Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Wednesday, 4 March 2020
TAUCU IKAN TONGKOL
Taucu Ikan Tongkol..
Lauk mak aku
Hhehehehe.. Aku x gemar sangat ikan tongkol sebab keras macam tongkol kayu
🤣🤣🤣
Mak aku cakap sedap taucu Ikan tongkol ni
Tapi mak aku jer lah makan..
Abang memang x makan la kan..
Abang kata tengok ikan tongkol ni abang kata tingat asrama Kolej Keda
Banyak menu ikan tongkol & ikan keli
Abanv kata kalau menu ikan abang x turun makan kat dewan makan
Abang kata kalau setiap hari Sabtu malam menu ikan tongkol
Tapi sib baik sebab setiap Sabtu Achik akan bekalkan abang Ayam Masak Merah..
4 tahun abang banyak dok umah achik kat Kedah.
Mak akublak cakap ikan tongkol sedap sebab isinya keras la
Kata mak aku sebab isinya keras la rasa dia sedap
Kata mak aku lagi kalau ikan isi lembik mak aku kata x sedap
Mmm.... Kakak lak?
Apa lak pandangan kakak pasal ikan tongkol...
Mmmmm... Ntah...
Yang aku tahu aku pun x suka ikan tongkol
Mak aku jer yang suka
TAUCU IKAN TONGKOL
5 keping ikan tongkol + garam kunyit
2 bungkus taucu (2 sudu besar)
½batang timun - belah buang biji d potong jejari
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh pea asam jawa +½cawan air
Minyak
Bahan Tumis:
1 labu bawang besar - hiris
3 bawang putih - cincang
1 ketul halia muda- racik jejari halus
1 cili merah - belah
10 cili padi hijau - belah
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat
2. Panaskan 3 sudu minyak & tumis bahan tutumis hingga harum
3. Masukkan taucu & goreng sekejap hingga sebati
4. Masukkan ikan, air asm jawa, garam & gula.
5. Masukkan juga timun & masak hingga mendidih. Jika suka kuah lebih boleh tambah sikit lagi air
6. Sesuaikan rasa & matikan api
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salaam
ReplyDeleteAda kah sebab Nama nya tongkol?
Tetapi ikan Yang Sama Dalam tin. Ianya Di rebus dan di process tanpa kulit Dan tulang. Dinamakan Dalam Bahasa awing... Sebagai tuna.
Mereka buat sandwich...
Memjadi kesukaan org ramai..
Heeee.....samer ek...
DeleteHeeeee..... Tapi tuna xde isi yang hitam tu
Tai buat sandwich tuna sedap
Biasala omputih filleting ikan buang kulit tulang Dan bahagian Hiram again merah.pada mereka ITU vein.
DeleteTu Yang takde.dalam tin