Hari tu Ros ada bagi secekak pucuk jangguih(gajus)Memang dalam kepala dah plan nak buat Kerabu dengam Sardin
KERABU PUCUK GAJUS + SARDIN
1 cekak pucuk gajus
1 tin kecil sardin( saya guna mackerel)
½ bawang besar hiris
½ limau nipis
5 cili padi merah.
Sikit belacan (jika nak bau melekat kat tangan🤭)
garam gula secukup rasa.
1. Pucuk gajus hiri halus atau kasar ikut selera.
2. Lenyek kasar sardin.Sos pun ambil juga
3. Campur dan gaul semua bahan.Sesuaikna rasa.
Ini adalah salah satu lauk nostalgia keluarga saya
Dulu kalau musim kemarau semua pokok gugur daunnya termasuk pokok gajus.
Bila hujan,semua pokok mengeluarkan pucuk beserta bunga termasuk pokok gajus.( Kira musim bunga la)
Sebelum bunga keluar,mak dan juga orang kampung saya memang akan ambil peluang petik pucuk gajus yang sedap dijadikan ulam bukan sahaja dimakan bersmaa nasi tapi pucuk gajus juga sedap dijadikan ulam laksa.
Selain itu,menu popular ialah kerabu pucuk gajus + sardin.Memang banyak pucuk dari sardin la kerana sardin dikira lauk special dan agak mahal bagi kami.Kalau tak salah saya masa tu tahun 80-an setin kecil sardin King Cup harganya 45sen kat kampung saya.Kalau kat pekan hargatnya 40 sen sahaja.
Cuma masa kanak-kanak mena la suka ulam..Rasa macam spoil betul bila sardin yg sedap tu mak campur ulam.
Seingat saya juga sardin yang masuk dalam rumah kami mak hanya masak 2 menu sahaja.Kalau tak masak tumis dengan suhun bubuh kuah setengah periuk,mesti mak buat kerabu dengan pucuk gajus.Pucuk gajus pula kalau tak kerabu dengan sardin...mesti kerabu dengan udang bendang yang mentah.Memang udang mentah yang tak dimasak.Udang tu besar sikita dari udang geragau tapi memang dimakan mentah.Biasa mak-mak ja suka.Anak-anak akan cucuk udang berderet pada lidi dan bakar atas bara api..Sedap sungguh.
Ok..itu duluuuu...Lama dulu zaman kanak-kanak dan remaja.hihihi
Ya ampun !! Ada rumah kosong nak di sewa tak sebelah menyebelah rumah awak ? Hahahaha~ Terliur !!!!
ReplyDeleteHihihi..ada..ada..
Deleterumah bujang sebelah ni mencari rakan sewa🤭
Mai la kita makan ulam berjemaah
sama ngan atie, nak jugak jadi jiran...love sgt lauk2 kg mcm ni...dappp & very2 rare...
ReplyDeleteJom jom MA...
DeleteNanti boleh kita makan ulam sama-sama
nak buatlah...macam simple.
ReplyDeletekalau saya buat ni confirm terkejut husband tetiba bini dia pandai masak pakai ulam ahaksss
hahaha...
DeleteSilap-silap lepas ni hari-hari dia pulak request masak ulam hari-hari..hihihi
Ni satu lagi menu yang saya tak pernah tahu. Rasanya mamaCella dah boleh buku berkenaan menu2 tradisi. Menarik dan rare.
ReplyDeleteGuna ulam lain pun boleh Ujie..
DeletePucuk putat,pucuk selom bagai.
Paling takda,daun salad pun boleh,cuma daun salad tak beraroma la.
* blog ni kira buku resipi saya jugak la untuk simpan menu dan resipi lama yang saya tau
Yang saya ingat sardin ayam brand saiz kecil harga 65 sen.
ReplyDeleteMandai tu...termimpi-mimpilah saya malam ni!
Ya rabbi....memang la rosak segala diet kalau ini la lauk kat rumah...mandai tu SA x pernah makan kak
ReplyDelete