Dah dekat sebulan dok ulang jeling buah cermai ni.Lambat naw nak membesar...Benarlah "Penantian Itu Satu Penyiksaan...."
Lagu famous zaman sekolah rendah ni...Nyanyian kumpulan Harmoni..Satu lagi lagu top depa..."Sepanjang Jalan ke Pulau Pinang"...
Lagu dulu-dulu melekat dalam dalam hati.Teringat- ingat macam ingatkan buah cermai ni juga...hihihi
Sambil petik cermai..Geram pula tengok pokok putat sedang berpucuk.Tangan Pak Man gardener tu memang menjadi.Tanam apa saja...kemain hasilnya..
Ni ada lagi cermai baru berputik.Asa juga beberapa tangkai bunga.Maknanya memang tak putus cermai ni berbuah.
Saya buatkan pencicah ni.Bawa untuk makan tengahari tadi..Ajak Ti,Ruby,Ani,Makcik & kak Misah menyicah pukul 12 tadi..Depa belum makan nasi,saya dah ajak menyicah.Nasib la kalau nanti depa tak lalu nak makan nasi sebab seriau gigi makan asam cermai ni...hihihi
PENCICAH MANGGA
3 biji cili kering
1 sudu garam kasar
8 sudu gula pasir
1 ketul kecik (1 sudu teh belacan)
1. Cili kering dibasuh dan di lap hingga kering
2. Kemudian gunting cili halus-halus..
3. Masukkan cili gunting,garam,gula dan belacan dlam blender kering ..
4. BLEND KERING bahan tersebut hingga menjadi debu halus..
Seya guna gula pasir yang perang warna dia sedikit gelap.Kalau guna gula pasir biasa warna lebih cerah.
Si Shahrol pula kaitkan buah mangga dekat pondok jaga .Banyak dapat.Menambah meriah untuk menyicah..
Ya allah.....terliur SA kak....aduhai...bagai terasa- terasa kemasaman tu ha...
ReplyDeleteHihihi..saya dulu tak suka buah masam...tetiba selera berubah...Kita bersifat baharu
DeleteTelan air liur je la tengok org menyicah. Sejak dah remaja purba minjam ayat org jdt gigi seriau smpi tulang tongkeng
ReplyDeleteSampai tulang tongkeng tu🤭🤣
DeleteLebatnya buah cermai
ReplyDeleteAlhamdulillah.....
DeletePernah makan buah cermai macam tu je, masammmmm kelat gitu. Sy lagi suka yg jadi jeruk, pun sy bukanlah peminat jeruk.
ReplyDeleteOoo.. baru tau resepi pencicah tu. Salu makan yg dah siap pek kalau kita beli pelam potong tu.
Kelakar pulak cerita takut kena culik tu, hahahaha.
Haaa..pasni boleh cuba buat pencicah ni kalau berkumpul reramai & ada mangga muda...
Deletecicah dengan buah limau bali..bidara..apple hijau pun sedap..in sha Allah
Okay tak pernah dengar lagu tu. hehe..uishh buah cermai ni saya makan kalau dibuat jeruk je. makan gitu je memang tak boleh. Masam betul! Lebat segugus buah cermai tu mama cella. Geram rasa nak memetik.
ReplyDeletePaling kecur buah mangga tu lah. Aduhaiii..