Sejak dua menjak ni mak aku
Aku pun x tau naper...
Tapi kata mak aku...
Kari Ubi Kayu ni Lauk Nostalgia..
Mmmmm...mak aku ni srmuanya nostalgia ...
Kata mak aku dolu2 nenek selalu masak Kari Ubi Kayu ni bersama Ikan Haruan dan Ikan Keli ketika musim hujan..
Kenapa musim hujan..?
Kata mak aku sebab musim hujan sawah padi dan parit di kampung nenek akan dipenuhi air...
Mak aku cakap musim hujan ikan2 akan keluar dari lubang2 persembunyian dan waktu itu atuk akan akan perangkap ikan guna lukah..taut dan pelompat...
So banyak lah dapat ikan haruan,keli,puyu dan sepat .
Waaaa...macam best jer...
Tapi .....
Aku langsung x dapat rasa pengalaman tu..
Semua alat tangkap ikan yang mak aku citer tu aku x dapat nak bayangkan walaupun mak aku beria2 citer..huhuhu
Parit dan sawah tu pernah la aku gi ngan Mayah,Intan & kawan...time balik kampung masa sekolah rendah dulu..
Huhuhu...windunya nak mancing kat parit dekat umah Mayah tu..
Tspi sekarang dah sekolah menengah aku dah rasa segan nak jenjalan kat kampung nenek macam dolu...
Kata mak aku lagi ...Nenek pula akan masak Kari ikan itu bersama ubi kayu..
Nenek akan giling sendiri rempah untuk masak kari...pastu masak guna dapur kayu..
Ish...susahnya
Mak aku cakap umur 12 tahun mak aku dah tahu masak kari..
Tapi kata mak aku..time tu just tahu masak tapi x lah sesedap kari nenek..
Tapi lama2 jadi pandai sebab nenek selalu komen dan mak aku kata sebab selalu masak kari ni...lama2 makin pandai lah ..
Seperti orang kampung nenek selalu cakap....Practice Make Perfect.....
Hahahaha....
Makanya hari ni mak aku bermurah hati nak ajar aku tips masak kari yang sedap...
Tapi dari mula sampai siap....mak aku juga yang masak..kih..kih...kih...
Simpan je lah diary ni...
Mana tau ..1 hari nanti aku perlukan.....
kan...kan....kan...
KARI KEPALA SALMON DENGAN UBI KAYU
2 ketul ubi kayu-potong2
1 kepala solmon + isinya
10 cili padi
sedikit belacan
2 asam keping
4 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 sudu serbuk kari ikan
1/4 cawan minyak
garam secukup rasa
bahan tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur
1 tangkai daun kari
1, Bersihkan dan potong kepala salmon menjadi ketulan besar..
Ubi kayu juga dipotong anggaran 2 cm dan dikupas serta dibelah dua.
2. Bahan tumis...bawang merah ,bawang putih,daun kari dan halba campur..
Rempah kari dibancuh dengan 1 cawan air..
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis...Bila dah harum,masukkan rempah kari..
Masak rempah kari dengan api sederhana hingga nampak naik minyak..
Naik minyak tu maksudnya.minyak akan menjadi 1 lapisan jernih diatasnya..terasing dari serbuk kari dibawahnya
6. Gaulkan ikan dengan pes kari yang dah naik minyak tadi sambil dikacau supaya tidak hangus dan pes kari bersalut..Masak hingga ikan berubah warna atau menjadi 1/2 masak
7. Masukkan santan cair dan ubi kayu..
Tips Penting:
Jika gunkan ubi,keledek,kentang atau terung...JANGAN masukkan asam lagi...
Tunggu hingga ubi atau terung empuk dahulu baru masukkan asam
Ini supaya tidak mengganggu proses ubi atau terung untuk masak..
Jika dimasukkan asam semasa merebus ubi atau terung hasilnya ubi kurang gebu dan terung juga tidak lembut dengan sempurna
TETAPI...
Jika menggunakan bendi...PERLU masukkan asam terlebih dahulu dan biar mendidih selepas itu baru dimasukkan bendi kerana dalam kes ini ASAM membantu bendi agar tidak terlalu berlendir..
Setelah ubi kayu empuk baru masukkan asam keping atau air asam jawa yang pekat.
Jika guna asam keping..masukkan 2 keping kecil dahulu kerana asam keping akan mengeluarkan rasa masam secara perlahan-lahan bila samnya kembang..Jika asam jawa lebih mudah dikawal rasa masamnya.
8. Masukkan garam dan sedikit belacan biarkan menggelegak
Tips Penting:
Belacan jarang digunakan dalam masakan kari..TETAPI inilah RAHSIA MASAK KARI YANG SEDAP ...
HANYA GUNAKAN secubit sahaja..agak-agak 1/4 sudu teh sahaja
TIPS PALING PENTING:
Untuk dapatkan kuah kari yang cantik ...
Setelah semuanya masak dan disesuaikan rasanya...biar menggelegak sekejap
Sebelum dimatikan api hendaklah PERLAHANKAN API dan biar mendidih perlahan selama beberapa minit..
Memang magic kerana kuah akan menjadi naik minyak dan warna yang terang bercahaya..
Sebenarnya mak aku cakap Masak Kari ni semua orang pun boleh masak..
Cuma tips dan teknik masak yang membezakan hasilnya...
Mak aku siap bagi perbandingan....
Contohnya jika 2 orang memasak nasi dengan sukatan bahan dan beras yang sama tetapi mungkin nasi akan berbeza hasilnya jika nasi yang mendidih sering dikacau-kacaukan akan menghasilkan nasi yang lembik dan benyek..Sebalinya nasi yang hanya dikacau sesekali sahaja akan menghasilkan nasi yang lebih cantik berbiji..
Terima kasih untuk petuanya. Ni first time saya jumpa resepi guna ubi kayu. Bolehlah cuba nanti. :)
ReplyDeleteHeeee.....tapi kiter memang suka kari ubi kayu...sedap kuah kari masuk dalam ubi & sedap...kena cuba tau..baru leh feel...anyway TQ comment
DeleteGuna ikan lain sedap x? Mcm ikan ayam2 ke...
ReplyDeleteMak kiter cakap ikan ayam- ayam pun sedap masak kari.Kiter pernah makan ikan ayam- ayam mak Ismail kasi..Ikan tu mak kiter cakap kena siat kulit dia sebab kulit dia kwras
DeleteOoo ...TQ. Mmg sedap biasa tumis je ikan π. Esk nk try la
ReplyDeleteWaaa.. tahniah.. Anda berjaya.. Hahahaha
Deleteaku lelaki, nak belajar masak gulai. thank atas petuaa yang bergunaa π
ReplyDeleteWaaa... Biasanya orang lelaki masak lagi sedap....
Deletesaya minta izin ambil tips dan resepi gulai kari sis ya π
ReplyDeleteBoleh dear... Selamat mencuba
Delete