Salam Ramadhan hari ke 15..Dah separuh Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita..Rindu dengan Ramadhan masa PKP...Rasanya untuk diri saya..Ramadhan dalam PKP adalah yang terbaik untuk saya..Tidak tahu orang lain..
ASAM PEDAS CAMPUR
2 potong ikan jenahak
5 ketul ayam
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air
1 tangkai daun kesum
minyak,garam,gula
Bahan Blend:
30 cili kering- gunting &rebus
1 bawang besar
5 bawang putih
2hiris lengkuas.
1 batang serai
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.Tambah 1 cawan air.Masak hingga mendidih.
3. Bila ayam sudah empuk dan kuah naik minyak,masukkan ikan.
4. Tambah air asam jawa,dan perisakan.
5. Sesuaikan rasa.
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah pekat dan naik minyak.
Juga celur bendi sebagai ulaman.Saya tidak campurkan dalam asam pedas kerana saya inginkan rasa asam pedas tanpa gangguan bahan rampai yang lain.
Untuk cara lipat kekotak pandan tu saya share link youtube.. CARA LIPAT DAUN PANDAN KUIH TAKO ...kat sini
KUIH TAKO PANDAN
(55-60 biji kuih)
Lapisan Hijau(bawah)
1 mug tepung jagung
1 mug gula pasir putih
6 mug air
5 biji sengkuang cina-cincang
1 sudu kecil paste pandan hijau( pewarana hijau perisa pandan)
Lapisan Atas(putih)
1 mug tepung jagung
6 mug air
1 kotak sederhana santan Kara(500ml)+-1 mug juga
1 sudu teh garam halus
KEKOTAK DAUN PANDAN.
55-60 helai daun pandan
dibentuk kekotak
1. Bancuh semua bahan adunan hijau dan kacau dengan api kecil hingga mendidih dan meletus-letus.
2. Cepat-cepat sendukkan kedalam bekas kekotak.Isikan hanya seperuh kerana nanti akan ditambah adunan putih.
3. Biar adunan hijau memebeku.Sementara itu buatkan pula adunan putih lemak.
4.Bancuh semua adunan putih dan kacau hingga mendidih juga.
5. Penuhkan setiap kekotak yang sudah diisi adunan hijau.
6. Biarkan sejuk dan membeku sebelum dimakan.Tidak lama untuk kuih ini membeku.Dalam 10-15 minit dah beku.Boleh terus makan atau sejukkan dalam peti ais sebelum dinikmati
*** saya hanya buat guna sukatan ½ cawan sahaja kerana hanya nak buat dalam 1 dozen kuih sahaja
Mula-mula baca tadi, ingatkan masak kuah asam pedas dahulu dan kemudian bahagi dua. Periuk satu masukkan ikan, dan satu lagi masukkan ayam. Rupanya Mama Cella jodohkan ayam di darat, ikan di laut, dalam periuk asam pedas bertemu jua hihihiiii.
ReplyDeleteTak apalah, itu cara kita. Yang penting, semuanya dapat seorang semangkuk!
Nak tambah : Asam pedas kepala ikan jenahak akan buat saya termimpi-mimpi sebelum sahur malam ni!
DeleteSy pun mula fikir macam tu..
Deletebaru nak tulis rajinnya akak 3 jenis asam pedas hahaha
ReplyDeletetp akak mmg rajin sempat menako lagi tu sy dh ambil resepi akak tp rajin tak sampai2 lagi nak buat acuannya tu
rajin jugak la tu....sampai 3 jenis kan..
ReplyDeletedr dulu teringin nak buat kuih tako ni, tapi x buat2...
memang rajinnnn tu kak sbb sempat buat tako! hehe
ReplyDeleteKiranya, abang walaupun tak makan ikan, dia masih boleh makan kuah yang ada ikan la kan.. mujur tak bergaduh ayam dan ikan dalam periuk tu, hihi.
ReplyDeletesedapnya kuih tako dan asam pedas tu kak... dekat sini kalau cari kuih tako mesti depa kata tepung pelita... mana sama kan
ReplyDeleteMacam makan kat kedai la pulak kan, sorang semangkuk asam pedasnya. Nanti sy nak cari kepala ikan jugak la :D
ReplyDelete