Thursday, 2 March 2023

KE KILANG COKLAT BERYL'S

Ajak Cella pi Kilang Beryl's @ Serdang.Nak beli coklat buat buah tangan balik Kedah.


Kami sampai Beryl's dah pukul 4++ & pukul 4.30 akan tutup dah..Tapi sempat lagi bergambar dulu..hihihi

Kilang ni di Serdang..Dekat sahaja dengan UPM..( boleh Google untuk dapat gambaran jelas)
Hanya sepelaung dari UPM...5 minit sahaja drive santai-santai..
Kalau dari Tol UPM tu rasanya tak sampai 10 minit pun.
Dia punya kilang dalam kawasan kilang la tapi dalam kilang tu juga ada kedai jualan produk dia sekali kat situ. 

No 10,Jalan Raya 7/1
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan,
Seri Kembangan
SELANGOR

Sebenarnya ni kali ke 3 saya datang beli coklat sini.Tapi entah kenapa takda pula tercatat dalam old post...hihih

Ok..masa dah suntuk..


Jom masuk..
Kena pantas,masa dah suntuk.

Tudiaaa....dah nampak coklatnya
Tapi,mungkin sebab dah petang...kebanyakan dah habis diborong orang .
Banyaj juga rak dah kosong.
Ye la masuk dah pukul 4.10 petang.
Baru pusing je dah dengar pengumuman..
Pelanggan diberi masa 15 minit sahaja lagi kerana 4.30 dah tutup


See..walau dah umum dah habis masa operasi..Masih ramai yang beratur nK bayar..



Sap sup sap...
Dapat juga 2 bag penuh dengan coklat & biskut Beryl's.
Terbang juga RM100++...
Hihihi


Muka ada sinyum bila dapat shoping..
Itulah yang bernama perempuan,wanita dan apa saja asalkan ianya female...itulah antara sifat yang nyata...Kebendaan..
Kata ustaz sebab tulah Allah janjikan syurga tu yang didalamnya mewah dengan segala benda dan perhiasan sebagai inspire kepada wanita.Juga dijanjikan syurga itu penuh dengan bidadari sebagai inspire kepada kaum Adam yang memang lebih tertarik dengan kecantikan.
Wallahu'alam...


Jom,balik


Jap...bergambar sekejap.

Bergambar lagi..


Dan lagi


Lagi dan lagi


Lagi...lagi

Lagi
Lagi Lagi

Lagi la



Lagi lagi kamu

& kamu


Kita pun nak la juga bergambar...hihihi

Eh..jap
Ada pokok koko.
Ada beberapa biji buah koko yang sudah matang.


Kat sebelahnya sepohon lagi pokok koko tetapi buah-buahnya masih hijau dan belum matang.
Inilah bahan utama dalam penghasilan coklat iaitu biji koko.
Pernah dengar penerangan tentabg pembuatan coklat.Biji koko yang sudah dikeringkan akan dipanggang garing.Kemudian diperah untuk mengeluarkan "minyak" koko yang dikenali sebagai mentega koko.Mentega koko tu la digunakan untuk menghasilkan white chocolate.Hampas biji koko tu pula yang berwarna coklat itu diproses menjadi serbuk koko atau serbuk coklat.


Inilah antara hasil pancingan di Beryl's..

Macam-macam ada ..
Cantik buat guddies & door gift kalau cukup bajet.

                  ni pic google

Macam coklat tiramusu kotak atas ni...harganya rm6.50..
Hari Sabtu baru ni Adah pi kenduri kahwin kawannya kat Bora Ombak Putrajaya..dapat guddies ni la .
Menarik kan..Ada banyak flavour pulak tu.Saya paling suka coklat tiramisu ni & dark coklat.

** update:
Kedai coklat ni memang open for public.Cuma lawatan dalam kilang buat coklat dan biskut  tu saya tak pasti.Rasanya hanya untuk lawatan & kena buat permohonan agaknya 

13 comments:

  1. biskut2 & choc nya....sedaappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...MA..bukan saja coklat..biskut pun sedap

      Delete
  2. tak pernah pergi tapi teringin la pergi kak, kiranya boleh jelah datang bila-bila ye tak perlu dia open pada semua? Best jugak kan nak pergi la jugak sementara cuti sekolah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Dana..open for public.
      Aiyan mesti suka..hihihi
      Tapi better tengok kat google buka @ tutup.depa update.Macam hari tu CNY saya pi tapi tutup.bila tengok kat google memang depa update depa tutup 5 hari..
      Kalau tak silap saya ada branch Bangi.Ni saya pi kat Serdang.

      Delete
  3. Penah sampai sini ikut rombongan tadika dania dulu...punya la lama..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la pi SA..
      Kot nak servey guddies ka🤭

      Delete
  4. Kemain Cella posing ya. Ni mesti mama nya jadi pengarah kan? 😄

    Cantik pembungkusannya, memang sesuai buat gift.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ..sesuai buat gift..
      posing tu...mak dia tak reti nak arah...tu gaya bebudak la ni kot..hihihi.

      Delete
  5. Angkat bawa balik je replika tu Cella haha...kemain dia posing ye :D
    Sy ni kalau MC tak habaq, tak tau pun boleh pi sini. Ingatkan dibuka utk lawatan budak² sekolah ja, bukan utk public :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..takpa la,kita bagi replika tu kat PH ja🤣
      Boleh pi PH..open for public & boleh walk in..
      Boleh tambah aktiviti cuti sekolah ni..🤭

      Delete
  6. saya last ke sini sebelum PKP rasanya memang rambang mata masuk sini capai2 nak bayar ternganga...

    ReplyDelete
  7. Comelnya yang posing-posing tu!
    Saya biasa dengan pokok koko dari kecil. Petik buah koko di pokok, kutip biji koko yang dimakan tupai, belah buah koko dan jual biji koko. Zaman saya dulu biji koko sekati 80 sen, kadang naik harga sampai RM1.20 sen.
    Rupanya begitu proses buat white koko dan serbuk koko.
    Alahai....

    ReplyDelete
  8. Dulu ada kawan office rajin beno tolong belikan coklat beryls ni setiap kali balik Selangor.

    ReplyDelete