Saturday, 15 September 2018

SAMBAL KERING IKAN BILIS

 Sambal Kering Ikan Bilis...
Campur Kentang
Lauk untuk kakak bawa balik kolej
Minggu lepas...
Ada 2 versi ...
Ni versi Sambal Ikan Bilis & Kentang..



 Kakak la...
Mak aku dah masak Ayam Masak Kicap Pedas
Untuk bawa gi balik kolej
Tapi kakak nak juga bawa bekal Sambal Kering Ikan Bilis ni
Kakak kata nak buat stok makan ngan nasi putih  esoknya
Sebab Sambal Kering ni memang versi tahan beberapa hari xkan basi
Sebabnya dimasak kering berderai..
Kakak kata gaul.ngan nasi putih..
Takyah beli lauk dah..
Just beli nasai putih jer



 Banyak jugak la mak aku masak Sambal Kering Ikan Bilis ni
Dalam bekas makanan tu dah siap untuk kakak bawa balik kolej
Dalam dulang tu tinggal kat rumah buat makan aku ngan mak aku la
Sebab abang x makan



Sambal Kering Ikan Bilis ...
Campur Kentang dan Kacang Tanah Goreng Rangup..
Kakak bawa balik Kolej versi xde kacang
Ni yang stok tinggal kat rumah mak aku tambah kacang goreng rangup
Selalu kalau masak ni mak aku camour sekali tempe goreng garing
Tapi yang ni xde tpe sebab mak aku cakap tempe yang beli tu dah x fresh
X sedap  ak masuk dalam ni sebab walaupun dah goreng lama dia x rangup..



SAMBAL KERING IKAN BILIS 
1mangkuk.ikan bilis bersihkan
1 cawan kacang tanah- basuh dan tapis
5 biji kentang- potong wedges nipis
1 asam keping
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula perang
minyak

Baham Blend
15 biji cili kering
1 basang besar
5 bawang putih

1. Panas minyam dan goreng kentang hingga garing. Anglat
2. Goreng ikan Bilis hingga garing .Angkat
3. Goreng Kacang tanah hingga rangup dan angkat
*** kacang tanah goreng akhir sekali kerana bila goreng ka ang tanah minyak akan jadi kehitaman
4. Panasakan 1/4 cawan minyak dan tumis bahan blend
5. Tambah asam,garam dan gula dan aasak hingga naik minyak
6. Sesuaikan rasa terlebih dahuku sebelum masaukkan kentang..ikan bilis dan kacang tanah..
7. Kacau rata dan gaul hingga nampak kering

Makan lauk ni sama macam makan Buuter Chicken..
Tak.perlu lauk lain..
Kakak kata just beli nasi putih
Ok bye

2 comments:

  1. Kalau I jadi kakak suruh mak tolong buatkan sambal Tempe ikan bilis Kering . Dan juga rendang daging darat... Sebab Kering.. tapi ada rempah rempah Dan daging drier macam original dendeng..
    Sambal belacan goreng Kering dengan bawang... Boleh tukar tukar flavour..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....memang kakak dah request mak kiter soh masak samval kering tempe..
      Mak kiter dah buat...tapi masih dalam draff..lum publish...heee kakak sama taste ngan sis nor..sebab kakak tu southern taste..Kiter northern taste..heee...kiter semua pun suka jer...
      Tapi drier beef tu cam best la...nanti nak cakap mak kiter

      Delete