Kuih Sagu untuk minum petang
Mak aku masak...
Mak aku kata ni Kuih Sagu versi kacau dan kukus
Mmm....camana tu...?
Kata maka aku kalau versi KUKUS sahaja Kuih Sagu tu macam KUIH SAGU WARNA- WARNI kat sini....
Kalau Kuih Sagu Kacau plak mak aku cakap macam KUIH SAGU TANPA KUKUS ...kat sini...
Tapi yang hari ni versi dikacau dan dikukus..
Mmmm...macamana plak..?
Jap...nanti mak aku akan tuliskan..untuk c&p
Ni mak aku potong square
Ni mak aku potong bentuk triangle
Ada 2 piring Kuih Sagu..
Kuih yang sama...
Potong jer lain bentuk
KUIH SAGU VERSI KACAU & KUKUS
1 cawan sagu
1 cawan gula
1 sudu teh pati rose merah
2 cawan air
Bahan Gaul:
2 cawan kelapa
1/2 sudu teh garam
1. Basuh sagu dan rendam 10 minit
2. Sementara rendam sagu,masak air dalam kuali atau periuk hingga mendidih
3. Masukkan gula kedalam air mendidih dan juga sirap merah.
4. Buang air sagu dan masukkan dalam sirap mendidih tadi.
5. Kacau hingga pekat dan keting airnya
6. Alas loyang dengan plastic cling dan tuangkan adunan sagu.Ratakan
7. Kukus lebih kurang 15 minit hingga sagu merah jernih dan fiada lagi bintik putih.
8. Sejukkan dan potong serta gaul dengan kelapa putih + garan
Kuih Sagu fah siap kukus
Mak aku cakap alas dengan plastik cling supaya nanti mudah nak kuarkan kuih x melekat pada loyang..
Plastic cling tu apa..
Alaa...mak aku kata plastik nipis yang roll yang selalu orang buat tutup permukaan tembikai tu..
Ooooo.....
Kelapa kena kelapa putih baru cantik..
Kalau nak tahan lama contoh untuk jamuan ke...
Mak aku pesan kelapa bergaram tu kukus dulu sampai berwap..
Kalau nak makan segera x perlunkukus kelapa
Mak aku cakap kelapa mentah tanpa kukus lagi sedap dan lemak manis,tetapi kelapa kukus walaupun kurang lemak manis tetapi ia tahan lama dan tidak basi
Ok...jom makan...
Mmm....aku dah makan 3 pcs dag ni
Heeeee
sedap nie boleh cuba
ReplyDeleteCuba Abe Nick...jange dop cuba deh...ha3
Delete