Friday, 28 September 2018

SAMBAL KERING IKAN BILIS UNTUK BEKAL ASRAMA

Sambal Kering Ikan Bilis dua bekas
Nasi Putih Panas2 satu bekas besar
Rojak Mamak 2 bekas
Asal hari Ahad jer..
Pagi2 lagi mesti mak aku dah masak banyak2
Sebabnya hampir setiap minggu kakak akan balik
Hari Ahad mak aku akan hantar semula kakak balik kolej
Siap dengan bekal nasi lauk bagai
Ni weekend hari tu..
Hari yang sama mak aku masak
PASEMBUR MAMAK HAJI PENANG kat sini...
Haaa...yang citer asalnya kakak bawa bekal Pasembur nak makan ngan kawanw.
Tapi the ending nya kami bertiga makan kat dalam bilik kakak..
Sub baik juga Nasi Putih dan Sambal Kering Ikan Bilis mak aku bekalkan banyak
Boleh kakak makan ngan kawan2nya malam..



Nasi Putih penuh 1 bekas baulu
Sambal Kering Ikan Bilis ada 2 bekas
Kakak request nak bawa lebih
Kakak kata 1 nak buat lunch dengan kawan2
1 bekas lagi nak simpan untuk lunch hari Isnin..
Kakak kata nanti boleh beli nasi putih kat cafe
Naik makan ngan Sambal Bilis ni kat bilik
Kakak la suka sangat Sambal Kering Ikan Bilis ni
2 minggu lepas mak aku dah masakkan
SAMBAL KERING IKAN BILIS kat sini....

Minggu ni mak aku masak lagi banyak
Sebab kakak request nak bawa extra


SAMBAL IKAN KERING IKAN BILIS..mak aku
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk kacang tanah
5 biji kentang
5 keping tempe
1 cawan minyak
2 asam keping
2 sudu gula perang
1 sudu garam

Bahan Blend:
20 cili kering ( 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar

1. Bersihkan dan basuh ikan bilis dan kacang tanah berasingan.. Toskan
2. Tempe dan kentang dipotong jejari
3. Goreng  tempe hingga garing dan ketepikan
4. Goreng kentang  hingga garing dan ketepikan
5. Giloreng Ikan bilis hingga garing dan ketepikan
6. Akhir sekali baru goreng kacang tanah dan ketepikan
( kacang tanah goreng akhir kerana minyak akan jadi gelap selepas goreng kacang tanah)
7. Panaskan 1/2 cawan minyak bersih dan tumis bahan blend hingga mendidih.
8. Masukkan asam keping,garam dan gula dan masak hingga pekat dan naik minyak
9. Sesuaikan rasa sebelum masukkan bahan goreng garing tadi.
10. Masukkan semua bahan goreng ..ikan bilis,kentang,tempe dan kacang tanah..
11. Biar sejuk sebelum dimasukkan dalam bekas bekal supaya  tidak berwap dan akan tahan lama.



Satu kuali penuh  Sambal Kering Ikan Bilis
Tapi versi hari ini mak aku cakap tambah tempe dan kacang tanah..
Haaaa...tempe memang fav kakak
Kacang plak fav mak aku
Aku..?
Mmm....Kentang
Abanh semua pun dia x suka sebab ada ikan bilis...



Kentang jejari goreng



Tempe Goreng Garing



Ikan Bilis Goreng Garing



Kacang tanah juga digoreng garing


Bahan blend ditumis dan diperasakan dengam asam,garam dan gula perang



Masak hingga naik minyak


Sesuaikan rasa sebelum digaul bersama semua bahan goreng..


Biar betul2 sejuk sebelum dimasukkan dalam bekas bekal..


12 comments:

  1. Salam..
    See mana naknrehat..dia punya tunjuk kasih sayang masak berkawah banyak Dan kerap ..
    Lepas masak kena kemas lak.
    Pastu Di hantar pulak.. ITU weekend Tu....see where got lazy day...
    So kalau mak lupa.means mak penat da
    .. hehehe
    Eh bestnya sambal... I'm up for adoption... To whomever bagus pakar memasak.... Anyone anyone..baby Tua dah Tua Bangka.. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...lex ar sis nor..
      Meh makan roti naan minum teh O dulu kasi cool...hahahaha .
      Yer lah....yer lah..
      Kiter minta maaf...
      Muah3...

      Haaa...sambal tu memang sedap sebab masak banyak pun memang habis makan...makan ngan roti pun sedap...tapi sis nor pun mesti terror masak...exspecially asam pedas...right..??

      Delete
  2. Lauk bawa bekal utk tahan berninggu....scar buah kering, rendang daging darat berempah..paru goreng cili berempah,telur Asin rebus sebiji sebiji.potong time nak makan. Saturday timun. Posting time nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...ni kalau kakak yang baca...suka ni..
      ada lah reason nak request masak daging..paru....telur masin bagai tu..
      Sebab kiter tahu semua tu favourite kakak tuh..!

      Delete
    2. Urap sayur pucuk manis kering, urap ulam raja kering..
      Toast kelapa dengan rencah. Dari hangar masuk daun..Gaul atas Api la sikit., Sampai kering kering..
      Simpan Dalam bekas bila sejuk .
      Takpun buat.kelapa urap letak chili udang kering perisa secukupnya.. blend serai daun kunyit hiris halus..
      Sangai atas Api sampai kelapa sebati Dan kering..cam serunding kelapa. Kendian .time nak makan.. julienne cucumber. Setengah biji... Bleh Gauk semangkuk kecik cucumber.. mangga Muda
      .makan dengan nasi Dan telur Asin...

      Delete
    3. Paru direbus Dan Di hiris nipis macam keropok.. baru di goreng.. cantik..tahan lama

      Delete
    4. Huh...paru tu kakak suka
      Tapi kiter x suka
      Swmua organ kita x suka
      Mak kiter jer makan

      Delete
    5. Paru sedap...rugi rugi..

      Delete
  3. Hehe jimat suit makan 5 Hari tapi penat la mak memasak macam utk kenduri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kiter suruh kakak bawa jer rice cooker
      Tapi kakak kata malas nak masak nasi

      Delete
  4. True bawa rice ciiker sedang.. pastu sorok Dalam small suitcase lock..no one will know.

    ReplyDelete