Masa bergerak pantas.Sedar-sedar dah petang.Terasa nak mengopi.Terus selongkar peti ais cari apa yang ada.Nampak baki karipap pusing frozen yang beli kat Pasar Tani ada 7 ketul.Hari tu menyebai goreng 3 ketul sahaja sebab bila nak pisahkan karipap tu dia melekat dan berlubang nampak inti.Bila goreng,minyak jadi kotor sebab inti keluar.Tu yang goreng 3 ketul sahaja dan bakinya masukkan semula dalam peti ais.Rasa nak serik je..tak nak beli dah
Bancuh kopi cap gantang secawan ...hirup la sambil bersulam gigitan karipap pusing inti daging.Sesekali tergigit dagingnya ..sedap...nak beli lagi lah nanti🙈
Sengaja bawa secangkir kopi dan sepiring karipap ni ke tepi jendela sambil memerhati kanak-kanak riuh bermain kat playground di bumi sana..
Tiba-tiba hati digamit rindu pada masa lalu.Bulan Januari adalah pertengahan musim panas dan kemarau bagi kami di utara.Musim angin timur...Sawah bendang meriah kalau musim kemarau ni.Musim menuai padi + musim yang dinanti kanak-kanak untuk bermain di sawah yang sudah kering dan togel dituai padi Seronok bermain bola,tuju tin,pondok-pondok,main toi dan main nusuk(sorok-sorok)Yang tak berminat main bola leka main layang-layang.Yang hebat sikit main wau.Wau bulan,wau kangkang dan wau kemetek mengeluarkan bunyi dengung yang asyik.Anak-anak kecil sekadar bermain serunai batang padi sambil mak ayah menganginkan padi hasil tuaian.Anak dara dan anak teruna kampung juga akan keluar membantu ibu ayah sambil "mengintai" jodoh....hihihi..
Teruna yang gagah memikul guni padi pasti jadi idaman dara.Si gadis pula sambil menuai padi,mata menjeling teruna ganteng 🤣
Ibu ayah yang memerhati,buat-buat tak nampak.Tapi masing-masing risik merisik juga. Kalau kena gayanya ,musim padi akan datang akan datang ada yang makan nasi minyak la..
Meriahnya sawah bendang dimusim kemarau.Pendek kata menjadi medan berkumpul seluruh penduduk kampung.Tapi itu duluuuuu.....!
Alolooooo... bawa kopi bawak karipap ke tepi jendela, rupanya fokus ke playground tak lama. Ke desa juga mengelamunnya. Kita pun terikut sama mengintai suasana bendang yang indah dan permai!
ReplyDeleteHihihi...
DeleteHanyut dalam arus kenangan
Agaknye karipap pusing tu xgoreng dulu sebelum difrozenkan..sebab tu melekat². Sekarang ni kat sg.besar tengah musim menuai. Minggu lepas blk kg, konon nak amik pic kat sawah padi menghijau..rupenye padi pun dah kuning n dah gondol dah pun..hahahaa
ReplyDeleteYa betul ..karipap tu tak digoreng dulu.
DeleteSawah dah gondol yer..hihi
Para petani dah lama belajar ilmu Goegrafi.Mereka merancang menanam padi pada masa yang betul agar dapat menuai pada musim panas.
mak-mak memang terror bab menyorokkan yang cela hahah
ReplyDeleteHahahaha ...
DeleteBetul2...
Duit pun mak mak pandai sorok🤭
Asyik pula kita baca kisah jeling menjeling tu, terbayang filem Semerah Padi, hihi
ReplyDeleteEh,rasa macam nak tengok pulak la filem Semerah Padi tu...
DeleteMak cella ni pandai bercerita.. bole jd penulis skrip drama melayu.. seronok je kak lin baca.. 😬
ReplyDeleteKalau zaman dulu kala dah boleh buat part time jadi Penglipur Lara kot saya ni...🤣🤣🤣
DeleteRasanya jaman dulu pilih nantu bukan tengok rupa je tapi kebolehan diaorg pndi buat kerja rumah blh mengaji sopan beradab dan sekufu
ReplyDeleteBetul...
DeletePilih menantu dulu lain dari sekrang.
Kebanyakan mereka kekal hingga akhir hayat.Barokah agaknya
Sesekali lepak macam tu best kak...
ReplyDeleteMengopi tepi jendela memang syok. Ada je kenangan menyapa. Sweet je orang dulu dulu kan. Tahu tahu je kahwin bila dah berkenan.
ReplyDelete