Nasi Goreng Nanas
Beli sebiji nanas nak kupas ,potong gaul dengan sikit garam & kicap nak sejukkan dalam peti ais kononnya.Tapi dah seminggu nanas tu terbiar.Takut rosak,rajinkan juga diri mengupas nanas tu.Bahagian pangkalnya yang manis itu saya potong masukkan dalam tippuware & sejukkan.Bahagin dekat jambul yang kurang sikit tahap kemanisannya ,saya cincang masukkan dalam nasi goreng.Cella call tanya masak apa..Bila cakap masak Nasi Goreng Nanas,merajuk dia nak juga.Hihihi.Katanya kalau dia ada ,dia akan korek isi banas & minta isikan nasi goreng tu dalam sampan buah nanas macam yang selalu saya buatkan untuk dia sebelum ni.Dari oldpost ada la posting NASI GORENG NANAS SEDAP ...kat sini
Selain tu ada juga NASI GORENG ALA THAI ...kat sini
Tu masa mak dia masih rajin.Now,maknya dah serajin dulu- dulu.Kadang banyak membeli dah sekarang ni.Kalau tak membeli pun,masak ala kadar sahaja.Agaknya esok-esok kalau semua dah bekeluarga,tinggal maknya terkonteng- kontang....rajin ke lagi nak masak.Ish,takmau fikir lagi lah.Nanti saya sedih.Kita bukan tahu perancangan Allah,Entah esok,entah lusa pun belum tahu nasib & umur kita...
2cawan beras - tanak nasi & leraikan biar sejuk
2 cawan isi nanas cincang kasar
1 cawan isi ayam- dadu
4 sudu minyak
daun sup
Bahan Tumbuk:
10 cili padi merah Bangladesh
2 bawang merah
2 bawang putih
1 genggam ikan bilis bersih
1 sudu teh garam
1. Panaskan minyak.Tumis isi ayam hingga masak.Masukkan bahan tumbuk & masak hingga naik minyak
2. Masukkan isi nanas & gaul hingga nampak nanas jernih.
3.Tambah nasi & gaul rata sambil dikacau hingga naik wap & garing
4. Tabur daun sup
Alamak, sekali dia buat cerita sedihlah pulak, huhu.
ReplyDeleteBaru tahu nenas kat bhagian jambul tak berapa manis. Sy tak pernah buat nasi goreng letak nenas, tahulah org dalam rumah ni cerewet. Kadang makan kat kedai, teringin jugak nak makan nasi goreng nanas dalam nanas, tapi pernah dgr cerita, nenas tu dibasuh setiap kalai ada order yang sama, tatawlah betul ke tak, wallahu alam.
huhuhu,kadang-kadang cerita sedih tu datang dalam fikiran..
DeleteLepas ni SK buat la aeksperimen makan nanas bermula dari pangkal tangkai.Kemudian baru makan dekat jambul tu..hihihi
Saya juga pernah dengan cerita nanas recycle tu.hihihi
Mak datuk! Cili putih tu bukan semua tempat ada. Kalau ke Kundasang memang selalu borong banyak! Suka goreng dengan ikan masin, tak payah buah tangkai.
ReplyDeleteBetul cikgu,goreng dengan ikan masin sedapnya....Rindu cikgu seminggu menyepi
DeleteTak pernah cuba lagi nasi goreng nanas ni
ReplyDeleteNanti kalau ada nanas boleh cuba wak.Kalau sedap kasi tahu.Kalau tak sedap diam- diam..hihihi
DeleteEh nampak sedap pulak nasi goreng nenas ni.nk buatlah esok dgn baki nenas yg sebelah dlm fridge tu.
ReplyDeleteJom la try.. saya & anak bujang suka rasa nasi goreng nanas ni.Tapi Adah tak suka.
DeleteNampak.menarik degn cili comel ni....
ReplyDeleteCili tu sedap Naz...cili putih kembong..jarabg nak jumpa..
DeleteNasi goreng nanas sedap. Pernah masak, terasa masam manis pedas bergabung :)
ReplyDeleteSedap pada tekak saya..cubalah kot kena dengan tekak...hihihi
Delete