Naper x tulis kari ayam jer..?
Haaa...nak makan ngan roti jala la...
Kari Ayam Untuk Roti Jala...
Ada beza ker...??
According my mom.....
Kari Ayam Kuah Roti Jala ni biasanya x la terlalu pekat macam nak makan ngan nasi...
Kalau Kari Ayam nak makan ngan Jetupat @ Pulut Kuning lagi la pekat dah nak macam rendang..
Kata mak aku kalau nak makan ngan Ketupat @Pulut Kuning mesti kena pekat & letak kerisik macam nenek selalu masak time raya tu..
Sebabnya kalau kalau ketupat dicicah ngan kari tu...
Cicah tu apa?
Hehehe...mak aku dah diam...
Kata mak aku lagi..kalau makan ngan pulut kuning pun kuah kena pekat...Kalau kuah cair nanti pulut jadi kembang @ x sticky.....x cedap la...
Tapi kalau abang,dia belasah jer...pekat ke...cair ke...asal namanya ayam...favourite abang la tu...
Kari Ayam Kuah Roti Jala ni mak aku kata x la pekat cam rendang tu..
Cair sikit...
Cair SIKIT tau...
Bukan Cair GILER...!!!!
hihihihi..
Kalau cair sangat camner nak lekat kat roti jala..
Mak aku kata pernah tengok kat jamuan raya,kuah roti jala tu Cair GILER dah macam Kuah Sup...
Tapi x tau la kot rasa dia sedap...
Mak aku kata tengok jer...x makan pun...
Boleh jadi lagi sedap....
Bak kata orang kampung nenek..."Don't Judge Book By The Cover"
Hahahaha....
KARI AYAM KUAH ROTI JALA..
1/2 ekor ayam- potong kecil
3 biji kentang- potong kasar
1 batang carrot- potong kasar
1 kotak kecil santan + 4 cawan air
1/4 cawan minyak
3 sudu makan rempah kari daging
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
4 bawang merah
3 bawang putih
4 hiris halia
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 buah pelaga
2 pelepah daun kari
(yang penting bawang dan halia
bahan lain x guna pun ok)
1. Panaskan minyak dan tumis semua BAHAN TUMIS hingga harum dan bawang garing..
2. Bancuh rempah kari dengan 1 1/2 cawan air dan masukkan dalam tumisan..
3. Masak rempah kari hingga naik minyak.
4. Masukkan ayam yang dipotong kecil..
Lagi sedap jika guna bahagian tulang kerana
kuah akan lebih manis dan sedap
5. Masak ayam dalam rempah hingga naik minyak semula dan ayam separuh masak..
6. Kari Ayam untuk kuah Roti jala sesuai ditambah carrot..supaya terasa sedikit manis dan warna cantik..
7. Masukkan kentang dan carrot serta santan.
8. Biar menggelegak hingga ayam masak dan kentang empuk...Sesuaikan rasanya..
9. Seperti biasa...tips supaya kuah kari cantik..
Sebelum diangkat,perlahankan api paling
paling kecik dan biarkan beberapa minit
sebelum dimatikan apinya.
Roti Jala mana. .?
Haaa...pasni la plak...
Ni pun break sambil makan puding dadih sambil layan blog jap...
Nak siapkan honework Sains jap...
Banyak giler cikgu bagi honework...
Huhuhu..
Terima kasih krn share resepi, sgt berguna utk saya...semoga Allah murahkn rezeki puan yerrr
ReplyDeleteAlhamdulillah jika tulisan ini memberi menfaat kepada orang yang memerlukan..
Deletemaafkan sya baru repon
Thank you for sharing articles on the internet, don’t forget to visit my website.
ReplyDeleteslot gopay