Wednesday, 5 January 2022

KETUPAT DAUN BULUH, KETUPAT CINA @ KUIH CHANG


Ketupat daun buluh
Ada yang panggil ketupat Cina
Ada yang sebut chang .
Walaupun bahannya hanya pulut dan abu chang sahaja tapi bukan semua orang pandai buat,termasuklah saya..hihihi
Makan saya pandai..

Dulu kat tempat kami  hanya terkenal dalam kalangan orang Cina dan Siam.Kemudian merebak dalam kalangan masyarakat Melayu yang berjiran dengan masyarakat Siam.Kat Kedah ramai masyarakat Siam terutama belah Pendang dan Jitra ( setakat yang saya tahu la)
Masa sekolah menengah dari form 1 hingga uppersix memang saya ada classmate Siam.Sempat jugak la belajar sikit-sikit bahasa Siam yang mudah.Sayangnya masa tu tak ambil kesempatan belajar secara serius.Eh,nanti lah cerita bab kawan-kawan dalam kalangan masyarakat Siam ni.Banyak ceritanya..Yang suka..yang sedih..yang serba salah dan banyak juga yang kelakar..hihihi

Dulu nak makan kena beraya ke kampung tertentu sahaja yang menghidangkan juadah ni masa raya Tapi sejak  dua dekad yang lalu dah semakin ramai peminatnya hingga ketupat daun buluh ni dah jadi sebahagian juadah di kebanyakan rumah ketika Raya Puasa & Raya Haji.Ramai yang mahir buat ketupat daun buluh ni dah jadikan ketupat ni sebagai punca pendapatan sampingan.
Ramai juga dah tanam pokok buluh khas ni untuk tujuan tersebut.
Bukan sembarangan daun buluh boleh guna.Macam buat lemang juga.Ada buluh khas dia yang sesuai buat lemang.

Begitu juga daun buluh ketupat ni.Pokok buluh khas,saya tak tau nama buluh apa.Tapi kalau tengok pokoknya saya cam.Daunnya lebih lebar dan panjang serta lebih licin.


Ni beli masa balik Kedah hari tu.Ada orang kirim teringin nak makan.
Merata Achik cari sebab bukan musim raya 
Dapat kat Kampung Kuala Rimau..
Menyesal pula tak amik sikit simpan.huhuhu
Ada pengusaha kat situ jual ketupat frozen.Yang frozen tu daun dia nampak gelap sikit.Daun buluh ni saya pernah ja nampak ada jual kat sesetengah kedai Cina di KL ni.Katanya diimport dari Cina untuk buat kuh chang la..Daun kering tu kena rendam air panas dulu kasi lembut sebelum digunakan..

Ni dari old post.Achik beli masa raya.Fresh dari dapur.Daunnya lebih segar dan hijau walaupun direbus berjam-jam.Beberapa tahun dulu ada sorang kawan mak pernah offer untuk ajar buat ketupat daun buluh ni.Nak ajar percuma dan syaratnya pun kelakar Syaratnya hanya kena makan tengahari kat rumahnya..hahaha
Sayangnya saya tak berkesempatan nak belajar.

Ok..ni pun dari old post.Isi ketupat daun buluh.Kuning tu bukan pewarna atau kunyit,tapi kesan dari penggunaan abu chang yang dicampur bersama pulut.Teksturnya liat kenyal dan perlu dipotong menggunakan tali yang ikat ketupat tu.Ada tekniknya.Kalau ada kesempatan bila ada ketupat ni saya nak videokan cara buka dan potong ketupat ni.Unik.
Rasa ketupat ni tawar.Tapi bila dicicah serondeng daging,ayam atau ikan memang sedap sangat.Ralit mengunyah.
Selain serondeng,ada menu khas lain yang digandingkan dengan ketupat daun buluh ni.Gulai Pucuk Juaq a.k.a Gulai Pucuk Johar.Ada ja pernah saya kongsi gula pucuk johar ni dalam old post.Taip ja namakucella-gulai pucuk johar....Haaa keluar la kat Google tu.
Ada juga yang suka makan cicah susu pekat atau cicah air gula melaka pekat.Rasa dia macam lopes old school 🤭.Saya teringat ketupat ni pun lepas baca KUIH LOPES YANG SANGAT SEDAP kat blog SK.Nampak ja kuih lopes 3 segi bungkus daun pisang tu auto teringat keenakan ketupat daun buluh..



13 comments:

  1. Kimia betul baca tajuk ni, sebab intro kita pasal ketupat jugak, hahahaha. Last-last ada sebut nama kita pulak, hihi.

    Hari tu ada orang kat JB jual ketupat chang ni online, tapi caj penghantarannya, mahal rantai dari beruk, hahaha.. tak jadi beli, tapi teringin nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...betul la ada kimia...

      Betul kadang fikir dua kali bila ngenang delivery charge tu boleh beli lagi 2...mahal tali dari beruk🤣
      Tapi kalau gi amik sendiri lagi mahal🤣

      Delete
  2. Agaknya chang tu di tempat kami disebut kocong...kuih kocong, pulut dibalut dengan daun buluh yang selalu dijual di pasar tani. Menariknya resipi masakan, ada keturunan, salasilah dan jalur keturunan. Kena banyak study kalau ingin memahami dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih kocong...menarik nama tu.Mungkin juga kuih yang sama tapi lain tempatblain panggilannnya.

      Delete
  3. Tahu kuih Chang ni makanan org cina dan kalu tengok tv pn diaorg yg buat. Kalu orang jawa kuih lopes seakan ni cuma pulut rendam dlm ubat Mee bungkus dlm daun pisang mcm lontong . Potong guna benang makan dgn serunding berempah.aduhai payah pulak nak jumpa skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu...abu chang yang saya maksudkan tu ubat mee la tu..ada orang panggil air abu..
      Bila tambah dalam mee atau pulut jadi warna kuning tu.
      Sedap kan kalai dapat lopes macam ti

      Delete
  4. Kuih chang ni mmg sdp yg amat.. dulu2 sllu beli kat pasar, xyah tgu raya.. skrg da payah nk jumpa.. mmg layan mkn kuih chang ni.. kak lin mkn dgn gula putih sj.. tu pun da sdp sgt.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..tak pernah try pula cicah gula...Pasni boleh cuba tu...
      Sedap kan ...kenyal kenyil asyik mengunyahnya

      Delete
  5. Nampak sedaplah MC. Sy tak pernah jumpa/makan ketupat ni.
    Nanti raya ajak datang rumah tau :p
    Di Baling pun ada masyarakat Siam MC.
    Kampung sy pun diapit oleh 2 kampung Siam.
    Depa mai sekolah di kampung saya, jadi berkawanlah juga dgn depa.
    Arwah Pak sy pandai cakap Siam. Sy tau 1-2 perkataan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..kat Baling pun ada Siam ya..Kalau orang lama dulu depa memang boleh cakap bahasa Siam kan.Kalau kena yang pekat tu cakap Melayu pun sleng Siam🤭

      Kalau kita dapat sama2 balik beraya Raya Puasa ni...Mai la PH...
      Baling & Pendang lebih kurang 1 jam..
      In sha Allah ada ketupat ni ..

      Delete
  6. Ada nampak cikgu sekolah saya buat Chang halal utk anak dia yang dah masuk Islam. Dia tunjuk cara penyediaan,cara ikat

    ReplyDelete
  7. Pertama kali tahu Ketupat daun buluh ni. Nampaknya kalau nak merasa kena ke Kedah jugaklah ye. Ini kalau ada depan mata memang tak akan lepaskan peluang mencuba.

    ReplyDelete
  8. Cer makan dengan gula melaka dimasak dengan durian.

    ReplyDelete