Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Thursday, 26 March 2020
CENDAWAN TELINGA MASAK LEMAK CILI API
Cendawan Telinga Masak Lemak Cili Api
Menu lunch dah hampir sebulan dalam draff
Cendawan Telinga
Macam geli plak namanya
Sebab macam makan telinga orang🤣
Ok panggil Black Fungus
Black Fungus Masak Lemak Cili Api
Tengok pic hanya telan air liur
Sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan i
Hanya makan lauk-lauk segera
Telur, sardin, bilis, sosej, daging burger & xde sayur
Aku suka sangat cendawan ni
Sebab krup krap krup
Plak tu aku memang suka masak lemak cili api.
MASAK LEMAK CILI API BLACK FUNGUS
1 genggam black fungus- rendam semalaman
1/4 ekor ayam - bahagian tulang
1 asam keping
1 kotak santan
4 cawan air
1 sudu teh garam
Bahan Tumbuk
10 cili padi
1/2 bawang besar
1 ketul kunyit
1. Masukkan ayam dan bahan tumbuk dalam kuali + 4 cawan air & masak hingga mendidih & ayam empuk
2. Masukkan asam, garam & black fungus
Jika terlalu besar potong black fungus
3. Tambah santan pekat & biar mendidih sambil dikacau
4. Bila semua empuk sebati sesuaikan rasa
Ayam
Bahan tumbuk
Black fungus yang sudah direndam kembang
Siap..
Sedap...
Aum..
Labels:
LAUK-PAUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Oh belum pernah try lagi menu camni 😁
ReplyDeleteCuba... Sedap sebab krup krap krup macam makan telinga orang🤣
DeleteTelinga kera
ReplyDeleteTelinga kera? 🐵🐵🐵
DeleteGeli ar twlinga kera ada bulu kera🤣