Thursday, 26 January 2017

BIHUN GORENG JER....BEKAL HARI RABU

Bekal hari Rabu...
Bihun Goreng...
Untuk mak aku ngan abang jer...


Sebab untuk aku...aku nak bawa Birthday Cake semalam tu..
Heee...Red Velvet Cake..With Cheese Frosting yang sedap tu..
Kena la bawa kek tu sebab masa upload kat Group WhatsApp class aku & kat IG aku dorang dah bising nak kek tu..
Aku bawa jugak la..
Nasib la saper yang dapat..
First come first serve la...
Makanya bekal Bihun Goreng tu mak aku ngan abang jer yang bawa..
Kakak dah cakap xnak bawa bekal hari ni..



Kata mak aku 10x masak Bihun Goreng pastinya 10 rasa yang berlainan walaupun namanya sama..
Mak aku kata sebabnya masak ikut suka...
Tak tau la kalau kat kedai dorang masak sama rasa ke tak...
Mak aku cakap hari tu masa bawa bekal Bihun Goreng ada kawan mak aku rasa..Kata mak aku,kawan mak aku tu pin pandai masak,cuma dia cakap goreng Bihun jer dia fail..sebab bihun akan putus- putus dan lembik...
Kata mak aku mungkin sebab kawan tu rendam bihun lama sangat or over cook..jadi hancur..
Hmmmm...aku lum pernah masak sendiri Bihun Goreng..so aku x tau sangat la apa yang mak aku cakap tu...
Kalau maggi goreng aku pernah la buat sendiri..
Hahaha...


BIHUN GORENG..mak aku
1 paket bihun Jasmine
1 batang carrot- potong jejari
1pokok daun sup dan daun bawang
1/4 cawan minyak
4 sudu kicap manis
1/2 cawan cili kisar
1 bawang besar- hiris
garam secukup rasa
1 keping dada ayam- hiris jalur

1. Basuh bihun dan rendam 10 minit sekadar untuk leraikannya.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris.
3.Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan isi ayam dan biar hingga masak.
5. Tambah carrot dan garam dan gula
6. Masukkan bihun yang ditapis dan tambah  1 cawan air.
7. Biar bihun mendidih sekejap dan balik- balikkan..
8. Sambil dibalikkan sambil direnjis kicap kerana masih basah dan kicap mudah diratakan.
9. Sesuaikan rasa dan tutup api.
10. Tabur daun sup dan daun bawang yang dihiris halus...

***Pesan mak aku..kalau goreng Bihun untuk bekal..jangan guna taugeh dan sayura- sayur yang mudah berair...untuk elakkan Bihun cepat basi..

2 comments:

  1. Waa...dik cella bawa red velvet kesekolah..bagus2..share ngan kengkawan..
    Betul la kata mak dik cella tu.10x masak 10x rasa berlainan.aunty pun fail juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kiter pun x pernah try masak mihun...masak maggi boleh la..hee

      Delete