Asal ada yang tak sihat dalam rumah ni,maka bubur nasi la menjadi hidangan.Bukan apa,cuma bubur nasi ni mudah nak telan walaupun yang tiada selera nak makan kerana tak sihat..Jadi,badan masih menerima nutrien yang diperlukan walaupun sekadar bubur nasi.
Hari tu masa kena Covid..ye badannya susut 10kg...sampai perut jadi flat la...Mana tak susut,langsung tak makan makanan berat.Hanya bertahan dengan minum madu dan habbatussauda selama 10 hari...Tapi lepas baik sakit...selera pun baikkkkk punya...!!! hihihi
Ni dah turun 3kg dalam seminggu..dia kata nak kurangkan makan...Harap-harap kata dikota la...hihihi
Tapi betul la ,kali ni dia tak makan.
Masalahnya mak dia pula yang berulang-ulang makan..
Habih,camno tu...?
Camana tak ulang makan kalau dah bubur ni sedap ja kat tekak orang yang sihat ni..Lauk bodo-bodo pun sedap.Tambah pula,buburnya pekat berkrim sebab guna bertas wangi...Memang kaya dengan kanji ni....So,jangan ingat makan bubur nasi boleh diet....
Pernah baca info kesihatan,Katanya makan nasi goreng lebih baik daripada makan bubur nasi.
Untuk pesakit diabetis tidak digalakkan makan bubur nasi sebab kaya kanji.Lebih baik makan nasi goreng kerana nasi yang dimasak berbiji-biji lebih baik kerana kurang kanji....Rupanya cara masak juga mempeengaruhi kandungan makanan....hihihi.
Agaknya itulah sebab kalau tak sihat,mak-mak kita dulu buat bubur nasi supaya badan cepat mendapat tenaga dari kanji.Wallluhua'lam
Untuk bubur nasi yang saya masak ni,saya gunakan beras wangi supaya bubur lebih pekat dan berkrim.Saya juga tambah serai untuk aroma segar dan banyak halia muda yang dimayang halus untuk memberi kesan panas kepada badan supaya berpeluh lepas makan bubur ni
1/2 cawan beras wangi
10 cawan air(anggaran)
1batang serai- ketuk
1 ketul halia muda-mayang
1 helai pandan- jika nak wangi
1. Cuci beras dan masukkan dalam rice cooker bersama 2 cawan air.
2. Sementara itu jerang air hingga mendidih untuk tambah nanti.Boleh juga guna air panas dari mesin penapis air.
3. Bila memdidih renggangkan penutup rice cooker atau boleh buka terus penutupnya supaya tidak meruap.Tambah serai dan halia mayang.
4. Sesekali kacau bubur supaya tidak berkerak.Bila air mengering pastikan tambah dengan 1 cawan air panas sama ada air mendidih atau air panas dari penapis air.
5. Ulang tambah secawan air setiap kali air mengering dan jangan lupa kacau sesekali.
*** 1. Jangan terus masukkan 10 cawan air tersebut. Masuk air sikit demi sikit sambil kacau supaya bubur pekat dan berkrim.
2. Sentiasa tambah air panas jika air mengering.Jangan tambah air sejuk.
Bubur nasi sedap dimakan panas bersama kasesorinya.Biasanya paling basic mesti ada bilis goreng,telur masin dan daun sup.Kali ini saya masak juga bendi goreng pedas sebab tiada stok kangkung.Paling best kalau ada lobak masin digoreng bersama bilis tu.Tambah pula jika ada udang kering yang digaul bawang,cili padi hiris dan diperah limau....Hancur diet..!!!!
YaAllah sedaknyer bubur mama Cella tengok pn dah kecur especially telur masin tu. Betul la mkn bubur ni buat kita bocorkan poyok je
ReplyDeleteIni bukan utk orang sakit ni, org sihat ni pun teringin hihi...
ReplyDeleteNak kena beli beras wangilah camni, nampak menggoda betul bubur nasi MC ni.
Bubur untuk orang sakit, orang tak sakit makin berselera makan kan. Lagi lagi ada accesories dan lauk sedap sedap. Mahu tak menambah. Hehe...
ReplyDeleteOh, baru tahu tips masak bubur nasi tu. Lain kali bolehlah dipraktikkan, padahal banyak membungkus aje, hehehe.
ReplyDeleteUish.. telan air liur je la.. sdpnya mak cella.. lama xmsk bubur nasi.. 🤗
ReplyDeleteYa allah sedaonya bubur nasi berlauk...memang betul pun bubur nasi ni bukan makanan untuk diet...tengok aje la lauknya tu
ReplyDeleteSuka jugakk.. Kalau lengkap lauk pauknya, memang paduu rasanyaaaa... Selalu makan time x sihat atau time cuaca sejuk sejuk camtuu
ReplyDelete