Saturday, 1 January 2022

SELAMAT TAHUN BARU 2022

 2021 sudah berakhir.Hilang tidak akan kembali lagi..


2022 muncul.Menggantikan 2021 yang tepat 12.00 malam tadi.

Bandaraya Kuala Lumpur tidak lagi bermandikan limpahan cahaya bunga api.Hanya sesekali muncul cahaya bunga api dicelahan hutan batu ibarat cahaya kilat sahaja.


Sementelahan Lembah Klang  masih dalam suasana suram dan pilu bila kebanyakan tempat masih terkesan dengan dengan banjir dua minggu lepas.Semoga semua mangsa dimudahkan urusan dan tabah mengharungi ujian.Pastinya Allah akan gantikan dengan hikmah yang tidak terjangkau dek akal kita.


Alhamdulillah,masjid dan surau diimarahkan sebaiknya pada malam tahun baharu.Semoga kita semua dalam rahmat kasih sayang dan restu Allah s.w.t

6 comments:

  1. Semalam tengah sedap dibuai mimpi, tetiba dengan bunyi mercun.. baru teringat, dah masuk tahun 2022.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Banyak dah hilang kemeriahan sejak Covid kan..
      Raya..Tahun Baru..Kenduri...Silaturrahim..jemaah..etc sudah semakin menjauh..huhuhu

      Delete
  2. Selamat tahun baru 2022. Jom zikir yang baik-baik, moga-moga datang yang baik-baik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..
      In sha Allah...kita saling ingat mengingati dan saling berpesan...
      Moga ukhwah kita juga bertambah kukuh

      Delete
  3. Dugaan di awal tahun baru. Bermacam macam perkara berlaku.

    Selamat tahun baru 2022 :)

    ReplyDelete