Happy belated birthday untuk Dila & Aisyah a.k.a Esah.Dila lahirnya bulan Disember tapi masa Disember,Dila tak nak raikan kerana ayahnya sedang sakit.
Esah pula memang lahirnya bulan ni Februari.Jadi geng ofis plan sambut dua orang sekali...
Tiada SR Cake tapi ada Brownie ni
Laksa yang sedap sangat.Saya makan 2 mangkuk..Saya rela tak makan nasi kali ni walau nampak lauk sedap.Kekenyangan laksa.
Hadiah untuk Esah..disampaikan oleh Pn Isma
Temanya KUNING..
Semua kena pakai kuning kecuali birthday girl...dua-dua pilih purple.
Saya,Ekin,Shifa & Jas memang banyak bertapa dalam bilik kami masing-masing.
Bila ada event macam ni baru kami keluar gua kami untuk bersama geng ofis yang banyak membantu kami.Saya nak isi itu ini semua cari Esah.. Esah tak pernah tolak..Membantu tak berkira.Dila pula mak kutu & master mind aktiviti.Masa pi IDEAS HOTEL Dila la yang urus.
Sebelum ni pun geng ni buat trip ke Hadyai,tapi saya tak dapat ikut.
Tapi bulan Mei ni depa dah plan nak berladies lagi ke luar KL pulak..
Kita tungguuuu...!
Kalau depa di ground floor meriah dengan birthday party ikut lorong.
Kami di ²nd & ³rd floor meraikan cara kami.
Setiap bulan Dila akan ingatakan seriap anggota untuk sisihkan minimum RM20 untuk infaq.
Zura diamanahkan menyalurkan infaq tersebut.
Dila juga akan kejar bayaran kutu.hihihi...
Macam kali ni Esah & Dila order set lengkap lunch.
Ada aneka makanan:
- Nasi
- Ayam Masak Merah
- Kari Daging
- Acar Jelatah
- Sayur Campur
- Ulaman & Sambal Belacan
- Buah Oren
- Puding Nata
-Air Sirap
* Laksa Utara
*** Semua pakej di atas RM15/pack( berbaloi kan)
Side dish:
- Brownies
- Kek pisang
-Cream Puff
- Tepung Bungkus
-Vadei
- Nona Manis
Dila dah bagitau awal-awal....majlisnya lunch hour.So,biarlan perut kosong lama sikit sebab banyak nak isi ni...hihihi
Kalau tak salah by Ekin
Saya tak rasa yang ni sebab inti kelapa tu dicampur durian.
Kalau inti kelapa saya makan.Durian pun saya makan.Tapi kalau + dua tu saya tak makan.
Begitu juga dengan wajik serta dodol saya makan.Tapi kalau + durian saya turn off.
Sama juga budu,saya makan tapi kalau letak durian...i'm sorry..
hihihi
Laksa yang sedap sangat.Saya makan 2 mangkuk..Saya rela tak makan nasi kali ni walau nampak lauk sedap.Kekenyangan laksa.
Ni pic sebelum makan
Lepas makan...sampaikan hadiah la pula.
Birthday girl sponser makan.Yang makan pula pepandai la share beli hadiah kan..🤣
Selamat ulangtahun kelahiran untuk Aisyah dan Dila.Semoga Allah limpahkan rahmat dan berkat untuk kalian.
MC sama ngan kakak sy, kalau apa2 makanan dah campur durian tak makan, tapi kalau durian saja dia hantu.
ReplyDeleteHbb ecah dan dila
ReplyDeleteFuh…menggoda sungguh makanan yang dihidang.
ReplyDeleteSiap ada cream puff warna merah.
Lebih kurang saya la ni…saya lebih suka makan durian gitu je.
Happy belated birthday Esah & Dila. Meriah sungguh sambutannya... makanannya pun macam-macam. Sebut nona manis yang cukup lemak manis tu, alahai terus rasa kepingin!
ReplyDeletehappy birthday to both!!! semoga sentiasa dirahmati Allah....meriah nya menu makan2 nya...
ReplyDeleteBestnya makan- makan lagi.....happy birthday to both of you
ReplyDeleteHappy belated birthday December babies...eh baby lagi ke?
ReplyDeleteAmmi pun kalau dalam grup memana duduk blakang tabir...ikut je sebab sejenis malas nak beriya-iya pikir idea. Ahaksss