Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Friday, 20 March 2020
GULAI AYAM + TELUR REBUS LAUK NASI DAGANG
Gulai Ayam + Telur Rabus
Lauk untuk NASI DAGANG BERAS PULUT + BERAS BIASA.. kat sini
Juadah iftar semalam
Selalu kalau nasi dagang mak aku akan masak lauk ikan tongkol
Tapi semalam masak lauk ayam+telur
Ikan tongkol ada juga
Tapi mak aku cakap letak 2 ketul jer ikan tongkol untuk lauk mak aku
Coz mak aku jer suka ikan tongkol
Aku abang & kakak x suka ikan tongkol
Lauk ni lauk lunch juga ni
Sebab aku sorang jer puasa
Aku iftar pun lauk ni juga
GULAI AYAM+TELUR REBUS
LAUK NASI DAGANG
1/2 ekor ayam - potong
5 biji telur ayam-rebus
1 serai - ketuk
3 daun limau purut
2 asam keping
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula melaka
1/2 kotak santan (= 1cawan santan pekat)
3 cawan santan cair/air biasa
1/4 cawan minyak
1 paket rempah kari ikan
Bahan Blend:
10 cili kering
1 bWang besar
1 ketul kunyit segar
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
1. Panaskan minyak & tumis bahan blend
2. Tambah serbuk kari, asam keping & masak hingga naik minyak
3. Masukkan ayam & masak hingga air ayam kering baru tambah santan cair /air biasa
4. Tambah garam, gula melaka, daun limau purut, serai & telur rebus
5. Bila ayam empuk tambahkan santam pekat & kacau rata
6. Perlahankan api biar mendidih perlahan hingga naik minyak
7. Sesuaikan rasanya
Acar Carrot
Hanya aku ngan mak aku yang makan acar ni
Kakak & abang xmakan
Acar ni patut kena + timun
Tapi timun tapi timun xde
Walaupun carrot jer
Tapi sedapnya sebab mak aku cakao cukup rasanya masam masin & manisnya
Rangup krup krup krup
Makan la ngan Nasi Dagang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment