Sunday, 8 January 2017

PISANG NANGKA GORENG


Pisang Nangka Goreng..
Pisang Goreng ...ke...Goreng Pisang..
Haaa...xyah nak keliru...
Ni namanya Pisang Goreng..
Goreng Pisang ialah perbuatan menggoreng pisang..
Contoh ayat yang cikgu bagi masa Tahun 6 :

Pisang goreng:
Emak menghidangkan sepiring pisang goreng dan secawan kopi untuk ayah.

Goreng pisang:
Goreng pisang itu sehingga garing..


Sepiring pisang nangka goreng..
Bersama secangkir teh panas..
Cangkir tu apa??
Cangkir tu cawan la..
Ni semalam nyer minum petang..
Sepiring pisang goreng ni,kitorang makan bertiga...aku..mak aku & kakak..
Abang sampai rumah dah nak maghrib..
Mak aku goreng lagi sepiring..
Kata mak aku sama banyak ngan kitorang makan bertiga..
Selesai abang makan sengsorang...
Huh....

PISANG NANGKA GORENG
10 biji pisang nangka
Minyak untuk goreng

Bahan Tepung Celup:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu gula
2 sudu minyak
1 1/2 cawan air
sikit pewarna kuning

1. Blend semua bahan tepung celup sehingga berkrim..tuang dalam bekas besar supaya mudah mencelup pisang.
2.Kopek kulit pisang dan hiris pisang secara menmanjang.
3. Setiap pisang dihiris menjadi 3 keping supaya pisang x terlalu tebal dan x terlalu nipis.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Celup hirisab pisang dalam tepung celup dan masukkan dalam minyak panas.
6. Setiap kali goreng..hanya beberapa keping sahaja  supaya senang dikawal dan pisang masak garing
7. Balik-balikkan beberapa kali supaya dapat warna golden brown yang cantik..
8. Toskan minyak sebelum hidang..
 Sedap dinakan bersama sambal kicap cili padi..
Tapi abang makan cicah Thai Chilly Sauce..
Aku makan cenggitew jer ngan teh 0..

 Sesikat Pisang Nangka..
Sudah Pisang...Nangka pula..
Tamak betul buah ni  
Sampai 2 nama..
Nama pisang sudah la...
Hahahaha...
Tapi mak aku cakap...
Pisang ada macam2 nama sebab pisang ni ada banyak jenis ..
Berbeza rupa..saiz warna dan rasa..
Pisang ni dipanggil Pisang Nangka mungkin sebab bila masak pisang ni berbau harum seperti bau buah nangka masak ...
Lagi satu...pisang ni walaupun dah masak,kulitnya tetap warna hijau...
0ooooo.. ..

Mak aku belikan 2 sikat pisang ni.
Kata mak aku,masa balik kursus tu singgah pasar nak beli petai..
Waaaa....I like petaiiiii..!!!
Petainya banyak bergantungan..
Tapi kenapa mak aku x beli pun..???
Hmmmm...mak aku kata x sampai hati nak beli .
Sebab 10 papan petai tu harganya RM 25..
Kerana x sampai hati..mak aku cakap beli jer dua  sikat pisang ni dengan harga RM7.70
Yang hijau tu Pisang Nangka..
Yang saiz kecil sikit warna kuning tu mak aku cakap namanya Pisang Raja..
Tu entri pasni plak pasal Pisang Raja tu..
Tungguuuuuuuuuuu..!!!!

No comments:

Post a Comment