Monday, 27 March 2023

MENU IFTAR HARI KE-4: IKAN GORENG & ULAM CICAH BUDU vs BUTTER CHICKEN

 Salam Ramadhan hari ke -5

Rezeki berbuka hari ke 4 Ramadhan 1444H.
Alhamdulillah hari Ahad bersamaan 4 Ramadhan kami berpeluang iftar semua anak beranak.
Anak bujang ada,
Adah ada,
Anak dara bongsu tu pun sabtu malam tu dia balik.Katanya habis program menyantuni gelandangan @ Anjung Kelana depa terus balik dan bas terus hantar ke Masjid UPM untuk terus solat terawikh.Habis terawikh dia terus balik.

Dah beberapa hari plan nak cari ikan selayang.Goreng garing-garing & cicah budu.
Ish..sekali nampak kat dapur Cikgu Amie dia masak ikan basung goreng cicah budu..bikin ngiler kata orang seberang..hihihi


Untuk anak-anak saya masakkan Butter Chicken.Kebetulan baru hari Ahad anak dara bongsu tu dapat berbuka bersama..
Sekian lama tak beli ayan segar..baru semalam la beli 2 ekor untuk stok minggu ni.Beli juga ikan dan sayur sikit

Harum bau tumisan..

Masak tak banyak pun.Guna 2 keping dada dari seekor ayam.Guna bahagian dada,senang makan takada tulang

BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE

Bahan ayam:

2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)

4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer) 

1 cawan minyak untuk goreng

Bahan Sos:

1/4 blok butter

1  tin susu cair

2 sudu  serbuk cheese super ring

10  cili padi

1kiub ayam

Bahan Tumis:

1 bawang besar

3 bawang putih

3 pelepah daun kari

10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm

2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit

3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan

4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali

5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana butter mudah hangus

6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair

( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )

7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata

8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak

9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api


Saya lebih tertarik dengan ikan goreng cicah budu ni.Biar depa semua habiskan ayam tu..
Sekali Adah pun cakap dia terliur ikan cicah budu ni.Padahal sebelum ni dia tak makan budu🤭🤭

Ulam raja bersama ulam timun mini


Kalau ikan goreng cicah budu ni pasti saya akan teringat Nizam @ Fatah.
Kalau tengok dia picit cabai burung & perah limau dalam budu..Perut kenyang pun jadi lapar.

Saya guna budu cap ketereh botol kecik tu.Itulah jenama budu yang kami anak beranak paling suka.Dah cuba brand lain yang lebih ori warna kelabu hitam tanpa pewarna tu,tapi mungkin tekak dah biasa dengan budu yang satu inimWalaupun  warna oren tu melekat kat tangan🤭tapi sedap kat tekak 
Cuma saya akan pastikan budu ni campur cili padi hiri,bawang merah dadu dan limau nipis juga saya dadu bersama kulitnya.
Buat awal-awal sejam dua sebelum makan biar rasa budu meresap dalam cili,bawang dan limau tu..Memang licin saya makan segala,bawang dan semua limu tu kerana sangat sedap.


Ada sekotak Ayam Korea.
Eh,anak bujang tu boleh pula dia ajak adik-adik dia pi BR..
Bukan Buskin Robin .
Tapi Bazar Ramadhan🤭
Berkali-kali saya pesan,jangan beli banyak,saya tak mau apa..Saya dah masak.
Akhirnya memang butter chicken habis.
Ayam Korea bawa ke sahur.

Adah kirim roti john..Tapi masing-masing cakap cannot go..
Tak tau apa rasa..saya tak jamah pun.Kalau depa yang peminat roti john pun cannot go..apaagi saya..

Hat ni ja laku keras.
Kata Cella ni 1st time dia minum air sedap ni..
Air Kathira.
Padahal banyak kali ja saya pernah beli sebelum ni.Ya,saya beli tapi langsung tak nak cuba.
Kali ni tetiba pula

Berkali-kali la dia dok kacau air kathira ni sementara menunggu waktu berbuka. 


Kalau dah ke BR..haruslah depa beli murtabak walau sekeping..
Saya bukan peminat murtabak..hihihi


Ops...saya juga ada buatkan Sagu Gula Melaka..

Sebab nak mengelak pembaziran....saya buT hanya cukup-cukup sorang segelas ni sahaja...hihihi

Ni kalau tengok waktu tengahari ni...kurus pahala puasa..hihihi..




16 comments:

  1. Kenapa eh sedap sangat ikan selayang goreng cicah budu.... ya ampun terasa-rasa di bibir!
    Masuk dapur Mama Cella ternampak ikan selayang goreng, terus lari ke dapur tengok sinki. Encik Suami sudah letakkan sayap ayam di situ sebelum masuk tidur. Esok pagi sahur lauk ayamlah...ingatkan nak goreng ikan. Oh, budu pulak habis.
    Depan beli murtabak juga ye. Dah dua hari tak beli murtabak untuk Daus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedap sungguh ikan selayang/basung dicicah budu sebab isi ikan ni tebal dan lemak.
      Alaa,Daus dah jemu makan murtabak keommy dah masak macam&macam..

      Delete
  2. Ishhhh, lauk yang simple tapi boleh buat orang lain ngences nihhh. 🤣
    Ramadhan tahun ni, roti john, murtabak memang penuh kontroversi. Macam sama je kisahnya seluruh negara. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Jaja..
      Tahun ni banyak kontroversi kan..
      Baru tadi baca pasal tauhu cucuk 3 batang sayur..namanya tauhu sumbat tapi dicucuk ja 3 batang sayur..adoii

      Delete
  3. La, saya pun makan nasi dgn budu semalam MC! Cicah dgn pucuk ubi rebus...
    Meriah nooo menu bila anak³ semua ada 🤩

    ReplyDelete
  4. sedap menu akak tu lengkap ikan goreng , budu dan ulaman. Tengok menu pergi bazar macam-macam ada, sedapnya nengok air katirah kak kat belah sini tak pernah jumpa pun. Kalau ada pun tak sedap macam yg biasa jumpa kt johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..jarang nak dapat yang betul betul pure banyak bahan dalam tu.Yang ni boleh tahan la sedap tapi iainya tak la lengkap macam kathira pure siap dengan badam bagai tu

      Delete
  5. Alahai tergoda plak SA dnegan ikan selayang cicah budu tu...aduhai...x leh jadi macam ni...xde ikan selayang ikan kembung besar2 pun sedap ni...ehh....kena carik laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jom jom..ikan kembung borek tu pun sedap cicah budu

      Delete
  6. Hahaha.. BR... Dulu2 sy panggil Bazar Ramadan jugak tapi ada kawan yg dok sebut Param (Pasar Ramadan). Sy lagi suka sebut bazar sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. happy maknya masak2 anak semua berkumpul kan kak,iftar sorang2 sunyi jg...nampak gayanya saya nak seludup masuk budu cap ketereh la sebotol ke dapur nanti kita diam2 je potong cili bwg limau dalam mangkuk minta diaorang rasa menu ni mana tau blh terpikat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try ja sekali..jangan lepas tu,hari-hari pakat minta budu pulak..jenuh Afzan 🤣

      Delete