Monday, 24 January 2022

UBI KELADI REBUS vs PISANG REBUS

 

Pagi ni sarapan Ubi Keladi Rebus dan Pisang Rebus.Bersulamkan kopi O panas.Maklumlah asal orang kampung kan...Walau banyak pilihan sarapan lain,namun sesekali pasti merindui makanan nostalgia ini...hihihi

Sementara menantikan air yang dijerang mendidih,kita


Kupas kulit ubi keladi rebus...

Saya guna ubi keladi telur.Ada yang panggil keladi Sarawak...
Beli semalam kat Pasar Segar.


Pisang rebus.Manis ya ampun walaupun pisangnya masih banyak warna hijau daripada warna kuning.Baru nak menguning  sebab tu saya rebus.Mulanya saya ingat ni pisang kepok tapi rupanya bukan.Tak tau pisang apa tapi sedap sungguh.

Oleh kerana saya keseorangan di Bilik Kerja saya nun di atas kayangan...saya ajak cleaner yang membersihkan bilik saya ni makan bersama.Saya buatkan kopi O sorang secawan dan licin kami bertiga makan.Niat asal nak ajak Shifa & Dina.Tapi Shifa tak boleh nak cross ke Bilik Kerja saya kerana ada siling runtuh kat lalauan antara bilik saya dan bilik shifa .
Nasib baik runtuhnya pada weekend ketika cuti...Kalau tidak tak tau la...Syukur alhamdullah

15 comments:

  1. YaAllah sedapnya mengamit memori . Dulu arwah abah bercucuktanam ubi keladi tuk mengisi perut anak2 jgn kelaparan. Bila nak raya puas la parut ubi telur pisang muda ubi kayu muda buat juadah hariraya. Sebak jiwaraga andai boleh diputarkan masa huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dulu Allah bagi nikmat..dapat makan kerepek ubi kerwpek pisang pun rasa sedap sangat.Sekerang nikmat rezeki melimpah ...Alhamdulillah..

      Delete
  2. Memang nostalgia ni MC...
    Kecik-kecik dulu arwah Mak rajin suap pisang rebus @ bakar.
    Keladi pula tanam tepi rumah. Time korek tu paling best, berebut siapa dapat ubi paling besar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya orang tua2 dulu tahu khasiat pisang..Sekrang sains membuktikan pisang kaya dengan khasiat

      Delete
  3. Sedap keladi telur tu. Teringat zaman dulu, di antara tanaman keladi, ada dua tiga rumpun emak tanam keladi telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kita pun dh tua2 ni teringin pul nak bercucuk tanam

      Delete
  4. Tak prnh mkn pisang rebus.. jauh sekali keladi rebus.. tp kalau mak cella kata sdp, kak lin percaya msti sdp.. šŸ˜¬
    Wah.. penuh kopinya.. mcm ni baru la mak cella.. šŸ’ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ..Kadang-kadang makanan tu jadi sedap sebab bercampur nostalgiašŸ¤­

      Delete
  5. Dua dua tak pernah makan lagi. Kalau jumpa keladi, tak digoreng atau dibuat sayur. Pisang pulak dah tentu digoreng atau dibuat kek. Tak jumpa nak merebus. hihi..
    Alhamdulillah dapat jugak berkongsi rezeki makan bersama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali ubah selera kampung. sedap juga Fizah sebab sambil makan hanyut dalam kenanganšŸ¤£

      Delete
  6. Arwah mak saya ada sesekali buat pisang dan keladi rebus.selalu nya di gandingkan dgn kelapa dan sedikit garam dan gula.keladi tu selalunya di buat pengat atau goreng saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...dapat cicah dengan kelapa bergaram dan bergula tu lagi sedap...kena pula kelapa tak berapa tua...nikmat

      Delete
  7. Aduh, kenapa sy telan ailio banyak kali ni?? Sedap sangat la nampaknya rebusan2 nya tu lagilah bila ada kopi o.

    ReplyDelete
  8. tempat kita keladi tu di panggil keladi sarawak, dulu mak rajin tanam dan kalau tak di rebus suka di buat kerepek. Keladi dengan pisang rebus kalau di cicah dengan kelapa parut sedapnya

    ReplyDelete
  9. SA x pernah makan pisang or keladi rebus..nampak sedap tu kak

    ReplyDelete