Sambal Hijau Ikan Bilis Tomato..
Lauk yang mak aku masak sama ngan ayam goreng semala. yang citet pasal pencuri ayam tu...
Sebab dah x jadi masak kicap ayam..
Mak aku masak Sambal Hijau Ikan Bilis Tomato ni..
Pedas tapi sedappppp....
Pedas...tapi x la berapi pun walau guna cili api..
Mula cuak jugak nak makan takut terbakar molot aku...
Tapi mak aku cakap x pedas sangat sebab cilinya dah digoreng dulu..
Bila makan sikit...
Yessssss..!!!!
I LIKE....
Berpeluh2 makan...
Pastu ada ulam plak..
Pergh..!!!
Ulam Pucuk Kaduk tu peberet mak aku..
Aku ngan kakak makan Daun Salad..
Abang mana makan ulam..
Rugi..rugi...rugi...
SAMBAL HIJAU IKAN BILIS TOMATO.
1 cawan ikan bilis- dibersihkan
1 cawan cili padi hijau
1 bawang besar
3 bawang putih
3 bijj tomato hijau
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1. Gorsng ikan bilis hingga garing..toskan
2. Dalam minyak yang sama goreng cili padi bawang besar dan bawang putih..
(tutup kuali kerana cili padi akan meletup2)
Untuk elakkan meletup2 boleh juga setiap cili dipatah dua sebelum goreng supaya tiada udara terperangkap dalam cili semasa digoreng
3. Blend kasar2 bahan goreng dan tumis semula dalam minyak tadi
4. Tambah ikan bilis dan tomato hijau yang dipotong wedges..
5. Masukkan garam dan sikit gula.
6.Jika suka tomato hancur masak agak lama hingga tomato lembut dan hancur..
Jika suka rasa fresh tomato..buar mendidih sekejap & tutup api..
Lagi sedap jika dimasak awal2 sebelum makan supaya rasanya sebati
boleh tahan lama x? mcm smbal kicap johor ke
ReplyDeleteMak kiter cakap kalau nak makan dua tiga hari tahan jika dipanaskan sehari 2x..
DeleteKalau difrozenkan lebih tahan lama..
Tapi jika dibiarkan suhu bilik x tahan lama kerana tiada pengawet