Sunday, 15 March 2020

WAJIK DELIMA CANTIK & SEDAP


Wajik Delima Cantik & Sedap
Memang cantik kan...?
& memang sedap..


See....
Shiny. Shiny.... gitew kan...
Macam betul betul batu delima 
a. k. a red ruby kan..
Tengok pic ni pun aku dah meleleh
Nak makan tapi dah habisssss
Sebab wajik ni mak aku masak awal tahun hari tu lagi..
Heee... Tertinggal dalam draf dengan resipi jer
Tapi belum ada catatan.
Scroll draff yang panjang berjela tu tertarik dengan Wajik Delima ni untuk post
Tapi kena la buat karangam dulu
Hahahha


Wajik Delima ni masa dah tinggal beberapa ketul tu memang berebut-rebut la aku dengan abang
Masa banyak lagi semua buat rileks jer
Dah tinggal sikit baru nak berebut
Tapi memang semua makanan pun macam tu kot
Makin dah nak habis
Rasa dia makin sedap
Hahahaha

Wajik sebab dah manis...
Better makan sambil minum teh 0 tanpa gula
Syyy tapi mak aku jer minum teh 0 tanp gula
Aku ngan abang lagi rela minum air kosong kot


Pic banyak sayang nak delete

Sebab aku suka warna merah delima tu

Memang macam batu delima
Haaa.. Dulu nenek cincin batu delima
Batu tu cantik sangat.. Berkilau kalau kena cahaya matahari
Tapi nenek kata batunya dah hilang.
Sayang nyaaaa

Actually mak aku dah selalu masak wajik
& jangan x caya plak yang aku pun pernah masak wajik dari mula sampai siap
Betullll...
Dah pernah post dalam entri WAJIK... AKU PUN DAH BOLEH  MASAK... kat sini
Tapi wajik delima ni memang mak aku la yang masak sepenuhnya..

WAJIK DELIMA BERKILAUAN
1kg pulut
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih
3 ketul gula batu (anggran sebesar ibu jari kaki) 🤣
1 sudu teh garam
3 helai pandan
1 sudu pewarna merah

1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
**asingkan 1 cawan & rendam berasingan + pewarna merah

2. Kukus pulut hingga masak
** Kukus berasingan putih & merah. @ letak pulut merah disebelah pulut putih. JANGAN gaul sekali. 

3. Setelah masak biar sejuk berasingan.JANGAN gaul.

4. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.

5. Masukkan pulut kukus putih & kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut

6. Bila sudah kental, BARULAH masukkan pulut bewarna merah & kacau rata sekejap sahaja.
**Pulut Merah kena masuk akhir sekali suoaya warna merahnya tidah melekat pada pulut putih & warna merahnya akan lebih menyerlah & akan jadi cantik

7. Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.

8. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...

Extra tips ;
1.Gunakan pulut biasa untuk texture yang leboh baik. JANGAN guna pulut susu kerana pulut susu lebih sesuai untuk ketupat palas & seri muka. 

2.Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau seperti batu delima. 

3.Warna merah mesti pekat untuk dapat effect batu delima yang menarik

4. KESABARAN akan membuahkan hasil yang lebih sempurna


Gula Batu..

Ni untuk sesi rasa merasa..
Hahaha

Aduh... Aku suka sangat shining  red ruby

Mak aku cakap gula batu akan beri efect berkilat
Kalau x campur gula batu still menjadi wajik ni
Tapi x la seshiny ni
Haahhaa... Ada ke word seshiny

Wajik Delima sedap
Boleh untuk makan sendiri
Boleh deco untuk special event
Boleh tambah timbangan berat badan kalau selalu dimakan..
Hahahahaha


Untik resipi Wajik Gula Merah boleh rujuk
PULUT KACAU @ WAJIK GULA MERAH.. kat sini...



No comments:

Post a Comment