Monday, 13 February 2023

PULUT KUNING RENDANG DAGING - SEKILO PULUT & SEKILO DAGING

 

Masak Pulut Kuning Rendang Daging...
Hari tu Cella call cakap teringin nak makan pulut kuning.

Kita pun masak dan hantar la kat dia yang hanya sepelaung tu.
Masukkan dalam lunch box:
Ada 5 boxs sahaja yang setiap satu  mengandungi...:
1 scoop pulut kuning
1 bungkus rendang
1 biji pisang
1 helai tisu
1 sudu


Bawa 5 pack sahaja.
Pepandai dia la nak makan dan berkongsi rezeki.

Ni baki  untuk abang dan kakaknya kat rumah
Saya hanya masak 1kg pulut sahaja..Untuk sekali makan 

PULUT KUNING
1 kg pulut
1 sudu makan serbuk kunyit
1 asam keping

*** Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Rendam semalaman @ sekurang2nya 4 jam

-Pastikan pulut tenggelam sekurang2nya  2 ruas jari kerana masa direndam pulut akan menyerap ait.
- Asam keping digunakan supaya mendapat warna kuning yang bersih.
Panaskan kukusan .
2. Toskan pulut dan kukus hingga pulut masak dan berkilat...anggaran 1/2 jam

Bahan Santan:
2 cawan santan pekat- guna santan fresh(kalau santan kotak saya pernah cuba -tak cantik,tak berkilat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

** Campur semua bahan santan dan kacau hingga garam dan gula larut

2. Bila pulut sudah masak..tuangkan pulut dalam bekas yang besar.

3. Siramkan bancuhan santan tadi dan gaul rata..
- pulut akan nampak basah dan sedikit melekit.
- Setelah digaul sangan biarkan pulut rehat lebih   kurang 10 minit dan pulut akan hilang melekit dan jadi berkilat dan berminyak

** Untuk rasa yang lebih berlemak..boleh terus hidang..tetapi jika untuk tahan lebih lama..
pulut yg sudah digaul santan...dikukus lagi sekali hingga berwap lebih kurang 10 minit.
TETAPI pastikan tidak ditutup  supaya pulut kekal cantik.Jika ditutup semasa kukus kali kedua ni..pulut akan lembik dan benyek kerana wap yang terperangkap




Rendang berbaki lagi lebih kurang semangkuk.
Saya masak rendang guna rempah Adabi

RENDANG DAGING ADABI.....
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit


10 comments:

  1. Replies
    1. cantik kemas akak bungkus siap cutlery...kan untung tu cella dah dekat dengan umi,kalau dulu jauh kena buat waiting list makanan nak tggu cuti baru boleh umi masak

      Delete
  2. Untung jadi Cella, sekali sebut je mama terus buatkan 😁

    Sedapnya tengok pulut dan rendang mamaCella. Pada hal semalam baru makan, adik bagi. Ni tengok…terliur jugak. Teruk sungguh kan.. 😆

    ReplyDelete
  3. Teringin nak makan pulut tapi alah...x bernafas karang...

    ReplyDelete
  4. Lama tak buat pulut kuning ..
    Seronok sy tgk cara MC raikan anak³ dan kawan-kawan anak. Sy ambil buat ikutan ye MC ...

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak memulut dan merendang la bila baca resepi tu.

    ReplyDelete
  6. untung dia dekat dengan rumah, teringin order saja terus dapat.. sedapnya pulut kuning kak

    ReplyDelete
  7. Ada pulut kuning, ada rendang daging memang mantap! Pisang tu lagilah... lengkap!

    ReplyDelete
  8. anak-anak ammi pun dah mula bagi hint "dah lama tak makan pulut kuning"...alahai nak oiiiiii kita pindah rumah dululah baru ammi masak. Ammi dh pack besen2 ni

    ReplyDelete