Saturday, 4 January 2020

PERCUBAAN BUAT BOURQUET FLOWER

Semak- folder terjumpa pic ni
Tengah gigih nak DIY barquet flower
Masa abang konvo  hujung bulan lepas.
Bila tengok rasa nak ketawa ada
Nak nangis pun ada..
Hahahaha...
Nampak orang buat macam kacang jew..
Berkobar2 nak buat sendiri

Gigih beli bunga2 masa kat Cameron
Beli bunga hari Khamis
Konvonya hari Ahad
Kakak aci jual bunga tu siap pesan
Ikut tips dia cakap...nanti bunga boleh tahan 2 minggu katanya:

1. Jangan buka net pada bunga tu,
    Sebab kalau buka dalm 10 minit bunga
    kembang penuh.. So, jangan bjka awal2
2. Rendam pangkal tangkai bunga dalam baldi. TAPI air jangan banyak. HANYA dalam  2cm jer air..
3.  JANGAN sekali2 siram air pada bunga.
     Kalau siram nanti bunga  busuk & rosak
4.Setiap 2hari potong bahagian bawah tangkai bunga yang terendam air tu
(haaaa.. Sebab tu x boleh isi air banyak.. Kalau isi air banyak bahagian terendam akan reput..Kalau rendam dalam 2 cm jer, so yang rodak hanya 2cm & setiap 2 hari potong bahagian yg dah terendam air tu

*** Pesan kakak tu lagi kalau pokok bunga or pokok cili JANGAN SIRAM keseluruhan pokok.. JUST siram pangkal pokok. Barulah bunga & buah cili tahan lama x rosak..

Memang betul..
Ikut tips kakak jual bunga tu
Sampai hari Sabtu bunga still kekal segar
Kena guna baldi suoaya ada ruang bunga bernafas
Tapi isi air SIKIT SAHAJA

Malam tu gigih aku cuba membuat barquet bsrsama Achik
Mak aku dah belikan plastik, ribbon bagai
(Tapi dalam masa yg sama mak aku ada beli barquet flower yang dah siap kat kedai bunga hiasan @ Pendang
Cuma bunganya bunga tiruan la
Mak aku cakap back-up takut barquet aku buat ngan Achik x menjadi..
🤣🤣🤣🤣Nampak tak betapa mak aku x percaya pada kekreatifan jari aku ngan achik..


Aku pilih bunga daisy..
Kat Cameron murah la bunga daisy ni
6pcs RM5 jer (harga tahun 2019😄)


Achik lak gigih nak wrap ngan plastik barquet...


Kerana keganasan tangan aku
Sekuntum daisy putih telah patah😭😭😭

Tambah ngan bunga ros merah lak
Rose tu pun murah jew
Rm 10

Letak duit singgit & 5 henggit
Konon nak bagi nampak lain la
Semua  duit tu rm8 jer.. . (bajet) 🤣🤣

Akhirnya pukul 10 malam siap la

Aku rasa dah cukup cantik dah
Ok la tu dah ada 2 barquet flower
1 yang mak aku beli readymade
1 yang aku  DIY ngan Achik ni🤭🤭
Yang DIY ni kira untuk nenek la bagi kat abang
Tapi sedis tau..
Nenek x nak
Nenek kata x cantik😭😭(bapak jujur sangat nenek aku)
Nenek kata esok nenek nak beli kat kolej abang..
Aku cakap takut xde jer
Sebab kolej abang tu kat Sik
Kita semua bukan familiar sangat kat sana tu..
Nenek confident jawab MESTI ada nyer
Kata nenek semua University & Kolej mesti ada jual "Bunga Orang Konvo" (haa yang barquet flower nenek x reti nak sebut)
Nenek kata konvo tadika pun bersepah orang jual bunga.. Xkan kat kolej xde orang jual... Tak logik!!!!
Nenek dengan bangga la cakap semua U yang nenek gi untuk konvo anak & cucunya ada melambak jer orang jual Bunga Konvo
Nenek siap mengira U yang anak cucunya dah konvo kat situ
UKM.. UIA... UPSI... UM.. Uitm..
Kata nenek semua U tu nenek beli sendiri bunga konvo tu..
Nenek siap sebut KECUALI konvo kat USM nenek x dapat beli bunga konvo sebab x dipelawe🤭🤭🤭🤭
Yer lah nek...
Tunggu lagi 4 orng cucu nenek  yer..
Bulan Mac ni kakak akan konvo kat UiTM Puncak Alam
Pastu in sha Allah bulan Mac juga aku ngan Haikal akan terima result.
Doakan kami dapat sambung study kat salah sati Universiti Awam ( mak aku cakap dulu disebut IPTA)
Pastu nenek jangan x beli plak Bunga Konvo tu untuk aku ngan Haikal
Haaaa.... Tunggu lagi 10 tahun Aqil plak jadi penutup cucu nenek ke UA...
Beli Bunga Konvo yer nek..
Jangan x beli🤣


Apapun kena bersetuju dengan nenek
Kerana betul kata nenek
Takkan Hari Konvo xde jual Bunga Konvo
Hahahahha.... Kena mengaku la nenek lagi dulu makan garam


Nenek xnak barquet flower yang aku ngan achik gigih DIY😭😭😭
Nenek beli lain..
Yang barquet abang pegang tu yang nenek beli sendiri & bagi sendiri kepada abang
Yang nenek pegang tu yang mak aku beli readymade bunga tiruan
Alaaaaaa dah tersama ngan baju nenek lak sama purple.. X jelaz

Ok.. Ni ha yang kawan abang pegang ninyang mak aku beli readymade tu
Beli @ Kedai Bunga Pendang sebelah KFC.. Rm 35

Nenek xnak yang ada bear
Nenek kata x bagus ada patung
Dah la pating tu macam patung b**i jer kata nenek😆😆😆😆
Nekkkkk..... Tu bukan b**i la nek..
Tu patung bear...
Bear is 🐹
Bukannn🐽
😆🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣


So... Ni la Bunga Konvo yang nenek beli untuk abang tu
MORAL OF THE STORY....
Lain kali ampa jangan dok gatai tangan nak buat sendiri na...
Kalau x reti baik beli
Kerja2 KERASTANGAN ni serahkan saja pada Yang Pakar..
Kalau bukan pakar xyah nak buat
Bukan takat orang xmau beli
Nenek ampa pun xmau weiiii🤣
🤣🤣🤣🤣
Ampa siapkan duit ja untuk serahkan kepada penjual Bunga Konvo tu🤭🤭🤭🤭

2 comments:

  1. Salam...

    Bouquet ke you mean?
    Kat sini graduation takde lak trend beri Bunga.
    Agaknya yuran Kos Sara hidup dah Mahal.

    rare..maybe kalau Ada tak sebanyak kat msia.
    Lepas convocation Tu kalau Yang hadir adalah parti ... Lepas Tu keluarga go Makan Tu aja.



    Zaman Kita orang lagi takde Bunga Bunga . Bunga pinjaman belajar adalah.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭Wrong spelling
      Yg bagi bunga cengkih.. Bunga lawang pun hado tau

      Delete