Menu Ramadhan ke 19
2 keping ikan jenahak
1 terung bulat ( besar)
3 batang bendi
1 biji tomato.
3 sudu serbuk kari ikan
¼ kotak santan + 2 cawan air
2 bawang merah dan 3 bawang putih
1 sudu teh halba campur
1 asam keping
minyak,garam & secubit gula.
1. Terung dibelah 6 dan goreng hingga masak.ketepikan.
2. Panaskan minyak anggaran ¼ cawan dan tumis bawang dan halba campur.
3. Masukkan rempah kati yang dibancuh dengan 1 cawan air.Masak hingga naik minyak.
4. Masukkan ikan,asam dan garam.Biar ikan ½ masak lalu masukkan santan + air.Biar mendidih.
5. Masukkan terung goreng,tomato dan bendi.
6.Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit.Sesuaikan rasa.
Beli sepotong sahaja RM7.
Alhamdulillah, kita masih ada 10 malam terakhir untuk memburu malam Al-qadar.
Alhamdulillah..dapnye. terliur tgk tembikai tu..nasib bw lepas berbuka dah...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki berbuka puasa dengan lauk yang sedap. Saya pun buka tembikai juga tapi jus tembikai.
ReplyDeleteTengok tu, di belakangnya ada balang-balang samprit!
rajinn., sedapp ;p aminn
ReplyDeletesedapnya kari kak oi.... dapat lak bahagian kepala dia tu. Mahalnya kak tembikai tu, musim puasa ni kan lagila waktu panas ni
ReplyDeleteSA biasa kalau masak kari memang akan ada sambal belacan atau ikan masin goreng...bertambah makan
ReplyDeleteharga tembikai dah sedia mahal tambah pula sbb resepi viral KA lagi banyak permintaan lagi naik la harga kayangan
ReplyDeleteSambal belacannya mana? Pi amek kat rumah SA lekaih!
ReplyDeleteapa saja menu yg KA buat jadi viral, kompom harga naik hehe
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteNampak sesedap belaka