Bekal hari Isnin 2 Mac 2020
Bekal hari Isnin ialah BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM
BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM
1 bungku bihun - rendam air biasa 15 minit
1 mangkuk isi ayam- hiris nipis
1 batang carrot- hiris jejari halus
1 rumpun daun bawang
1 pokok daun sup
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1/4 cawan kicap manis
2 sudu besar cili blend + bawang
1. Gaul isi atam dengan 1 sudu teh garam(supaya tidak lwkat
masak goreng)
2. Panaskan minyak & tumis isi ayam bergaram hingga
masak
3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak
4. Tambah carrot gaul
hingga carrot lembut & + 1 cawan air & biar hingga mendidih
5. Buangkan air rendaman bihun( tak perlu tapis)
6. Masukkan bihum dalam kuah mendidih & biar 1/2 minit
swbelum dibalik2kan & digaul rata.
7. Sambil gaul, sambil rennis kicap manis hingga bihun
lembut & bersalut sekata.
8. Jika bihun belum cukup lembut masukkan sikit lagi air
sambil dikacau-kacau
9. Masukkan daun bawang & gaul rata
10. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
Mak aku nyer whatsApp post update untuk aku
Bekal hari Selasa 3 Mac 2020
Update mak aku
Report bagitau makan bekal Selasa
Bekal hari Selasa ialah PASTA TIUB BASIKAL......
PASTA TIUB BASIKAL
SPAGHETTI SARDIN PEDAS
1 paket pasta macaroni
2 tin kecil sardin mecerel
2 sudu chilly flakes
2 sudu teh garam
3 sudu minyak
1 pokok daun sup- cincang
1 bawang holland- cincang
3 bawang putih- cincang
1. Rebus pasta hingga lembut
2. Sambil menunggu pasta lembut,panaskan minyak dan tumis
bawang holland & bawang putih
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 hingga hancur
kasar
4. Masukkan garam dan kacau rata
5. Terus masukkan pasta bersama sedikit airnya supaya mudah
digaul rata
6 . Taburkan chilly flakes & gaul rata
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup cincang
Hari Rabu nyer bekal
hanya abang yang bawa bekal
Coz mak aku & kakak x bawa bekal
YEE MEE GORENG ..mak aku
1 paket yee mee- 5 ketul
1 mangkuk isi ayam
1 batang carrot
2 pokok sawi
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
2 sudu kicap lemak manis
Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1 kiub ayam
1. Panaskan minyak dan tumis isi ayam dadu yang digaul
dengan garam suoaya tidak melekat bila digoreng
2. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak.
3. Tambah carrot dan batang sawi
4.Sementara itu masak air dalam periuk untuk celur yee mee
5. Bila nampak yee mee sudah lerai boleh terus cedok yee mee
dan masukkan dalam bahan tumis tadi
6. Gaul rata dan renjiskan kicap lemak manis
7. Gaul rata dan tambah daun sawi.
8. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup dan daun bawang
9. Hidangkan bersama jeruk cili
Mak aku nyer bekal hari Rabu
Mak aku cakap makan Roti Canai Tapaw
Hari Khamis juga hanya bekal simple
Sebab hari Khamis kan keluar result SPM
Abang temankan aku gi sekolah
Takde bekal la
Mak aku ngan kakak hanya bawa roti
Mak aku update dalam status makan Roti Bakar & Kopi O
Sama juga ngan kakak
Makan roti & susu untuk lunch
Bekal hari Jumaat 6 Mac
Bekal mak aku..abang & kakak
Nasi Goreng Sardin Telur Mata
NASI GORENG SARDIN
3 cawan beras - tanak nasi biar agak keras
2 tin sardin
1 batang carrot
1 cawan terung pipit
1/2 cawan minyak
1 sudu garam halus
Daun sup + daun bawang
Bahan Blend:
5 cili kering
10 cili padi merah
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Tanak nasi dan leraikan biar sejuk
2. Panaskan minyak dan tumis baham blend hingga naik minyak.
3. Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2an sardin
4. Masukkan terung pipit dan carrot.
5. Gaul rata dan tambah garam
6. Masukkan nasi dan gaul balikwan nasi hingga rata dan
berasap
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup & daun bawang
alahai, lapar tengok bekalan masing2
ReplyDeleteJangan tengok time lapar. Nnt batal puasa🤣🤣
Delete