Alhamdulillah Cella dah selesai final exam untuk sem satu.
Lagipun masa
21th BIRTHDAY dia request nak kek ni tapi masa tu takda stok & dia tengah struggle final project & assignment.
Hari terakhir exam,kita pun pi la kedai kek tu.Alahamdulillah,ada stok tapi takda la dapat tulis belated birthday..kerana ready stok dah tulis "Love"..
Pun boleh la kan...hihihi
Depa pi IOI makan-makan ramai-ramai kata reward diri.Untung depa la ni buat apa semua ada reward.
Kata Cella dia suruh salah sorang classmate ni pegang sementara dia drive.Yang kawan tu pulak tak tau kata dalam kotak tu isinya kek.Dia punya hayun ke kiri dan ke kanan macam ayun buai.Berlari-lari la kek dalam tu..ðŸ¤ðŸ¤£
Pak Nil...kalau tak silap orang Batu Pahat..Antara kawan-kawan Cella yang saya kenal sejak dari UniSZA.
Ni pun classmate Cella yang saya kenal sejak depa di UniSZA lagi..Orang Kuala Selangor.
Depa bertiga la antara yang sesama gi interview untuk sambung degree kat UPM hari tu.
Alhamdulillah,depa bertiga dapat bersama kelas hingga sekarang.
Raziq...orang Melaka kalau tak salah.Raziq pun dah beberapa kali jumpa bila pi hantar Cella kat kolej.Raziq tak sama tempat masa diploma.Dia budak metrik..Eh,sedap ja saya panggil dia"budak"..hihihi.
Depa semua on the way nak gi makan kat IOI.Kata Cella dia hantar pic ni sebab nak cerita pasal kek yang saya kirim tu la.
Katanya dah tak rupa kek sebab dah dihayun macam hayun buaian...hihihi
Salah Cella la tak bagitau kat kawan yang bawa tu yang dalam kotak tu ada kek.
Tak apa la...tak mengubah rasa kek pun.Apapun Alhamdulillah,dah selesai sem satu..
In syaa Allah pertengahan bulan Mac masuk sem dua pula
Doakan untuk Cella agar dikurniakan kejayaan cemerlang dan dimudahkan urusan serta diberkati Allah sentiasa.Juga doa yang sama untuk sepupu Cella Afif Haikal & Aqil Harith.
Untuk anakanda Iman Fatihah di UTM Skudai..
Anakanda Dania di UCAM,anakanda Pia di Kuantan yang akan melangkah ke sekolah menengah,anakanda Iris di Ng Sembilan...Aiyyan di( ala lupa pulak Dana tinggal kat mana)..anakanda Daus di LD..Adik,Abang Kakak di Gombak,Anakanda Ahnaff & Sofea..
The iMANs di Sarawak,Anakanda Kyra & adik beradik..
Juga semua anak-anak yang tak tersebut nama sama ada yang sedang belajar..yang memasuki pasaran pekerjaan atau di mana jua berada.Semoga Allah lapangkan rezeki kalian dan limpahkan rahmat dan nikmat hingga ke syurga..🤲🤲🤲
Semoga Cella dan anak2 kita berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna
ReplyDeleteSemoga Cella dan kawan- kawan peroleh kejayaan yang cemerlang...terima kasih atas titipan doanya kak...really appreciated...
ReplyDeleteSis tengah struggle prepare assignments untuk 4 subjects, final exam pada April nanti.. All the best to you Cella..
ReplyDeletemula2 senyum je baca gelagat kek cella tu tiba2 smp bawah terus sebak mengalir airmata...terima kasih banyak2 makngah terselit doa untuk Pia,moga cella juga snts dalam rahmat&lindungan Allah berjaya cemerlang dunia akhirat
ReplyDeleteAamin aamin aamin terima kasih banyak atas doanya. Semoga yg lebih baik berbalik kpd Cella & MC sekeluarga 🤲 Rasanya kat Gombak tu anak² PH la kot 😘😘😘
ReplyDeleteAdoi, sian ke kek tu hahaha... Budak laki² yg pegang patutlah hayun pi hayun mai 😂
patutla di hayunnya udah budak lelaki kan. Terima kasih akak untuk doanya buat Aiyan tu
ReplyDeleteadoi la..jani boleh makan kan..
ReplyDeletemoga terus success!!
berayun ke kiri kanan kek tu hehe tp takpe masih sedap dimakan hehe
ReplyDeleteSemoga Cella sentiasa sihat, penuh semangat untuk menimba ilmu. Begitu juga anakanda yang lain. Terima kasih doa dan ingatan untuk Daus. Amin ya Allah❤️❤️❤️
ReplyDelete