Tuesday, 4 April 2023

MENU RAMDHAN 12: BUAT ROTI PARATHA CICAH KUAH KACANG KUDA SEDAP

 Salam Ramadhan ke 13..Dah dua minggu Ramadhan bersama kita.


Saya buat roti paratha cicah kuah kacang kuda untuk iftar Ramdhan ke 12 semalam.
Tergoda dengan menu ni kat dapur CIKGU AMIE.Tu antara bagusnya ziarah menzirahi rakan rakan maya...Boleh dapat idea nak masak...hihihihi

Sebelum ni dah pernah buat roti paratha tapi tak cicah kuah kacang kuda.
Pun dah pernah masak kari kacang kuda tapi tak makan dengan roti paratha pulak..
hihihi


Beriftar dua beranak dengan anak bujang tu.
Bubuh kuah sorang semangkuk...pakat makan senyap sunyi..punyalah sedap..ma syaa Allah...


Nampak sedap bukan?
hihihihi
Anak bujang tu sampai hirup hirup kuahnya.Balik dari terawikh pun dia sambung makan lagi.Sedap betul katanya..


KARI KACANG KUDA SEDAP

1 tin  kacang kuda( saya guna brand Kimball)
1 mangkuk kaki & leher ayam)
1 paket kecil rempah kari ayam
1 paket kecil rempah kari ikan
1 biji tomato masak( besar)- dadu halus
1 bawang Holland-dadu halus
5 bawang putih - cincang
5 cili padi hijau- hiris
1 pokok daun ketumbar.
½ kotak kecil santan Kara
Minyak,garam,gula

1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland,bawang putih dan cili padi hijau 

2. Bila dah harum,masukkan tomato cincang.

3. Bila tomato dah lembut hancur,masukkan kedua-dua serbuk kari yang dibancuh dengan air.Masak hingga naik minyak

4. Masukkan ayam dan kacau beberapa minit biar keluar air ayam.

5. Tambah 4 cawan air dan masak hingga ayam empuk.

5. Masukkan pula santan  dan kacang kuda.Masak hingga mendidih

6. Perisakan.Kecilkan api biar merenih beberapa minit supaya kuah pekat dan naik minyak.

7. Taburkan daun ketumbar.

Tumis  bawangan dan cili padi hijau.Memang kena guna cili padi hijau supaya lebih harum.


Warna nampak pelbagai



Bawang dan tomato dah sebati.Ini yang akan memekatkan kuah dan memberi rasa masam yang sedap


Rempah kari pun saya guna dua jenis iaitu campuran kari ayam dan kari ikan kerana rempah kari ikan lebih light.


Saya guna kacang kuda dalam tin .Kalau rajin boleh juga rebus sendiri kacang kuda macam 

Daun ketumbar tu tabur akhir sekali supaya kekal harum.


Siap Kuah Kacang Kuda Sedap.

Dulu pernah masak 
KARI KACANG KUDA kat sini...tapi yang kali ni saya masak versi nak cicah dengan roti paratha.


Sebelum- sebelum ni banyak kali juga
 BUAT ROTI PARATHA kat sini  kat sini dan ROTI PARATHA kat sini  kat sini
Kali ini pun saya masih guna resipi yang sama.

3cawan tepung gandum


1 sudu marjerin/ butter/ minyak – untuk dough
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu marjerin/ butter- untuk glis


1.Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Bahagikan kepada 10-12 ketul. Bulatkan doh dan biarkan lagi selama 15-20  minit
7. Gelekkan setiap bagaian doungh  tadi hingga agak nipis anggaran ½ cm
8. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
10. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
11. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan dan minuman panas.. 



Minuman panas.
Untuk anak bujang tu buatkan dia air coklat panas.
Saya punya teh hijau panas.

** Seminggu dua ni memang meja makan background biskut raya lašŸ¤­
Alhamdulillah Sabtu Ahad hari tu berjaya capai target 40 balang.Sambung weekend ni pula..
Doakan saya dimudahkan urusan & doa yang sama juga dari saya untuk  rakan-rakan semua.


19 comments:

  1. baru je baca kat blog orgbukit dia gi beli kat kedai Pak Punjab...skali kat sini pun juadah ala-ala punjab jugak

    ReplyDelete
  2. menariks nya..leh try nanti.. tq tq!

    ReplyDelete
  3. Masya Allah!
    Saya terliur tengok hidangan roti paratha dengan kacang kuda di sini! Oppsss...puasa hihihiiii. Sama tu, saya suka kahwinkan rempah kari ayam dengan ikan.
    Berapa banyak tempahan cookiesnya tu Mama Cella? Moga dapat capai target seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kalau kawinkan dua jenis rempah kari tu lebih sedap kan Cikgu...
      Cookies tu takda la banyak sangat pun tempahannnaya cikgu sebab saya tak open order tahun ni.Cuma buat juga bila regular customers minta buatkan..
      Tak sampai 100 balang punšŸ¤­

      Delete
  4. aduh terliur nengok kari kacang kuda tu kak oi, roti tu pun menggoda memanggil-manggil lah. Nak kene cuba lah kak, dana peminat kadang kuda tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..kalau peminat kacang kuda..in shaa Allah kena dengan selera ni Dana

      Delete
  5. kalau dekat2 ni mau kita ketuk pintu hulur mangkuk kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah saya isikan mangkuk tu barang sesendukšŸ¤­

      Delete
  6. wahhhh paratha cicah kari. ehh tp blm try kari kacang kuda. nti boleh try jugak ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tekak saya memang sedap ni..Anak-anak saya yang tak makan kacang kuda rebus pun pakat pulun kari kacang kuda ni

      Delete
  7. Sikit hari lagi Kari kacang kuda ni mendarat di rumah PH rasanya... Dan² rasa nak try ni hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..semoga selamat mendaratšŸ„°šŸ¤²

      Delete
  8. sesekali iftar makan roti prata sodap juga ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...
      Mengenyangkan...
      Kalau bukan bulan puasa buat sarapan @ dinner pun ngam ni

      Delete
  9. Rajinnya mak cella.. sambil mengukis, sambil msk iftar lg.. mg dpermudahkan segalanya.. aamiin.. šŸ¤©

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnnn...
      Tak la rajin pun Kak Lin...šŸ¤­
      sesambil saja..mengukis pun hanya weekend..Kalau hari kerja memang tak terbuat..

      Delete