat khabar
Kat ruamh dah xde stok surat khabar
Sebab tu mak aku cakap sengaja beli Metro Ahad
Sebab dah plan hari Isnij nak bungkus nasi lemak ni
Hahahaha....gigihnya mak aku
Kalau beli Nasi Lemak Kuning ni kat Kedah,mak aku kata memang dibungkus bunjut macam sup bunjut macam tu
Sebab nak elakkan sambal tumpah kena surat khabar tu
Kena guna plastik jernih nipis untuk bungkus nasi tu
Pastu baru wrap ngan surat khabar




Bekal dan sarapan kat rumah
3 bungkus mak aku bawa bekal
Aku pun bawa 3 bungkus
Mak aku pesan 1 untuk aku makan
1 untuk kawan-kawan  pompuan share
1 lagi untuk kawan lelaki share
Haaaa.......dah lain pulak jadinya..
Yang 1 tu aku Nad ,Mai & Nik makan
Auni xnak makan sebab dia x makan sambal
1 bungkus lagi aku bagi Faiz Kedah
Sebab dia orang Kedahj mesti la dia suka Nasi Lemak Kuning ni
Sekali nak habaq mai kat hangpa...
Faiz Kedah siap menjerit excited dapat nasi Lemak Kuning ni
Faiz panggil ni Nasi Lemak Royele
Dia siap cakap dia xkan kongsi ngan sesapa pun sebab dia dah lama rindu Nasi lemak Kuning ni
Dahhhhhh...si danial lak kecik hati sebab x dpat makan
Danial cakap aku x adil sebab bagi faiz jer...x bagi kat dia
Hahaha....memang la aku bagi faiz soh makan sama-saa
Dah Faiz yang  bawa ke man ntah sebab dia kata dia nak makan dengan feeling
hahaha...bukan la salah aku
Suruh dia kong makan ngan Nad,Mai & Nik dia xnak
Ajak share ngan aku ...
Dah xnak lah plak si Danial tu
Dia cakap nak jaga hati awek dia..
Takuta awek dia nampak lak nak share makan ngan aku
Hmm....x dapek la den nak nolong...!!!!
Nanti la yer..lainkali kalau mak aku masak lagi aku pesan mak aku masak lebey



Balik petang kakak  ada order makanan dari kawan kakak 2 pack
1 kakak makan
1aku makan
Mak aku lak sambung panaskan Nasi lemak Kuning & sambal
Telur rebus dah habia
Mak aku buat Telur Mata

Bila tengok ada JERUK PETAI dalam pinggan mak aku....
Waaaaa........NAKKKKKKKKK JUGAAAAAAA..!!!
Petai is my fav hokey..!!!!!

**** 2 hari tulis entri ni...hahahaha bz wei...!

2 comments:

  1. Kecur lak aunty tngok mknn nostalgia ni. Kalau balik Kedah, uncle mmg suka cari nasi royale ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Macam aunty kat Johor mesti cari lontong... Betul kannnnn

      Delete