Friday, 27 March 2020

KEK CAWAN BLUEBERRY KERING - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19

Hari ni dah hari ke 9 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Kebosanan dah mula terasa
Tapi kena redho & bersyukur
Kena kenangkan orang lain yang lagi susah
Kita masih ada rumah untuk tinggal
Masih ada makanan untuk makan
Masih ada semua kemudahan
Cuma tak boleh keluar rumah jer
Setiap malam jadi peminat setia Buletin Utama nak tengok berita
Paling aku nantikan ialah berita pasal gwlandangan
Setiap hari aku selalu fikir apa gelandangan buat kat tengah- tengah KL tu
Dulu kalau weekend
Pagi-pagi selalu aku ajak mak aku ronda-ronda KL sebab nak tengok gelagat orang terutama gelandangan
Selalu lalu depan Anjung Singgah tempat gelandangan tinggal
Lalu celah-celah bangunan tengok kwhidupan mereka
Tapi x berani la nak buka tingkap
Hanya tengok dari dalam kereta
Tengoknkat TV sekarang mereka hanya akan tunggu jika ada orang hantar bantuan makanan
Malam- tidur alas kotak
Mereka cakap sekarang sejak Perintah Kawalan Pergerakan, mereka hanya berbual sesama mereka kerana orang ramai sudah tidak mengunjungi KL
Sedih kan..
Sebab tu ken syukur walaupun terkurung dalam rumah



 Kek Cawan Blueberry Kering
Aku yang masak tau
Masak hari Rabu petang
Sebabnya masa kemas peti ais jumpa 1 pack blieberry
Tapi dah kering macam kismis
Maknanya dah lama giler la dalam peti ais kan
Rasanya  beli bulan February lagi
Masa tu nak buat blueberry crepe

 Sib baik bila dah masuk dalam kek
& bila dah masak
Buah blueberry kembali mois
Kalau tengok masa baru jumpa dalam pwti ais tu memang x sampai hati nak masak
Nak snap pic pun tak sampai hati
Kwring macam kismis

 Aku masak kek ni sengsorang kat dapur
Abang & kakak & mak aku semua dalam bilil buat hal masing-masing
Tapi sebelum tu dah bagitau mak aku yang nanti petang nak buat kek
Mak aku cakap boleh
Tapi kena kemas balik
Wokeh boss!!!!

 Resipi hanya guna resipi KEK MENTWGA SUKATAN CAWAN... kat sini


 Pastu just pipe kwdalam paper cup
Susun blueberry
& bake 20 minit
Bakar 20 minit jer sebab saiz kecik kan


 Dah siap baking

 Biar sejuk
& jangan lupa kemas balik dapur
Heeeee


Pasru baru boleh makan
Sedap baq hang
Abang pun cakap sedap
Mak aku cakap boleh la...
Kakak?
Mmm.. Kakak cuma jawab mmmm jer bila aku tanya sedap ker tak kek. aku masak
Tapi aku tahu sedap sebab kakak pun makan 3 pcs malam tu..
So, kira sedap la kan...
Pandai juga aku masak wei
Hahahaha..
Masak kek boleh la
Mix semua
Bake
Siap
Kalau masak lain...
Heeeee.... Krik krik...


2 comments: