Tuesday, 12 March 2019

MAKAN BUBUR NASI JER...!

Makan Bubur Nasi Jer..!
Naper mesti ada "jer"
Mmmm...kan....
Mak aku kata kalau dolu-dolu bubur nasi  dimasak untuk nimatkan penggunaan beras
Sebabnya dolu-dolu mak aku kata bukan senang nak dapat beras terutama zaman Jepun
Haaa...mak aku cakap zaman Jepun tu mean tahun-tahun  masa Tanah Melayu dijajah Jepun la..
Tahun bila..?
Haaa...semak Sejarah la..
Nenek pernah citer masa zaman Jepun nenek pun belum lahir kot
Tapi kita kan boleh baca Sejarah
Boleh tengok citer P.Ramlee dalam SARJAN HASSAN
Boleh tengok Filem "Embun"
Haaa...aku dah tengok kat youtube.
Haaa...zaman Jepun memang senonim ngan Ubi Kayu
Nenek cakap ...penduduk yang miskin terpaksa makan nasi yang dicampur bersama ubi kayu sebab nak jimatkan beras
Ada yang masak bubur supaya beras yang sikit dapat dimakan beramai-ramai.
Mmmmm...macam ada kaitan ngan Bubur Asyura lak
Cerita masa zaman Nabi Noh...selepas banjir besar telah surut dan bekalan maknan dalam bahtera Nabi Noh dah tinggal sikit
Semua makanan dicampur dan dimasak untuk dimakan beramai-ramai..
Mmmm..tapi mak aku kata sekarang ni Bubur nasi dimasak dan dimakan kerana ramai yang sukakan Bubur Nasi
Aku pun suka...!



Actually Bubur nasi ni minggu lepas nyer..
Hari Jumaat mak aku masak Bubur Nasi untuk dinner
Mak aku cakap malas nak masak lauk

CARA MASAK BUBUR NASI PEKAT

1/2 cawan beras(untuk hasil lagi cream-guna beras wangi)
2 cawan air
Air panas secukupnya( masak air 1 kettle)

1. Cuci beras dan masukkan 2 cawan air (jangan masuk air terlalu banyak sekali gus...tunggu nanti tambah air panas)
2. Masak seperti masak nasi biasa..
3. Bila air mula kering..Kacaukan nasi laju-laju supaya beras jadi kembang.
4. Tambah air panas agak- agak 2 cawan..dan biar mendidih
   ( Tutup periuk tetapi sendal tutup periuk dengan sudip kayu supaya sedikit terbuka agar tidak meruap)
5. Setiap kali air mula kering..kacau-kacaukan  agak-agak seminit dua supaya nasi jadi  hancur
(Pastikan button "cook" sebab kadang bila air kering button akan auto warm)

 Setiap kali air mengering tambahkan dengan air panas yang baru mendidih supaya bubur kekal mendidih..
 Jika ditambah air sejuk akan membantutkan bubur mendidih..kerana suhu akan turun mendadak sebab air sejuk


Just C&P jer dari entri CARA MASAK BUBUR NASI PEKAT & CANTIK...kat sini

Haaaa....yang sebenarnya ni makan petang semalam
Semalam sekolah aku Cuti Peristiwa..
Sebab Ahad ada Larian Damai..
Ala...yang mak aku panggil Merentas Desa
Tapi desa tu kan maksudnya kampung...
Sekarang mana ada kampung dah..
Merentas jalan...rentas tama  perumahan + masuk The Park ..terus patah balik sekolah
Syyyy....tapi aku x gi pun...
Penat nak siapkan Kerja Kursus Seni..
Tapi orang cuti..aku cuti gak..
Heeee....
Actually x banyak Kerja Kursus yang aku dapat buat semalam sebab perut aku sakit giler...
Tak boleh nak duduk lama- lama
Call mak aku...
Mak pesan soh rebus beras untuk masak Bubur Nasi..
Mak aku cakap nanti mak aku baljk ,mak aku buatkan lauknya..
Haaaaa....itu sebabnya semalam makan bubur nasi ni

6 comments:

  1. salam,
    sedap.. boleh makan ni everyday...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ..not me...
      Sebab cepat kenyang tapi cepat lapar..

      Delete
    2. Sebab Tu makan bubur Ada sayuran protein sebagai lauk..supaya dapat bertahan Dan tidak cepat lapar
      Telur Dadar..telur Asin..ikan goreng..ikan mason..kacang..Sayur...Segala....

      Delete
  2. Salam... Sedap mkn bubur mcm ni...arwah ayah sis dl pernah cerita dia dl sempat la sekolah dgn Jepun...byk yg dia cerita pasal zaman tu mostly yg lawak la..ckp Jepun pun blh...arwah ayah lahir tahun 1927..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis FJ
      waa...seronoknya sekolah ngan Jepun mesti boleh speaming Jepun..
      Tapi kalau tengok filem about zaman Jepun mesti citer pasal Jeoun Zalim

      Delete
  3. Knowing my dad... Dia tak pernah nk cerita tentang susah hidup masa zaman tu..mgkin dia tak nk igt masa susahnya hidup masa tu..

    ReplyDelete