Friday, 20 January 2017

MEE KERING GORENG...BEKAL HARI JUMAAT


Mee Kering Goreng...
Bukan Mee Goreng Kering...
Bukan juga Mee Goreng Basah..
Tapi Kering Goreng...
Sebab mee tu  kering..
Hahaha...sajer nak peningkan kepala...


Mee Kering Goreng....
Penuh dengan daging...
Sedappppp....


Ni la Mee Kering tu..
Separuh dah masak minggu lepas...
Ni pun pic dari entri minggu lepas...
Mak aku cakap ada 10 keping..
Minggu lepas masak 5 keping..
Hari ni masak 5 keping..
Tapi siyes ar...yang hari ni lagi sedappp..
Sebab banyak daginggg...
Lagi satu mak aku cakap hari ni nyer mee tu lagi kenyal sebab mak aku cakap just rendam air panas jer..
Yang minggu lepas direbus atas api..
So,mak aku cakap beetter rendan daripada rebus..


Bekal- bekal hari Jumaat..
Yang bekas turqoist tu paling banyak .
Tuppeware tu tinggi ...
Mak aku cakap untuk abang...
Bekas pink tu opkos aku...
Yang penutup ijau tu kakak nyer..
Bekas kuning tu mak aku...
Ok...dah amik sorang sebekas....


Mee aku bungkus dengan plastik dulu..
Pastu baru letak dalam tuppeware...
Wajib ada kitchen towel tu juga..
Sebab faktor keselamatan..
Hahaha....
Masa nak makan baru tuang dalam bekas tu
Sudah makan,buang semua sisa dan lap ngan kitchen towel...
Hmmm...hari tu cikgu cakap makanan disediakan sepanjang Kem Pengawas..
Last minutes,hari Khamis masa nak balik,cikgu cakap Jumaat xde makanan,kena bawa sendiri @ beli sendiri kat kantin..
TAPI wajib makan sama-sama dalam kumpulan..
Ramai yang beli kat kantin..
Aku kongsi bekal ni makan ngan Shaeikh &
xde la aku makas dalam bekas yang sama sebab dorang tu lelaki..
Aku cedok la isikan dalam pinggan dorang la..



MEE KERING GORENG
5 keping mee kering
1/4 kg daging- rebus dan hiris
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6.Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan..

No comments:

Post a Comment