Wednesday, 19 September 2018

SUP KOBIS PANJANG + DAGING NOSTALGIA

Kalau nampak sayur ni aku mesti ingat sayur ni namanya Sayur KIMCI
Sebab selal nampak sayur ni dlam citer Korea
Dorang buat KIMCI
Tapi mak aku cakap ni bukan Sayur Kimci nama dia
Ni mak aku cakap namany KObis Panjang
Eh,Sayur Kobis bukan bulat ke..?
Haaaa...mak aku cakap yang ni namanya Kobis Juga Tapi ni mak aku kata Kobis panjang
Yang biasa tu namanya Kobis Bulat
Tapi ni bukan nak buat Kimci...
Mak aku cakap nak masak Sup Nostalgia
Apa yang nostalgianya..??


Sup Kobis Panjang & Daging Nostalgia namnay
Mak aku cakap yang nostalgianya kerana ni antara Memory Food
Mak aku citer dolu-dolu kalau dapat makan daging dah kira mewah
Sebab mak aku cakap masa tu bukan senang nak dapat makan daging
Kata mak aku....zaman mak aku kanak-kanak daging hanya menjadi hidangan exclisive untuk Raya dan Kenduri Kahwin sahaja...
Bukan sebab tiada daging...
Kalu ikutkan mak aku cakap dolu lagi banyak daging sebab hampir setiap keluarga ada memelihara lembu.kerbau,kambing dan ayam.
termasuk juga nenek dan atuk aku pun mak aku cakap memang memelihara lembu dan ayam itik
Tetapi kebanyakan binatang ternakan itu dibela bertujuan untuk menambah pendapatan dan untuk dijual ketika memerlukan wang  yang  cepat.
Mak aku cakap nenek pun pelihara lembu untuk dijual..
Tapi walaupun begitu ..mak aku kata yang pasti setiap hari Sabtu nenek akan keluar ke Pekan Nat untuk beli barangan dapur dan nenak akan membeli sedikit daging untuk dimasak sup dan dicampur sayur..
Bukan mak aku jer yang citer macam tu..
Achik pun ada citer macam tu..
Nenek pun pernah citer yang  nenek buat macam tu sebab arwah moyang iaitu bapa nenek juga memang buat begitu...
Iaitu setiap minggu mesti membeli daging untuk dijadikan lauk walaupun sedikit..
Kerana jumlah daging yang tidak banyak ,maka daging tersebut akan dimasak sup dan dicampur sayur supaya dapat dimakan beramai2..
Nenek kata sebab sudah terbiasa setiap minggu mesti ada  menu sup daging dicampur sayur ..
Maka nenek juga sangat menggemari daging .
Kerana itulah ..nenek tetap akan membeli daging setiap minggu walaupun sedikit..
Cuma sejak 2013 nenek tidak lagi makan daging selepas hempedu nenek sudah dibuang kerana mempunyai batu karang..
Nenek cakap doktor x kasi lagi nenek.makan daging..
Tapi kat rumah nenek still sentiasa ada stok daging dalam freezer..
Nenek still masak lauk menggunakan daging walaupun nenek dah x boleh makan.
Nenek kata ..x dapat makan...dapat tengok we all makan pun nenek dah puas hati..
Haaa...sampai camtu sekali nenek aku...!
Kalau setiap kali nak puasa..
Sehari sebelum puasa pasti nenek akan call mak aku tanyakan sudah beli daging atau belum untuk sahur pertama..
Haaaa...yang itu memang aku pasti sangat..
Sebab setiap tahun nenek akan call tanyakan bender yang sama..
Mak aku cakap dolu- dolu sahur pertama setiap kali puasa memang nenek akan sediakan daging atau ayam..
Cuma mak aku jer yang x meneruskan tradisi nenek tu.
Mak aku cakap masa abang dan kakak masih kanak2 baru belajar nak puasa..memang mak aku akan sediakan daging atau ayam untuk sahur pertama..
Cuma lately ni sejak kitorang semua dah pandai demand ....xnak lagi makan nasi waktu sahur..
Mmm...seingat aku pun memang sejak aku belajar puasa..memang setiap kali sahur mak aku akan sediakan nasi dan tapi xde sapa nak makan sangag nasi..
Sebab tu mak aku selalunya akan sediakan makanan simple untuk sahur..
Tapi nenek still akan call tanya pasal daging..
Hahahaha....



Kata mak aku lagi nenak hanga menggunakan 3 jenis sayur sahaja untuk dijadikan sup bersama daging.
Hanya Kobis Panjang ...Kobis Bulat  atau Sawi sahaja ..
Tapi dalam 3 sayur tu...mak aku cakap kalau nenek masak sup daging + Kobis Panjang kira paling special sebab mak akunkata lagi sedap dan match dengan sup daging tu..
Mmm.....tapi memang betul lah...
Sedap sangat Sup Kobis Panjang ni dengan daging...
Kalau mak aku masak pun dah rasa sedap sangat..
Aku dah boleh bayangkan kalau nenek yang masak...
Sebab semua masakan nenek memang sedap banget..!
Kari nenek...mmm...best in the world..!
Even ikan goreng pun ..kalau nenek yang masak memang sedap dia lain dari yang lain...
Belum lagi Sambal Belacan a.k.a Cabai Tumbuk nenek..
Pergh...!
Huhuhu....tiba2 windu kat nenek la...


Agaknya mak aku pun windu nenek la juga kot
Sebab tu mak aku masak lauk ni





SUP KOBIS PANJANG + DAGING NOSTALGIA
200 gm daging- seketul besar
1/2 Kobis Panjang
1/2 bawang besar
2 bawang putih
2 cili kering
1 sudu teh garam
1 sudu minyak

1. Daging direbus seketul besar...jangan dipotong supaya bila direbus air rebusan lebih manis dan berperisa
2. Rebus dengan air yang banyak hingga mendidih dan biar mendidih perlahan hingga daging lembut dan air rebusan berkurangan
3. Panaskan minyak dalam periuk lain dan tumis bawang besar dan bawang putih serta cili kering
4. Masukkan air rebusan daging dan garam.
5. Bila mendidih masukkan daging rebus yang dihiris nipis dan kkbis panjang yang dipotong tebal.
6. Sesuaikan rasa.



Untuk feel nostalgia..
Mak aku hidangkan lauk ni atas  mat ni..
Kata mak aku untuk feel makan atas Tikar Mengkuang ..
Mak aku cakap dolu nenek rajin membuat anyaman tikar mengkuang.
Aku pun macam ingat jer kat rumah kampung nenek...banyak tikar mengkuang..
Nenek susun kat tempat tidur nenek.
Tapi mana dah tikar2 tu..
Macam dah x nampak dah sekarang..?
Eh, nak citer Tikar Mengkuang ke nak citer pasal Sup Kobis Panjang ni..?
Hehehehe...ok...bye

2 comments:

  1. Sounds delightful... Untungla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sis nor try tau...
      Sebab memang sedap walaupun nampak sempoi

      Delete