Semalam pagi plan nak masak lauk ayam masak cabai.Tapi bangun ja buka paip sink nampak air karat.Alamak,macam tanda -tanda tak da air ja ni.. Tak jadi lah nak masak ayam bagai ..Air memang macam teh 0 tanpa gula.Macamana nak basuh ayam nak basuh beras..
Nasib baik ada simpan sikit air.Boleh la buat cuci beras dan tanak nasi...Lauk hanya tumis sardin dengam sambal yang memang ada stok..
Jadilah nasi putih & lauk sambal sardin sahaja untuk anak jantan sorang tu.
Nasib juga semalam kena pi meeting kat luar...Jadi sempat la berlambat-lambat menadah air dulu.Walau air karat tapi tadah la juga.Simpan dalam plastik sampah hitam yang tebal tu.Isi la juga 2 plastik hitam tu habuan istinjak kot bekalan air memang putus.
Tapi Alhamdulilah balik petang tengok air masih ada tapi tetap juga berkarat.Lepas isya' baru nampak air jernih sikit.
Oleh kerana kita jenis yang mementingkan penjagaan perut,maka memalam pun kita makan la nasi....
Orang jaga badan tak makan malam...kita jaga perut,kena la makan...hihihi
Nasi Goreng Nanas ni asal rencahnya daripada sambal sardin pagi .Masak sardin haruslah disusuli nasi goreng sardin untuk habiskan ikannya...Saya pakai sardin mecerel.
Nasi Goreng Nanas untuk dua beranak....
Gitulah putaran kehidupan..
Berdinner la kami dua beranak .
Sedap sangat nasi goreng nanas ni pada tekak saya la...Pulun makan dengan anak jantan tu sampai berpeluh..Bagi yang tidak suka namas mungkin akam terganggu dengan rasa nanas.Tapi saya suka nanas..
Makan gitu sahaja...sapu sikit garam masuk peti ais...mmm..bokeh habis ½ biji nanas Masak lemak cili api dengan ikan masin...masak sambal dengan bilis ...masak pajeri...semua saya suka..Pizza pun kalau Hawaian Chicken saya suka gabungan ketulan ayam bersama nanas sungguh sedap...Nasi goreng nanas
dengan sardin ni lagi la...Gabungan pelbagai rasa....Panas,pedas,masin,masam manis dan harum nasi goreng nanas ni menggoda selera.
NASI GORENG NANAS
3 cawan nasi
½ cawan sambal sardin+ 1 ketul sardin mecerel
3 cili padi merah- hiris
2 potong nanas
½ ketul kiub ayam
minyak,garam,daun sup
1. Panaskan minyak & tumis cili padi & masukkan sambal sardin.
2. Masukkan nanas dan kacau hingga nanas lembut.
3. Masukkan nasi,garam & kiub ayam & kacau gaul hingga rata..
4. Teruskan kacau gaul naik wap berasap lebih kurang 5 minit hingga semua bahan masak sebati dan panas berasap..
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup.
Samaaaaa kita kak cella ❤️❤️. Saya pun sukaaa nenas dicampur dalam nasi goreng atau pizza atau nenas pajri pun saya doyaaan sangat ❤️❤️. Walaupun kata Gordon Ramsay nenas tak bisa dijadikan topping pizza, bagi saya hawaian pizza pakai nenas merupakan pizza terbaik 😄😄😍👍
ReplyDeleteBiarlah GR dengan pandangannya..Yang penting nanas sedap🤭
DeleteSaya suka nanas cuma kalau dicampurkan jadi acar nanas, kurang pulak suka...Tapi dicampur dengan nasi goreng, macam sedap..pernah rasa dulu 🤩
ReplyDeleteCuba lah ..mana tau kena dengan selera
DeleteKami sekeluarga suka nanas tapi tak pernah campur dalam nasi goreng. Sy rasa mesti mereka tak suka jadi tak bolehlah tiru resepi ni. Kita tengok aje la sambil telan ailio.
ReplyDeleteCuba dulu SK...tapi kalau depa tak suka juga hantaq mai sini...hihihi
DeleteTengah hari tadi makan di luar dengan Encik Suami. Dia makan nasi goreng nanas, tapi hanya ada dua tiga ketulan kecil nanas dalam nasi gorengnya.
ReplyDeleteSaya pernah makan nasi goreng nanas di Hatyai. Nasi goreng dimasukkan dalam nanas yang dibelah dua dan isinya dikeluarkan untuk letak nasi goreng. Sedap sungguh wei...dalam nasi goreng tu ada nanas, ada udang, ada sotong!
Pernah makan nasi goreng nanas kat kedai Thai je..tapi nasi goreng dalam setengah biji nanas yang dah di korek isinya, tapi takde pun hirisan nanas..
ReplyDelete