Saturday, 11 February 2023

MAKAN NASI PADANG @ DAPUR SARI DEWI

 Weekend lepas cuti tiga hari sebab berkembar Thaipusam.Tiga hari cuti...dua hari juga berulang ke UPM jumpa anak bongsu tu.Eh,tiga hari la sebab hari Jumaat,Ahad dan Isnin.Sabtu ja tak pi sebab saya pi DOUBLTREE.

Dulu dok Trengganu tiap minggu call nak balik konon homesick..Tapi sejak dok Selangor ni yang sepelaung dari rumah ni ..mmm sebulan sekali pun payah nak balik.Kita jer la ulang alik pi kat diam..hihihi..


Hari Jumaat,balik kerja pick up dia bawa pi makan .Dia kata nak makan Soto Medan tak jauh pun dari UPM tu..
Jalan kaki pun boleh sampai...Dalam ½ km ja kot..kat Taman Seri Serdang tu.
Masa CNY hari tu dah pernah NASI AYAM GAPREK kat situ.
Ni cuti Thaipusam pi lagi makan situ...
Kalau Cella dah plan nak Soto Medan..
Saya pula dah berangan nak makan Nasi Padang

Set Nasi Padang beserta Gulai Tunjang.
(RM15)

Terkenang dulu pernah  pi Padang & Bukit Tinggi kagum melihat pekerja restoran Nasi Padang menatang berbelas piring dengan hanya menggunakan dua tangan tanpa dulang.Piring-piring kecil berisi lauk disusun dari atas tapak tangan hingga ke siku.Di bawa kemeja makan dan disusun satu persatu atas meja.Bila selesai makan,mereka akan mengira harga berdasarkan lauk dari piring yang telah kita  sahaja.Piring yang yang tak berusik tidak dikira.Tapi itu dah 10 tahun kot kunjungan saya ke sana.Entah bila lagi dapat berkunjung.
Semoga Allah kurniakan rezeki dapat ke sana lagi.


Set Nasi Padang @ Rumah Dapur Sari  Dewi ini tidak la didatangkan piring-piring kecil tersebut Sebaliknya semua lauk pauknya dilonggokan disekeliling nasi.


Boleh nampak ada 
- Sambal Goreng Tempe
-Daun Singkong Rebus
-Bergedel.
-Gulai Kuning Kacang Panjang
- Sambal Ijo
- Sambal Merah
- Yang seketul kat atas nasi tu tempe dimasak kuning.Sedap..

Paling win ni ha...lauk yang jarang jumpa ni ..
Haaa...
Gulai Tunjang a.k.a Gulai Kikil.Kenyal-kenyal manja bila dikunyah..


Set Soto Medan...pilihan Cella.( RM9.90)


Sotonya  macam Soto Madura( lebih kurang rasa kuah lodeh versi pedas)



Oh ya,cara order makanan kat sini...

1.Pilih meja nak duduk kat mana.
2. Scan barcode untuk tengok menu dan pilih pesanan.submit.
3. Tunggu makanan sampai
4. Bayar kat kaunter dengan menyebut nombor meja.

** Bab ni saya masih dangkal.hihihi
Dua kali makan sini..Cella yang uruskan order dan bayarannya..hihihi


Bismillah...jom makan..

Set Nasi Padang Gulai Kikil.

Set Soto Medan.

Sirap Es.

Teh  Susu Panas.

Total : RM30.30

Pandangan saya...sangat berbaloi kerana didatangkan ala carte dan tempat makan juga selesa dan bersih.

Rasa makanan juga sedap kerana saya pernah beli dan makan NASI PADANG GULAI KIKIL ...kat sini tapi tidak memenuhi citasa tekak saya..


Kat Dapur Sari Dewi ni...pada saya sedap dan In shaa Allah saya akan repeat...hihihi

9 comments:

  1. Berpatutan harganya tu. Lagi pulak sedap dan tempat makan selesa.
    Teringat-ingat pulak saya kelazatan makanan di Medan tempoh hari 😄

    ReplyDelete
  2. Sedapnya gulai tunjang. Kalau saya jumpa gulai begini, elok ratah sajalah sampai puas, biar habis semangkuk! Sebab sedap, lembut dan kenyal lagilah kalau masakan Padang atau masakan Minang yang ori.

    ReplyDelete
  3. Minggu lepas berangan juga nak makan nasi padang yg baru buka di SG ni. Awai sangat sampai, orang tu tak bukak kedai lagi 🤭

    ReplyDelete
  4. Iman tiap minggu, hari Khamis mesti balik sebab nak cuci baju, hihi.

    Aduh, kita dah lama tak makan nasi padang ni, gulai tunjang patah lagi, lama tak pergi sebab jalan keluar dari gerai tu rosak dan berlopak. Nanti la nak cari kedai lain.

    ReplyDelete
  5. SA pun sama kak...xde la jauh mana Dania tu..minggu ni tanya nak balik x..kalau nak balik mama amik...eh...nak study la..selasa exam...erm ye la...kak SA baru je tau tunjang tu refer pada urat2..tapi area rumah SA ni disebut gearbox plak...

    ReplyDelete
  6. kt jakarta ni pon wak x larat nk makan nasi padang.,huhuhu

    ReplyDelete
  7. kira ok la harga makan nasi padang sbb selalu nya mahal kan

    ReplyDelete
  8. harus dicoba ini...semalam baru cakap kat husband teringin nak makan kat kedai Sederhana tu. Tp tu makanan minang ke padang ntah..

    ReplyDelete