Ada sebab nama rendang ni RENDANG DAGING JEBAT DERHAKA...
Begini ceriteranya... 🤭🤭
Hari Khamis mak aku bawa balik daging
Ada 3 ketul besar2..
Mak aku pesan xyah masuk peti ais
Sebab nak masak
Uih.... Bapak banyak daging tu nak masak semua ke???
Yer.... Kata mak aku nak masak semua
Huh...
Lepas dinner nampak mak aku bersihkan rice cooker & rebus daging tadi seketul2 besar tu whitout potong
Haaa...kalau nak masak daging mak aku selalu pesan soh rebua seketul2 sampai empuk baru potong or hiris
Kata mak aku buat macam tu daging kekal manis coz juice daging tu still dalam daging
Kalau potong dulu kecik baru rebus nanti daging jadi kecut & lambat empuk.
Tapi kata mak aku tips ni valid untuk yang mam jimat masa masak.
Daging rebus malam
Coz pagi xde la rushing sbb daging dah empuk
Kalau pagi baru nak potong daging mak aku cakap alamatnya MERAH la punchcard..!
So... Kena work Smart
Walaupun kalau orang2 tua yang dah meninggal dulu2 dapat hidup balik
Opkos mereka akan marah sebab Jebat Derhaka telah menderhakai resepi rendang dengan cara merebus daging sebelum masak
Kalau resepi nenek moyang kena masak daging mentah dalam rempah dan santan a.k.a kuah hingga kering berminyak.
Tapi anak cucu jaman now sudah menderhakai resipi nenek moyang zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka..
Masak Rendang sudah dishort cut kan.
Kata mak aku apa nak buat..
Zaman sudah berubah
Masa terlalu cepat beredar
Bumi terlalu laju berputar
Sekejapan masa berlalu tanpa sedar
Semua kerja kena siap dalam masa yang sebentar...
Jebat derhaka ada sebabnya
Rendang Derhaka juga bersebab
Sama seperti Jebat.. Masing2 kerana bersebab
Maka jadilah Rendang Daging Jebat Derhaka...😆
Kalau x sampai hati nak panggil rendang daging jebat derhaka...
Boleh saja pangggil Rendang Daging Malam Jumaat
Sebab mak aku masak malam Jumaat
😀😀
Tapi nak panggil Rendang Daging Rebus pun boleh
Coz dagingnya direbus dulu baru dimasak rendang..
Whateverlah....
Actually pic ni pagi Jumaat
Dah siap rendang daging tuKalau pic malam Jumaat rendang ni lum siap
Coz mak aku kata rendang belum kering.
Masih berkuah macam kari..
Half cook
Pagi Jumaat baru mak aku masak sampai siap
Actualy juga ni mak aku inform ialah rendang guna rempah adabi..
Resipi mak aku cakap main campak jer tapi still guna bahan sama. So c&p rwsipi dari older post..
Cuma kena tambah sebab hari ni nyer rendang mak aku guna 2kg daging
Haaa.... Ada sebabnya & ada sambungannya lepas entri rendang ni nanti
RENDANG DAGING ADABI VERSI JEBAT DERHAKA
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak
Bahan Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih
1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit
****UNTUK STEP BY STEP RENDANG ADABI DAGING REBUS NI BOLEH REFER RENDANG DAGING ADABI.... kat sini
Oh patut lah nama jebat derhaka 😂
ReplyDeleteHahahaha...Jebat juga disebut bila derhaka...
Delete😁😁😁😁