Sunday, 2 April 2023

PUDING CAREMEL BERKRIM & CERITA GIGI PATAH

Juadah pemanis mulut hari Isnin.

Ni sambungan daripadaMENU IFTAR RAMADHAN HARI KE-5

Ceritanya hari Isnin tu saya MC & anak bujang tu order Domino's Pizza.

Sebenarnya walau tak masak lauk pauk tapi saya sempat juga masak pemanis mulut.



Puding caremel berkrim

Saya buat dalam bekas bulat 5" sahaja menggunakan 4 biji telur.
Biasa saya buat dalam loyang 10" menggunakan 10 biji telur.Ni dah bulan puasa memang buat saiz kecik la sikit.

CREAM CAREMEL
4 biji telur ayam
( saya guna telur omega)
1 sudu vanilla
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
( campur susu pekat dan susu cair serta air secukupnya untuk menjadikan 750ml)
½ cawan gula halus

1.Buat gula hangus.Masukkangula halus dalam kuali dengan api kecik.Bila gula cair,masukkan ½ cawan air panas dan masak hingga kembali cair dan sedikit pekat.
*saya suka guna gula halus kerana ia cepat cair dan warna gula hangus cantik keemasan.

2. Kacau telur dan vanila menggunakan wisk.Jangan dipukul sebaliknya hanya kacau agar bercampur rata sahaja.
**Ini untuk mengelakkan puding berlubang-lubanh macam cheese tu.

3. Bancuh susu pekat dan susu cair.Campur sikit air hingga mendapat 750ml bancuhan susu.

4. Panaskan susu hingga panas tapi bukan mendidih.Anggaran 5 minit.
** Sementara itu jerang air dalam pengukus.

5. Tuang susu panas dalam campuran telur sambil dikacau dengan wisk hingga nampak sedikit pekat.( Susu dah diangkat dari api dan ini maksudnya kacau dalam bekas telur)

6. Pastikan air sudah mendidih.Kukus adunan dengan api sederhana selama ½ jam.Kalau api kuat,permukaan puding akan berkedut.

7. Biar sejuk .Longgarkan sekeliling loyang baru diterbalikkan sebelum hidang.


Alhamdulillah...
teksturnya lembut berkrim dan tiada lubang-lubang.
Makan sejuk-sejuk memang layan ni.

Sebenarnya walau saya MC pada hari tersebut,asalnya saya bukan lah sakit.Tetapi berlaku insiden yang sedikit kelakar dan mungkin menggelikan bagi sesetengah orang.
Namun saya catatkan juga disini sebagai kenangan dan rujukan.
( Kalau ada yang geli  geleman skip yer🤭)

Ketika bersahur,tetiba bridge gigi saya patah.
🤭kelakar dan memalukan( sebenarnya memyedihkan😭) tapi itulah kenyataan.

Ya,saya menggunakan bridge pada gigi kacip kerana sebatang gigi saya telah patah akibat kemalangan basikal semasa saya darjah lima.


   pic google(Pakcik Kordi)

Masa darjah lima,emak dan ayah belikan sebuah  basikal kerana Achik dah sekolah.Sebelum Achik sekolah saya ke sekolah kadang ayah hantar separuh jalan.Kadang jalan kaki sampai sekolahBila ada basikal seronok bukan kepalang Saya penunggang dan Achik membonceng
dibelakang  pergi dsn balik dari sekolah.Suatu hari malang tak berbau..
Entah macamana semasa menuruni bukit stand basikal termasuk dalam jejeri basikal yang sedang berpusing ligat menuruni bukit. Tayar terbreak mengejut dan  tergolek di tengah jalan  tanah merah yang penuh batu lada.Saya terjunam kepala umpama orang berenang papan anjal( ni menurut rakan yang melihat kejadian) Luka teruk dan pendarahan hingga  tidak sedarkan diri.Achik juga luka tapi tidak separah saya.
Nasib baik ada orang kampung berhampiran yang menyedari kerana bunyi yang kuat.
Peristiwa ini  berlaku di kampung yang jauh dari kampung kami kerana jarak rumah kami ke sekolah +- 8km. Dengan bantuan orang kampung tersebut mereka ke kampung kami dengan panduan Achik untuk memaklumkan tersebut kepada emak.Di tempat kejadian,sudah heboh agak ramai orang kampung datang dan membantu mengusung saya ke rumah berhampiran.Sebuah bantal yang digunakan untuk mengalas kepala saya memang lencun dengan darah katanya.
Muka saya luka-luka.
Bibir pecah dan gigi patah.Lidah saya juga terbelah dihujung ya dan sehingga kini lidah saya sedikit "bercabang" dihujungnya,tapi tidaklah seperti lidah ular.Jadi jika ada yang cakap saya lidah bercabang memang betul..tapi saya bukan lah peribahasa yang membawa maksud cakap berbelit tu🤣.Saya baik🤭
Emak dengan bantuan bapa saudara membawa saya untuk rawatan.Lutut,lidah dan bahagian dalam bibir saya berjahit.Parut dalam bahagian bibir masih kekal hingga kini.Lutut kiri paling teruk.Berlubang sebesar cawan lompang dan dipenuhi batu-batu kecil.Lebih sebulan saya tidak bersekolah.Makan pun hanya bubur nasi dan setiap beberapa hari berulang ke klinik membersihkan luka dan membuka jahitan.Kampung saya dengan klinik lebih 20 km dan emak berulang alik membawa saya ke klinik dengan menaiki basikal dan separuh jalan baru ada bas kerana kampung kami tiada kemudahan jalanraya ketika itu.

Kesan dari itu,memang banyak parut berjahit dan hilang sebatang gigi hadapan.Tingkatan tiga semasa menunggu keputusan SRP saya mengambil upah kutip/menuai cabai dikebun Cina.Hasilnya saya dapat kumpul RM75.Setelah membayar yuran asrama sekolah yang tertunggak 2 bulan RM60..baki RM15 saya ajak mak pergi Pekan Pendang nak buat sebatang gigi  palsu yang cukup-cukup harga RM15.Barulah keyakinan diri saya timbul.Sebelum tu saya memang keyakinan  diri merudum kerana rongak.Dulu mana ada orang pakai mask🤭

Lebih 10 tahun kemudian,atas nasihat doktor gigi,saya tukar kepada bridge.Lagipun masa tu dah kerja...Kumpul modal nak buat bridge  dengan kos RM2700.Klinik Dr Ismadi

Saya masih ingat nama doc tu sebab sama dengan suami Sabariah,menantunya Nyonya Mansur dalam film Ibu Mertuaku..🤣

Dr Ismadi ni baik orangnya.Beliau benarkan buat bayaran ansuran.Semoga Allah merahmati Dr Ismadi


             pic google
Beginilah gambaran bride gigi saya.Sebatang gigi yang patah tu dah lompong kat depan.Gigi di kiri dan kanan diasah sehingga kecil.Gigi porcelin dibuat dalam tiga batang iaitu kiri dan kanan akan disarung pada gigi yang diasah.Kiri dan kanan ni la yang bertindak "memegang " gigi tengah yang tiada bertunjang tu.Sebab tu kena buat 3 batang walau yang rongak tu hanya sebatang.


Kebelakangan ini sudah lebih setahun saya kerap sakit gusi  depan dan perasan macam bridge tu sedikit senget tapi tidaklah ketara.Nak pergi dentist,satunya takut

( macam budak2 kan).Alasan lain ialah saya memikir kalau bridge tu kena buat baru..mesti ribu riban.Kalau dah lebih 20 tahun dulu pun RM2700.Sekarang???

Tapi tu lah takdirnya,pagi Ramadhan ke5,bridge tu patah 2 batang sebelah kanan.Pagi Isnin saya ke dentist.Nasib baik sekarang kena pakai mask.

Masuk bilik doc bila cerita,doc suruh buka face mask.Pastu  doc dan pembantunya pakat gelak berjemaah 🤣🤣🤣


Lepas buat pemeriksaan,rupanya gigi kanan yang telah diasah tu sudah lama patah dan reput dalam "sarung " gigi porceline tu. Hanya tinggal tunjangnya sahaja melekat pada gusi.Sebab tu beidge tu sedikit senget dan saya sakit gusi.Dia patah sebab belah kanan dah tak ada "pemegang".Yang belah kiri masih elok sebab tu masih melekat.

Kata doc:

"Memang Patah Tak Bisa diSambung.Maka,Barang Lepas Jangan diKenang"

😭😭😭😭😭🙈🙈🙈

Penyelesaian segera adalah cabut tunjang gigi kanan tu.Rongak la dua gigi depan.Kata doc penyelesaian paling cepat pun  adalah buat gigi palsu..

TAPI... paling cepat boleh buat gigi palsu adalah 1½ bulan selepas cabut supaya gusi sembuh dan kecut sepenuhnya.

Nasib baik sekarang zaman orang pakai face mask.Boleh la cover.Pi kerja pun memang saya tak akan buka mask.Nasib baik bulan puasa tak payah buka mask untuk makana..Tiada siapa yang tahu kecuali 4 orang.Tu pun sebab terpaksa bagitahu atas sebab kerja.

Tapi sekarang dah ramai yang tahu la kan sebab dah bacaaa posting ni🤣

Tapi yang membaca ni  in syaa Allah tak cam saya kan..Rakan2 tempat kerja takda yang tau blog ni kecuali Hasu..( Hasu jangan pecah lubang tau!!🤭)



Tapi raya nanti?????

😭😭😭😭😭😭.

kalau pakai mask..pi beraya macamana nak makan..

Ka kena beli niqob pula..konon-konon saya dah  saya dah berniqob.Boleh la makanan hulur kot bawah niqob..

🤭🤭🤭

8 comments:

  1. Nostalgia sungguh cerita Mama Cella.
    Kira parah jugalah sampai tak sedarkan diri. Syukurlah selamat walaupun sampai patah gigi dan bantal lencun dengan darah. Pengorbanan ibu memang tiada batasnya. Sanggup ulang alik sejauh 20 km setiap hari untuk bersihkan luka.
    Keadaan jalan kampung dan cerita naik basikal untuk sampai tempat tunggu bas merupakan pengalaman sama dengan saya waktu kecil dulu.
    Dan waktu saya darjah lima, saya bonceng adik saya Wiya dari kebun balik ke rumah. Saya sengaja ikut jalan turun bukit. Apabila rasa terlalu laju menuruni bukit, saya tekan break basikal. Akibatnya basikal terpusing, dan kami jatuh berguling-guling bersama ubi kayu, keladi dan pisang yang dibawa bersama dari kebun. Luka lutut, calar betis dan tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pernah dua kali jatuh meluncur masa turun jambatan, bukan masa budak2 tapi form 1, malunya tak terucap.

      Delete
  2. Ya Allah, dulu2 sy pnh jatuh basikal yg paling teruk 3 kali pun tak seteruk pengalaman Mak Cella. Kesiannya...

    ReplyDelete
  3. Panjang lebar kisah jambatan gigi tu tapi saya tertarik pasal cerita lidah bercabang

    ReplyDelete
  4. Ngeri sy baca kisah MC jatuh basikal tu huhu ...
    Apa boleh buat, dah tiba masanya utk tukar la tu kot.. steady MC 😘

    ReplyDelete
  5. aduhai kak dalam cerita sedih sempat lagi buat lawak ye..kadang tersenyum kadang sayu hati baca kisah akak...moga baik2 semuanya ye kak...raya nanti fashion neelofa la kak

    ReplyDelete
  6. aduhai..SA plak menahan sakit yang akak jatuh tu...baca dijahit segala aduh...tp bab bridge dan doc pakat gelak tu memang SA tergelak..aduhai...moga yang baik2 aje ye kak..

    ReplyDelete
  7. aduhai ... mak cella saya baca sampai habisss nie... penuh suspen ketika kejadian jatuh basikal siap boleh imagine sekali...saya pun jatuh basikal sampai lutut berparut parut laa nie..paling tragik bahagian bawah lutut saya kena kawat duri masa zaman kanak kanak dulu ...masih berparut sampai sekarang..

    ReplyDelete