Sunday, 16 April 2023

MENU IFTAR RAMADHAN 24 : NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH

Dah hujung- hujung Ramdhan.Panas semakin membahang.Mengadap oven pun memang membuatkan saya mandi lebih dari hari biasa untuk menyejukkan badan.Jika hari kerja mandi sehari 2x sahaja.Weekend ni mandi sampai 4x..hihihi.

Kawan-kawan pun pasti ramai yang dah mula mengadap oven bersama anak-anak kan.?

Mencipta moment-moment menjelang raya untuk dikenang anak-anak bila mereka dewasa nanti.Sebagaimana juga kita yang masih terkenang moment-moment indah membuat persiapan raya zaman kanak-kanak.Manisnya mengenang keterujaan melihat emak kita menimbok/pukul telur itik nak buat baulu.Aroma asap sabut terasa begitu wangi hingga hari ini.Menghalau ayam yang cuba makan tepung yang dijemur emak.Mendengar tingkah alu dan lesung bila emak menumbuk gula dan kacang hijau sangai serta beras pulut sangai untuk dijadikan putu kacang dan putu beras.

Waktu malam membakar biskut sampret dahlia  sambil mendengar alunan ayat suci dari Pertandingan Musabaqah Peringkat Antarabangsa melaui radio ( kerana. kat rumah tiada TV).Maklumlah dahulu dijalankan dalam bulan puasa.

Seberkas daun palas muda tersandar tepi tempayan air untuk mengelakkan daun layu sebab tepi tempayan tu sejuk berisi air.

Dua hari sebelum raya dah tangkap dan kurung ayam untuk jadikan lauk cicah ketupat hari raya.Kalau ada rezeki lebih makan daging tumpok la.Kalau tak,makan gulai ayam kampung la.


Semalam saya hanya masak Nasi Goreng Sardin Adabi Tin Merah.Hihihi siap mantion tin merah sebab tak pernah beli sardin Adabi Tin Merah ni.
Masak simple nasi goreng semata kerana anak jantan tu berbuka kat tempat kerja 
Adah pula kata dia nak keluar dengan kawannya  cari tudung raya kat KL.Katanya nanti dia nak sahur kat luar.
Cella pun balik sekejap lepas terawikh semalam.Saya bagi bekal nasi goreng ni sahaja untuk sahur dia nanti.Ajak tidur kat rumah,taknak..Banyak kerja katanya nak siapkan sebelum cuti raya.


Pic Google

Selain sardin/mecerel cap Ayam..
Selalunya kalau beli sardin Adabi pun dok beli yang tin kuning tu.
Beberapa hari lepas tergerak nak ambil sardin Adadi tin merah tu..

Rupanya bila dibuat rencah  nasi goreng sedap sungguh dan warna sosnya sangat menarik. 
Ikannya pun berbeza.Saiznya kecik setiap ketul hanya sebesar ibu jari tangan dan 1 tin kecik mengandungi 5 ketul ikan.

Sengaja saya tak lenyek ikan sardin tu dan biar seketul-seketul sebab warna nasi goreng tu dah cantik kemerahan hasil sos sardin tu.
Saya langsung tak tambah cili blend kecuali 5 biji cili padi hiris.


 NASI GORENG SARDIN ADABI TIN MERAH
2 cawan beras - tanak jadi nasi
1 tin kecil sardin Adabi Tin Merah
5 cili padi Bangladesh(cili padi merah)
3 bawang putih
5 pokok sawi hijau
1 batang lobak merah 
( potong jejari)
Minyak,garam dan perisa 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang dan cili padi hiris.

2. Masukkan lobak merah dan bila ½ masak masukkan sardin bersama sosnya.

3. Masukkan nasi yang sudah dilerai dan kacau gaul hingga rata dan naik wap berasap.

4. Tambah garam dan perisakan mengikut selera.

5. Masukkan sawi hijau dan gaul rata sekejap.Matikan api


Cantik kan warna nasi goreng ni.Sengaja saya nak tunjuk saiz ikannya yang sebesae ibu jari tapi sungguh sedap .


Kesedapan Nasi Goreng Sardin Adabi Tin Merah ni masih terasa kat tekak hingga siang ni..Sedap sungguh pada selera saya.
Jom la berjangkit..!
Cepat cari sardin Adabi Tin Merah
🤭.

11 comments:

  1. Licin la sardin adabi tin merah ni kat rak kedai lepas ni...penangan nasi goreng Mak Cella ni hihi... Rasanya sy pun tak pernah makan sardines Adabi tin merah ni...

    ReplyDelete
  2. Pernahkah saya makan sardin Adabi? Tak perasan pula. Tapi tadi beli ketupat segera jenama Adabi hihihiii.

    ReplyDelete
  3. terliurnya tgk nasi goreng sardin ni. VM selalu men beli je sardin hahahha rembat je

    ReplyDelete
  4. Mmg cantik kejadian warna nasi grg sardin tu... tp jaranglah jumpa sardin adabi tin merah ni

    ReplyDelete
  5. keluaran baru ke tin warna merah..belum pernah jumpa di pasaraya sini..

    ReplyDelete
  6. dana tak pernah beli sardin adabi, nak kene cuba beli jugak lha ni... nak tahu camne ikannya dan rasa sosnya

    ReplyDelete
  7. Sy tak boleh buat nasi goreng sardin ni, tapi kalau masak sardin aje bolehlah utk sy sorang makan. Depa semua ni tak makan sardin peliknya sandwich sardin makan pulak.

    ReplyDelete
  8. Nampak menggoda 😋
    Yelah, belum pernah lagi saya beli Adabi tin merah ni. Macam tak pernah nampak pulak. Tak perasan agaknya.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedapnyer
    Jarang2 beli sardin

    ReplyDelete
  10. Lama plak x buat nasi goreng sardin...

    ReplyDelete