Semalam 24 Januari..ulangtahun kelahiran tuan tanah kedaung ni( pinjam ayat SK)..
Dah 20 tahun dah anak dara tu..Anak bongsu daripada tiga beradik.Anak yang paling senang dilahirkan..Saya pergi hospital pun drive sendiri sahaja masa nak lahirkan Cella ni.Anak kelahiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Emaknya orang Kedah.Abangnya kelahiran Perak,manakala kakaknya lahir di Selangor.Empat beranak yang lahir di 4 negeri berbeza.Hihihi
Kena berdikari seawal usia kanak-kanak.Saya hanya temankan di kelas masa hari pertama tadika 5 tahun.
Masa Tadika 6 tahun,saya hanya hantar.Balik dah kena naik bas walaupun hari pertama sekolah.Terngiang lagi dengan bangganya dia 1st day,dia sorang naik bas sebab orang lain ibu bapa jemput tapi dia naik bas tadika kerana saya tak dapat nak jemput walaupun hari pertama.Tapi katanya cikgu-cikgu tadika dan abang driver bas baik.Nasib baik juga dikurniakan baby sitter yang sangat baik.Baby sitter yang sama dari abang,kakak dan dirinya hingga habis sekolah..Alhamdulillah...
Muka kesian jer kan...Tapi rasanya dia bukan sedih apa tu...Dia teringat botol susu🍼 rasanya tu sebab dia minum susu botol hingga darjah 3...hihihi...Lepas dah kantoi dengan cikgu dia minum susu botol🍼.Masa tu dalam kereta bawah pokok depan sekolah.Dia dah siap-siap tukar baju sekolah agama kat tandas sekolah sebab nak terus hantar ke sekolah agama.
Hari ini dah 20 tahun.@ Trengganu...
Semoga Allah mudahkan urusan dan ganjarkan pahala melimpah untuk mereka yang pernah memberi kebaikan kepada kami.
Muka kesian jer kan...Tapi rasanya dia bukan sedih apa tu...Dia teringat botol susu🍼 rasanya tu sebab dia minum susu botol hingga darjah 3...hihihi...Lepas dah kantoi dengan cikgu dia minum susu botol🍼.Masa tu dalam kereta bawah pokok depan sekolah.Dia dah siap-siap tukar baju sekolah agama kat tandas sekolah sebab nak terus hantar ke sekolah agama.
Tengah minum🍼 dengan feeling dalam kereta...ada cikgu dia lalu dengan motor & berenti tepi tingkap kereta.Sejak tu malu dan taknak minum susu dalam botol dah.Tapi setiap hari bawa bekal susu kotak.
Tapi balik sekolah agama dia cari botol juga kat rumah.Tidur malam pun botol susu kat mulut sampai naik darjah 4 baru berenti.
Sampai sekarang...susu adalah favourite dia.
Alhamdulillah,saya yakin ramai daripada reader blog dia dulu selalu mengirimkan doa dalam diam kepada Cella.
Katanya jangan lupa doakan agar dia dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan dikecualikan membayar balik PTPTN🤭
Alhamdulillah,katanya semalam dia kekenyangan kerana ramai kawan-kawan belanja makan.Sampaikan abangnya nak order McD untuk birthdaynya pun dia minta pospon kerana ramai sangat yang belanja.Alhamdulillah,dikelilingi rakan-rakan yang baik juga hadiah nikmat yang tak terhingga...
Happy Birthday Kak
ReplyDeleteHappy birthday buat Cella.. rindu coloteh Cella di sini..
ReplyDeleteKak sama anak bujang Saya, kalau wish besday kakaknya, di baginya gambo pensel tu hahahaha
Hb Buat Cella, moga di beri kejayaan dunia dan akhirat ya...
ReplyDeleteYaAllah engkau rahmatilah Siti Noor Suhaila dan keluarganya didunia dan diakhirat.Ameen
ReplyDeleteHapy belated bday cella.. mg pjg umr mrh rzki sht2 sllu dlm redha Allah.. dimakbulkan segala doa & harapan.. aamiin..
ReplyDeleteKak lin pun pelik knp tetiba kluar gmbr pensel tu.. aduhai, trend bebudak skrg rupanya.. 🤭
Happy birthday🍰cella,
ReplyDeleteHappy Birthday tuan tanah Cella. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan serta cemerlang dunia akhirat. Aaminn...
ReplyDeleteKenangan botol susu tu. Bila cerita semula mesti malu dia. hihi..Apa lagi macam cella, kena buat jugaklah kan scones tu.
Zaman sekarang selagi boleh dipendekkan ayat. huhu..
Happy birthday cella.. moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di bawah rahmatNya. Alhamdulillah cella selalu dikelilingi dengan orang yang baik². Dari dulu lagi. Ehhh..sedih pulak kiteee 😅
ReplyDeleteHahahaha.. Pensil HB ya.. hihi.
ReplyDeleteSemalam tajuk ni dah lalu kat side bar sy, tapi bila buka, tak ada. Maknya masih bertukang agaknya, fikir sy.
Anyway, Happy birthday Tuan Tanah Kedaung! Sy baru ingat, pertama kali jumpa blog ni, masa tu cari info pasal temukunci, lepas tu terus sangkut baca dia bebel.. mak aku cakap... mak aku cakap... mak aku cakap... hahahahah.
Kan SK?
DeleteMak aku...mak aku je dia haha
Happy Birthday Cella sayang!
ReplyDeleteTeringat dulu time dia menulis, selalu baca cerita mak dia masak itu, ini bawak bekal gi sekolah :D
Moga Cell sentiasa dalam lindungan-Nya, berjaya mencapai cita-cita & sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga aamin.
Happy birthday Cella...semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua.Semoga kebaikan juga berbalik kepada kalian...🤲🤲🤲
ReplyDelete