Friday, 10 June 2022

DAPAT JUGA MAKAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH

 Betul la apa yang terlintas difikiran akan menjadi satu doa..Menyebut-nyebut ibarat berzikir apa yang disebut..Sepanjang minggu ni Nasi Bamboo Sungai Klah berkali-kali melintas di wall whatsApp dan dalam blog.Tengok kat status whats App..nampak Pn Isma..Pn Rokiah..Pn Ella,Pn Reen..Dilla..Esah..Kak Saba..Kak Ruby dan Mimi buat trip pi Penang.Penuh status depa pakat makan Nasi Bamboo.Pastu nampak pula orang Tanah Jauhar pi makan kat situ..Haish...tak boleh jadi ni...


Balik KL berdua dengan anak bujang sebab Cella dah balik Trengganu dari Alor Setar.

Adah pula balik KL dengan kawannnya Nurul naik kereta anak bujang teruna ni.

Tinggal kami dua beranak di Kedah sebab last minutes anak bujang ni,cutinya diluluskan.


So,kami balik sikit ke KL dua beranak dan singgah di Nasi Bamboo ni.


Lama dah plan nak singgah tapi tak menjadi.Pernah sekali lalu sini nampak parking penuh,kali berlalu pergi.Tapi bila baca post SK kata walau beratur panjang tapi line bergerak dan tempat duduk banyak.Maka,saya deside singgah juga.

Anak teruna tu drive sampai Bukit Merah saja..Pastu dia membuta..Walaupun selalunya kami akan makan kat Tapah tapi sebab dah makan kat Bukit Gantang dan plan nak makan lagi kat Nasi Bamboo,makan Tapah kami tinggalkan tanpa singgah R&R nya..Saya exit Tol Sungkai.Lepas tol terus jumpa simpang tiga traffic light tu ambil kanan.Memang terus nampak Restoran Nasi Bamboo ni..Duduk makan pun nampak ja spotlight kat tol tu..Dekat sangat So,senang nak singgah walau dari arah utara atau arah selatan.Pastu  lepas makan senang nak menghala  ke utara atau selatan..



Walau nampak beratur panjang,tapi saya percayakan SK bahawa line bergerak dan tempat duduk banyak.
Betul seperti kata SK...
Selepas dapat parking tepi jalan besar tu kami masuk barisan untuk pilih lauk.


Saya pilih...
- Semangkuk gulai kawah kambing campur umbut pisang,
-Semangkuk Kerabu Pucuk Paku
-Sekor ikan gelama masin Goreng
- Sepiring Sambal Tempoyak
- Sebatang Nasi Bamboo
-Sebungkus Nasi Bakar Serondeng
(RM 29.00)
Kemudian anak bujang tu tanya nak gi bertur ambil ikan bakar atau ayam bakar ke?
Tapi akhirnya kami deside lauk-lauk ni saja sebab masih kekenyangan makan  kat Bukit Gantang..Baru 1++ jam singgah makan kat Bukit Gantang..ni singgah makan lagi.

Tapi budak bujang tu mana boleh takda air manis..


Dia pi beli ais blended pula 2 cup..
So,semua ni  nasi dan minuman RM 42 

Nasi Bamboo...untuk saya
Nasi dibungkus daun lerek dan disumbat dalam buluh & dikukus.
Buluh tu saya rasa depa recycle guna berulang kali sebab orang bukan makan buluh kan..🤭
Buluh tu saya perhatikan mungkin bukan buluh lemang.Tapi sebaliknya mungkin buluh khas dipotong sepanjang sejengkal tanpa buku.Hanya bahagian ruas berlubang dan  depa kupas kulit buluh tu.Sekali pandang buluh tu macam buluh yang orang buat " Kelamai" iaitu sejenis makanan macam lemang tepung tapi agak berderai warna coklat.Saya pernah tengok dan makan kelamai ni.Buluhnya dikupas.

Anak bujang tu ambil Nasi Bakar

Nasi Bakar Serondeng.Tapi sebab saya masih kekenyangan separuh nasi bamboo saya suruh anak bujang tu habiskan.Sedap betul gulai kambing dia..Paling ngam kerabu pakis dilawankan dengan ikan masin dan sambal tempoyak.
Kalau mak saya,pasti suka ni..
Nantilah ,kalau diizinkan Allah..nak ajak mak,Achik,Pakcik semua singgah makan sini sebab saya dapat agak ianya memenuhi selera kami semua.
Syyy...bila anak bujang tu upload kat family group whatsApp,bertalu-talu Adah call tanya  lambat lagi ke nak balik🤣🤣🤣.
Padahal dia dah pernah dah pi makan situ dengan kawan-kawan..tak ajak kita pun kan🤭

13 comments:

  1. ala kenapa menggugat saya dengan gulai kambing? i cannot u know

    ReplyDelete
  2. Belum dapat merasa lagi... Selalu jumpa terus jalan. Jew tak der singgah😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni try singgah..Saya hari tu pun hampir tak jadi singgah Cuma ngenangkan kata SK..Betul macam kata SK..walau beratur panjang tapi bergerak dan tempat duduk banyak

      Delete
  3. Alhamdulillah, makbul doanya 😆
    Senang kan nak ke sini. Hari tu tengah nak habis makan, baru depa angkat kerabu dua dulang bawa kat kaunter. Ada orang kata tak sedap pun, tapi bagi sy, ia tetap ada keistimewaan dan originaliti tersendiri yg tiada di tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dah termakbul doa dan zikirnya...Tapi kerabu tu memang kena kat tekak saya SK...Sedap itu subjektif,tapi menu di sini kena dengan selera saya walaupun dah kenyang makan laksa..hihihi

      Delete
  4. gulai kambin tu menggoda, dahla kedai viral lepas tu sedap pulak memang berbaloi betul sebab singgah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana ..
      Bagi saya makanan sedap sebab tekak saya citarasa kampung..hihihi

      Delete
  5. Sedapppp..dah pernah pegi makan 2 kali kat situ. Sentiasa penuh kan. Nak kene gi lagi niiii nampaknya 🤣

    ReplyDelete
  6. Akaakķkkkk...gulai kawah idaman SA!! Apa ni....apa ni....nak jugakkķkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..jom pi...dalam sejam lebih sikit ja dari KL..Lebih kurang KL - PD ja rasanya

      Delete
  7. Uuiiii.... meleleh liur dengar cerita makan-makan ni. Siap ada kerabu pakis, dengan ikan masin dan sambal tempoyak. Ada nasi bamboo... ada nasi bakar serondeng. Oh, memang meriah betul!

    ReplyDelete