Thursday, 30 March 2023

MENU IFTAR KE-7 : LAKSA KUAH SARDIN,NASI GORENG,JAMBU ASAM BOI & TEH BUNGA KHAIRUL AMING

 Salam Ramadhan ke 8..

Jom ke dapur saya tengok juadah iftar kami semalam Ramadhan ke7

Saya masak Laksa Kuah Sardin.Tapi versi Laksa Lemak Utara la..


LAKSA KUAH LEMAK SARDIN
½ bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)

1 tin sardin macerel(tin sederhana yang gemuk pendek tu)

1 paket kecil rempah kari ikan

1/2 kotak santan kara

4 cawan air

3  asam keping

1 bunga kantan/1 pokok daun kesum

1 sudu teh garam

½ bawang besar -blend

3 sudu minyak

Bahan Ulam

2biji telur rebus

1/4 batang timun - hiris

1/4 bawang besar - hiris

1 pokok daun selom - hiris

1 limau nipis

Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersih ,& toskan.

Buat Kuah:

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang diblend  bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman


Laksa & the gang .
Saya guna laksa halus brand Eka.


Bahan eksesori laksa.

Masak juga nasi goreng,kot anak bujang tu sampai awal iftar kat rumah.Biasa dia tak suka laksa tapi laksa kuah sardin dia makan la juga.Spare la juga nasi goreng.Tapi dia balik dah lepas maghrib.Berbuka dengan nasi kerabu katanya.

Saya juga potongkan ½ biji jambu batu dan tabur serbuk asam.



Cella beli 6 biji takoyaki kat BR Seri Serdang selepas habis kelas.
Dia hanya beli ni saja semata.
Kali ni Alhamdulillah dia kata  rezeki dia dapat yang murah..6pcs RM4 sahaja!
Biasa 5pcs RM6

Ada lagi...
Minuman yang sedap ni..


Sebab dah beberapa kali dia kena scam beli minuman kat BR..
Kali ni saya pesan jangan beli lagi.Nanti saya buat air viral🤣


Kita buat minuman Teh Bunga Khairul Aming tu🤭
Dengarlah bunyi ais batu yang menggoda  tengah tengah haus ni...hihihi

Teh bunga
( saya guna teh bunga kotak saja)tapi KA guna minuman tin lagi cantik warnanya..
Buah longan tin
Limau kasturi
Ais

Walau hanya 4  bahan segera tapi rasanya sangat menyegarkan dan light ja.Tak sedar bergelas minum..

*** eh,bila tengok kat youtube..rupanya KA ada letak asam boi la..saya tak letak..Saya letak asam boi kat jambu 🤭

11 comments:

  1. Pergh…rajin sungguh mamaCella ni, macam2 dimasak.
    Terliur tengok laksa tu. Kesian tin sardin, kena describe ‘gemuk pendek’ 😂

    Teh bunga KA tu menggoda dan mudah dibuat, boleh dicuba ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik laksanya, senang nak telan.
    Saya belum cuba lagi pelbagai resipi minuman oleh Khairul Aming.

    ReplyDelete
  3. Mau menitik air liur tgk laksa mak cella.. Sdpnya laksa.. fav kak lin n everyone at home..
    Air viral KA pun mcm senang nk buat.. sabtu nk g alamanda cari bahan2nya.. 😬

    ReplyDelete
  4. Meriahnya iftar... mcm senang je buat laksa... dh lama sgt x buat laksa.. air² KA mmg menggoda tp belom try lg

    ReplyDelete
  5. wah..mcm2 ada. dapnye... tambah2 air viral tu.. nak kena try jugaks ni

    ReplyDelete
  6. hahah..kalau tertinggal asam boi pun dah sedap kalau ada apatah lagi agaknya...nak buat jugalah weekend ni

    ReplyDelete
  7. resepi laksa akak saya dah cuba sedap sangat,moga pahala berkongsi resepi sentiasa mengalir utk akak...
    semua pakat serbu beli longan beli air teh bunga sampai licin stock kat supermarket hahaha

    ReplyDelete
  8. Sy pulak hari tu buat air KA ni lupa langsung letak limau & asam boi... Patutlah rasa kurang kick, tak cukup bahan rupanya 😅

    ReplyDelete
  9. Laksa in the house... Semua sedappp

    ReplyDelete
  10. Bulan puasa dah dapat dah makan laksa...tapi nak jambu batu tu...air viral tu pun nak jugak

    ReplyDelete