Ajak Cella pi Kilang Beryl's @ Serdang.Nak beli coklat buat buah tangan balik Kedah.
Kami sampai Beryl's dah pukul 4++ & pukul 4.30 akan tutup dah..Tapi sempat lagi bergambar dulu..hihihi
Kilang ni di Serdang..Dekat sahaja dengan UPM..( boleh Google untuk dapat gambaran jelas)
Hanya sepelaung dari UPM...5 minit sahaja drive santai-santai..
Kalau dari Tol UPM tu rasanya tak sampai 10 minit pun.
Dia punya kilang dalam kawasan kilang la tapi dalam kilang tu juga ada kedai jualan produk dia sekali kat situ.
No 10,Jalan Raya 7/1
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan,
Seri Kembangan
SELANGOR
Sebenarnya ni kali ke 3 saya datang beli coklat sini.Tapi entah kenapa takda pula tercatat dalam old post...hihih
Ok..masa dah suntuk..
Kena pantas,masa dah suntuk.
See..walau dah umum dah habis masa operasi..Masih ramai yang beratur nK bayar..
Tudiaaa....dah nampak coklatnya
Tapi,mungkin sebab dah petang...kebanyakan dah habis diborong orang .
Banyaj juga rak dah kosong.
Ye la masuk dah pukul 4.10 petang.
Baru pusing je dah dengar pengumuman..
Pelanggan diberi masa 15 minit sahaja lagi kerana 4.30 dah tutup
Dapat juga 2 bag penuh dengan coklat & biskut Beryl's.
Dan lagi
Lagi dan lagi
Lagi...lagi
Terbang juga RM100++...
Hihihi
Itulah yang bernama perempuan,wanita dan apa saja asalkan ianya female...itulah antara sifat yang nyata...Kebendaan..
Kata ustaz sebab tulah Allah janjikan syurga tu yang didalamnya mewah dengan segala benda dan perhiasan sebagai inspire kepada wanita.Juga dijanjikan syurga itu penuh dengan bidadari sebagai inspire kepada kaum Adam yang memang lebih tertarik dengan kecantikan.
Wallahu'alam...
Lagi dan lagi
Lagi...lagi
& kamu
Ada pokok koko.
Ada beberapa biji buah koko yang sudah matang.
Inilah bahan utama dalam penghasilan coklat iaitu biji koko.
Pernah dengar penerangan tentabg pembuatan coklat.Biji koko yang sudah dikeringkan akan dipanggang garing.Kemudian diperah untuk mengeluarkan "minyak" koko yang dikenali sebagai mentega koko.Mentega koko tu la digunakan untuk menghasilkan white chocolate.Hampas biji koko tu pula yang berwarna coklat itu diproses menjadi serbuk koko atau serbuk coklat.
Macam coklat tiramusu kotak atas ni...harganya rm6.50..
Hari Sabtu baru ni Adah pi kenduri kahwin kawannya kat Bora Ombak Putrajaya..dapat guddies ni la .
Menarik kan..Ada banyak flavour pulak tu.Saya paling suka coklat tiramisu ni & dark coklat.
** update:
Kedai coklat ni memang open for public.Cuma lawatan dalam kilang buat coklat dan biskut tu saya tak pasti.Rasanya hanya untuk lawatan & kena buat permohonan agaknya
biskut2 & choc nya....sedaappp
ReplyDeleteKan...MA..bukan saja coklat..biskut pun sedap
Deletetak pernah pergi tapi teringin la pergi kak, kiranya boleh jelah datang bila-bila ye tak perlu dia open pada semua? Best jugak kan nak pergi la jugak sementara cuti sekolah ni
ReplyDeleteBoleh Dana..open for public.
DeleteAiyan mesti suka..hihihi
Tapi better tengok kat google buka @ tutup.depa update.Macam hari tu CNY saya pi tapi tutup.bila tengok kat google memang depa update depa tutup 5 hari..
Kalau tak silap saya ada branch Bangi.Ni saya pi kat Serdang.
Penah sampai sini ikut rombongan tadika dania dulu...punya la lama..hahahaha
ReplyDeleteJom la pi SA..
DeleteKot nak servey guddies kaðŸ¤
Kemain Cella posing ya. Ni mesti mama nya jadi pengarah kan? 😄
ReplyDeleteCantik pembungkusannya, memang sesuai buat gift.
Kan ..sesuai buat gift..
Deleteposing tu...mak dia tak reti nak arah...tu gaya bebudak la ni kot..hihihi.
Angkat bawa balik je replika tu Cella haha...kemain dia posing ye :D
ReplyDeleteSy ni kalau MC tak habaq, tak tau pun boleh pi sini. Ingatkan dibuka utk lawatan budak² sekolah ja, bukan utk public :)
Hahaha..takpa la,kita bagi replika tu kat PH ja🤣
DeleteBoleh pi PH..open for public & boleh walk in..
Boleh tambah aktiviti cuti sekolah ni..ðŸ¤
saya last ke sini sebelum PKP rasanya memang rambang mata masuk sini capai2 nak bayar ternganga...
ReplyDeleteComelnya yang posing-posing tu!
ReplyDeleteSaya biasa dengan pokok koko dari kecil. Petik buah koko di pokok, kutip biji koko yang dimakan tupai, belah buah koko dan jual biji koko. Zaman saya dulu biji koko sekati 80 sen, kadang naik harga sampai RM1.20 sen.
Rupanya begitu proses buat white koko dan serbuk koko.
Alahai....
Dulu ada kawan office rajin beno tolong belikan coklat beryls ni setiap kali balik Selangor.
ReplyDelete