Menu iftar hari Jumaat
Ramadhan ke 23
MEE CERMIN GORENG
( FRIED GLASS NOODLE)
4 paket glass noodle
( 4 x 40 gm)
10 ekor udang
3 biji telur
5 pokok sawi hijau
1 batang lobak merah
1 batang daun bawang
cili padi,bawang putih,kicap masin,garam,minyak
1. Jerang air hingga mendidih dah rebus glass noodle beberapa minit.
2. Panaskan ¼ cawan minyak dan goreng udang.Ketepikan.
3. Dalam minyak yang sama pacahkan telur dan buat telur hancur.Ketepikan.
4. Tumis bawang putih cincang dan cili padi cincang.Masukkan carrot yang dimayang jejari halus.
5. Masukkan glass noodle yang sudah direbus dan gaul rata.Perisakan dan renjis kicap masin secukupnya.Tambah sawi.
6. Kacau gaul hingga naik wap berasap.Tambah udang goreng dan telur hancur.Gaul rata dan sesuaikan rasa.Tabur daun bawang
Suhun lebih putih erbanding glass noodle
Dulu, saya ingat glass noodle dan suhun adalah sama. Lain rupanya. Sedap fried glass noodle ni. 😋
ReplyDeleteBagus ek, rebus lama pun tak lembik. Agak2 boleh tak kita gantikan dgn dia dgn suhun dalam lodeh?
ReplyDeleteKenyang tau makan glass noddle ni. Saya pernah salah beli, nak masak sayur lodeh. Itulah .... Beza dengan suhun biasa, yang ini lebih keras dan rasanya kurang sesuai dicampur masak untuk sayur, pada sayalah.
ReplyDeletekena cari la glass noodles ni..nanti boleh bawak bekal pi kerja...
ReplyDelete