Saturday, 18 February 2023

TIPS REBUS PUCUK UBI KEKAL HIJAU CANTIK


Pucuk Ubi Tumis Pedas.
Lauk jahat yang bisa membuat periuk nasi bocor(pinjam peribahasa SK)

PUCUK UBI TUMIS PEDAS
1 cekak pucuk ubi.
sejemput bilis bersih
minyak,garam & secubit gula

Bahan tumbuk:
5 cili padi
3 bawang putih
3 bawang merah

1.Rebus pucuk ubi dan hiris halus/ kasar ikut selera

2. Panas sikit minyak dan goreng bilis,ketepikan.

3. Tumis bahan tumbuk dan masukkan pucuk ubi hiris 

4. Perisakan dan tabur bilis goreng.

5. Sesuaikan rasa.

Sayur pucuk ubi yang dah direbus dan ditumis.Namun warna hijaunya masih menyerlah dan nampak cantik serta segar kan..
Dah la  teksturnya lembut sedap,warna pula kekal hijau.
Nak tau rahsianya...
Ok,rahsia ni saya dapat dari saudara kita di negara jiran  diseberang Selat Melaka.

1. Petik pucuk/daun ubi sekitar 4@5 helai sebelum pucuk paling muda.
Maksudnya pucuk paling atas yang masih belum rupa daun tu kita TAK AMBIL.Kita hanya ambil daun yang dah lebar dan warna dah hijau.Setiap tangkai kita ambil lebih kurang 4@5 helai daun bawah pucuk paling atas tu.

2. Jerang air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan sikit garam dan sesudu minyak masak.Kalau rebus banyak masuk lebih la.

3. Tip paling penting : masukkan sesudu kecil Bikarbonat of Soda.

4. Masukkkan pucuk/daun ubi tadi dan rebus lebih kurang 5 minit.

5. Angkat dan basuh pucuk ubi tersebut dah perah airnya.

6. Sedia dijadikan ulam atau dimasak sebagai lauk.

*** Alhamdulillah,pucuk ubi lembut dan sedap serta cantik.Saya telah mencuba ternyata menjadi.Maka saya kongsikan dengan rakan-rakan semua.


Sebagai pelngkap lauk Pucuk Ubi Tumis Pedas tu saya gorwng telur dadar berkucai...Pun sedapnya...rasa macam makan lempeng korea pula...hihihi


Oleh kerana Pucuk Ubi Tumis Pedas saya dan Adah dah habiskan..maka untuk anak lanang nan sorang tu..saya masak Nasi Goreng B*d*h saja..hihihi
Letak telur dan sayur broccoli saja..Tapi dia punya sedap....ya ampun..
Hihihi...kadang kita puji jugak diri sendiri sebagai motivasi...hihihi


3 comments:

  1. Begitu rupanya ye ..ok noted :D
    Apa salahnya puji diri sendiri MC, dah memang kita masak sedap hahaha....

    ReplyDelete
  2. Tambah soda bikarbonat rupanya. Ada pucuk ubi, nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. Fav SA pucuk ubi goreng berlada...sedapnyaaa....lepas tu jangan buat lauk lain...goreng ikan masin je..confirm bocor la periuk

    ReplyDelete