Tuesday, 14 June 2022

PERNAH MAKAN BUAH KERIANG DOT?

 Balik Kedah minggu lepas,Alhamdulillah dapat penuhi kantung perut macam-macam jugak la🤭.


Achik juga belikan saya buah Keriang Dot..
Walaupun keriang dot ni popular kat Kedah dan Perlis tapi saya belum pernah makan.Ni baru 1st time makan keriang dot.Mak & Achik..depa lebih familiar dengan keriang dot sebab kalau musimnya memang banyak dijual dipasar minggu dan tepi jalan.Buah keriang dot ni bermusim,satahun hanya sekali katanya iaitu pertengahan tahun.
Selalu time saya balik kampung tak kena dengan musim agaknya.Kali ni Achik beli siap-siap bila tau saya nak balik.


Ni isi buah keriang dot 
Buahnya size buah anggur  dan sangan mirip dengan anggur hitam kan..
Isinya pun mirip anggur hitam iaitu putih+ merah jambu.Ada biji ditengahnya..
Rasa keriang dot?
Rasa dia  agak kelat + sedikit sahaja manisnya.Sebab tu buah keriang dot ni lebih sesuai dicolek kicap + cili padi dan gula( orang Kedah kata cicah garam belacan).

Rupa dia saling tak tumpah macam anggur hitam kan..tapi rasa buahnya jauh berbeza.
Pokok keriang dot tumbuh liar di kampung terutama tepi sawah.
Tapi tidak semua kampung ada pokok keriang dot ni.Kampung saya takda pokok keriang dot.Yang ada pokok keriang lada yang pokok dan buah hampir sama tapi keriang lada lebih kecil daripada blueberry.Tapi bagi saya,keriang lada lebih sedap sebab lebih manis walaupun ada kelatnya.Keriang dot lebih kelat dari manisnya.

p/s..hasil Google..saya nampak keriang dot ni macam sama dengan buah jambu arang di Trengganu.Mungkinkah buah yang sama tapi panggilan berbeza?


17 comments:

  1. Lain kali beli extra MC, pos mai kat sy sama :)
    Adoi, lama sungguh tak makan buah keriang dot ni.
    Di kg sy, ada pokok keriang biasa, mungkin sm dgn keriang lada yg MC mentioned. Buahnya kecik2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya PH..Sebab keriang lada banyak tumbuh kat batas bendang kan...

      Delete
  2. mmg xkenal buah keriang dot tp betul la nmpk lbh krng mcm jambu arang.. kalo jambu arang fuhh sedap! terasa kat tekak ni.. kecur dibuatnya.. haha

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar atau baca pasal keriang ni. Ada dot ek, dah macam tajuk movie pulak.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan buah keriang dot ni. Ada buah hampir sama rupa dia, tapi yang tu, kaler purple dia keluar, boleh comot tangan kalau makan, entah hilang ingatan apa nama buahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah yang Nur maksudkan tu "buah muyu@ kemuyu"..
      Buah dia sama kan..macam keriang dot tapi buah muyu saya rasa lebih sedap sebab tak kelat..buah muyu lebih kepada masam manis..kalau kena baju jadi warna purple,tak hilang dah..
      Oh,lama dah tak jumpa buah muyu..!

      Delete
    2. Ye, ye... Betul la tu..., Rasa masam manis. Last jumpa masa kecik dulu kot.

      Delete
  5. biasa dengar nama tapi tak pernah jumpa... betul kat terengganu jambu arang ni keriang dot buah yg sama nama je lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..saya try juga Google...Nampaknmacam sama ja...

      Delete
  6. SA lagi la x pernah tengok kak...sekali pandang macam cherry, dua kali pandang macam anggur pun ye gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada iras ceri dan anggur tapi rasa dia agak jauh berbeza🤭

      Delete
  7. Sedapnya buah keriang! First time makan sewaktu berkunjung ke taman pertanian di Tenom. Kami petik dari pokoknya dan makan... menyesal pula tak ambil banyak-banyak bawa pulang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalau Cikgu Amie pi sekarang mungkin musimnya ni

      Delete
  8. Tak pernah kudengarnya.. wow.. macsm teringin nak tahu apa tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kategori buah nadir dah ni..jarang jumpa ...tapi mungkin ada dan kat tempat NS dipanggil nama lain agaknya

      Delete